CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5971|Reply: 0

City jangkakan aksi berbeza dari Real

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:12 AM | Show all posts |Read mode

SESI latihan City menjelang perlawanan menentang Real Madrid. -FOTO Reuters

Madrid: Manchester City seharusnya tidak mengharapkan dapat mengulangi kemenangan mereka ke atas Real Madrid musim lalu apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di suku akhir Liga Juara-Juara, kata pengurus Pep Guardiola.

Juara bertahan City menewaskan pelawat Real 0-4 Mei lalu untuk memenangi perlawanan separuh akhir mereka dengan agregat 5-1, tetapi Guardiola berkata pasukan Carlo Ancelotti akan menghadirkan cabaran berbeza ketika mereka bersedia untuk perlawanan pertama awal pagi esok di Santiago Bernabeu.

"Ia sukar. Kerana menewaskan Real Madrid dua kali dengan cara yang sama adalah mustahil kerana mereka belajar. Mereka mempunyai harga diri," kata Guardiola.

"Kami jangkakan permainan yang berbeza dalam permainan yang sama. Mereka akan dapat menekan, begitu agresif. Mereka sangat berbahaya. Semua orang tahu kekuatan atau peralihan yang mereka ada.


"Pada masa yang sama, anda tidak boleh datang ke sini hanya untuk mengawal permainan.

"Anda perlu cuba menyakitkan mereka, untuk mengawal permainan mereka, membuat mereka merasa kami ke sana untuk menjaringkan gol. Kami merasa kuat. Kami sangat yakin."

Pemain tengah Rodri menyuarakan sentimen pengurusnya, sambil berharap pengalaman yang diperoleh City daripada kemenangan musim lalu akan membantu mereka kekal tenang di bawah tekanan.

"Kami tahu kami akan berdepan Real Madrid yang berbeza. Mereka bermain dengan cara berbeza. Mereka lebih banyak mengawal permainan. Kami perlu menyesuaikan diri," katanya.

"Kami adalah pasukan yang lebih matang, kami mempunyai pengalaman memenangi pertandingan ini dan kami datang ke sini dengan mentaliti dan ketenangan yang berbeza.

"Saya berharap pengalaman memenangi kejohanan membantu kami melakukan perkara yang betul esok."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-berbeza-dari-real
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040342 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list