CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25340|Reply: 69

[Tempatan] Jangan pilih baju raya menuju ke neraka

[Copy link]
Post time 17-3-2024 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-3-2024 01:29 PM

BARU-BARU ini, kecoh di laman sosial TikTok berkaitan kecaman terhadap pakaian muslimah yang menggunakan kain satin. Ia dikatakan tidak patuh syariat.

Maklum sahajalah, musim pelancaran koleksi baju raya semakin rancak.

Segelintir orang kurang bersetuju dengan penggunaan fabrik satin untuk pakaian muslimah. Tidak kurang juga mereka yang mempertahakan busana berkenaan.

Terpanggil untuk meleraikan kekusutan tersebut, pendakwah Ustazah Asma’ Harun menghuraikan panjang lebar tentang konsep menutup aurat bagi wanita dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

Jelas beliau, bukan sahaja kain satin, tetapi apa jua fabrik yang melekap pada badan sifatnya dan boleh memperlihatkan lekuk tubuh adalah tidak menepati syariat Islam.

“Sekarang ramai sudah mula berfikir untuk mencari baju raya. Namun, berhati-hatilah dalam pemilihan pakaian.

“Bukan apa, dikhuatiri hanya kerana ingin mengikut trend semasa, kita mengabaikan pula nilai-nilai agama,” nasihat beliau sepertimana dipetik menerusi Facebook miliknya.

Mengertilah, kewajipan wanita menutup aurat di hadapan bukan mahramnya adalah wajib dan tiada pertikaian.

Perkara itu jelas disebutkan dalam al-Quran menerusi ayat 59, Surah al-Ahzab dan ayat 30-31, Surah an-Nur, kata Asma’.


“Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak dalam menutup aurat termasuklah pakaian mestilah tidak menampakkan anggota badan dan warna kulit.

“Bukan itu sahaja, pakaian tadi hendaklah tidak terdededah, tidak nipis, tidak ketat serta seumpamanya hingga boleh mendatangkan fitnah dan kebinasaan,” katanya.

Dalam pada itu, penceramah tersebut turut mengingatkan para muslimah supaya tidak berhias secara berlebihan hingga menarik perhatian bukan mahram (tabarruj).

Benar, ramai sudah ada kesedaran untuk menutup aurat, tetapi adakalanya perkara berkaitan tabarruj tidak diberi perhatian, ungkapnya.

“Bahkan, terdapat wanita yang gemar memilih warna-warna terang semata-mata kerana ingin mengikut trend dan mempamerkan kecantikan diri.

“Ingatlah, wanita boleh berhias hanya kepada suaminya sahaja,” tegas beliau.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde contoh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar tu baju raya ke?


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai kurung cotton je raya ni, sempena cuaca panas berdenting skrg
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 17-3-2024 04:56 AM
Pakai kurung cotton je raya ni, sempena cuaca panas berdenting skrg

Cotton ni kalau nk bwk pi majlis mcm tak kena sgt...unless cotton sulam..tapi byk yg berlubang lubang...kena lining le pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Abaya Turki cantek chuols!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha.. tajok tak menahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr dlm artikel tu pun dh di"pixelated"kan nyaa..random photo je laaa dipetiknyaa buat contoh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg satu aku nk tambah..
Hindarilah pakai jubah bila ke kubur. Baru ni ada org sent kat aku pix  blkg seorg wanita berjubah ke kubur tgh saksikn jenazah ibunya di kuburkn. Jelas oii bontot 2 butir, tali bra , leher & bentuk badan dia dlm pix tu. Aku yg tgk pun raso dia tak beradab pegi kubur mcm tu, lg tak beradab dari pompuan period makan kat restoran segera dlm bulan posa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 08:41 AM | Show all posts
bontot 2 butir

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2024 07:02 AM
Lg satu aku nk tambah..
Hindarilah pakai jubah bila ke kubur. Baru ni ada org sent kat aku pix  blkg ...


Dia pakai tudung apa smp nampak leher, tali bra semua....biasa org pakai jubah yg meols biasa tgk, diorg pakai tudung labuh....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 17-3-2024 08:47 AM
Dia pakai tudung apa smp nampak leher, tali bra semua....biasa org pakai jubah yg meols biasa tgk, ...

Shawl belit leher.
Ramai je yg pakai jubah tp pakai tudung besa2. elakkan la pakai jubah kain plain ni. Malu aku tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2024 07:02 AM
Lg satu aku nk tambah..
Hindarilah pakai jubah bila ke kubur. Baru ni ada org sent kat aku pix  blkg ...

Tak minat pakai jubah time raya aidilfitri
Lagipun iols org melayu malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 17-3-2024 08:57 AM
Tak minat pakai jubah time raya aidilfitri
Lagipun iols org melayu malaysia

Iols pun tk prnh pakai jubah sb rasa mcm bogel

Tp utk org yg suka berjubah ni korg elakkan la jubah warna plain. Sama jgk baju kurung. Perasan tk apa2 je pakaian warna plain ni mmg akn nmpk segala benda yg tersembul kat tubuh badan. Tp kalau korg suka, ikut la

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2024 09:00 AM
Iols pun tk prnh pakai jubah sb rasa mcm bogel

Tp utk org yg suka berjubah ni korg elakkan la j ...

Orang² alim pakai jubah, kain tebal/longgar/ada lining dalam dan tudung labuh. Ramai sekarang yang pakai jubah ikut trend je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2024 08:55 AM
Shawl belit leher.
Ramai je yg pakai jubah tp pakai tudung besa2. elakkan la pakai jubah kain plai ...

Oic ... patut lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 10:01 AM | Show all posts
krustykrab replied at 17-3-2024 09:00 AM
Iols pun tk prnh pakai jubah sb rasa mcm bogel

Tp utk org yg suka berjubah ni korg elakkan la j ...

meols suka jer pakai jubah or abaya kalu ke masjid...sarung telekung terus, senang smp masjid sarung kain telekung jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:03 AM | Show all posts
jubah abaya kain satin macam jahlop tu elakkanla. nama je tutup muka tak nak bagi nampak, tapi baju satin ikut alur betis peha semua. warna pastel. elakkan la

aku yg tengok pon malu. yang memakai tu tak rasa apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:38 AM | Show all posts
..gambar hiasan tu diberi nama bias cut silk or satin one piece or two pieces slip dress, biasanya sleeveless dan agak popular pada tahun 90an di negara barat nun. Ada yang slim fit dan A-Line (sesuai untuk jubah) dan orang akan pakai kat dalam sebagai anak baju memang dah tak in trend la sekarang ni tapi ia sangat sesuai dipakai muslimah untuk capai konsep shariah compliance itu dan kalau pakai baju dari kain murah pun akan nampak cantik, kemas terletak..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku beli baju raya xpenah ikot trend.
Beli / tempah ikot dan jah.
Kurung pesak/kurung moden.
Kengkadang ulang pakai baju 3 4 thn lepas sbb nk beli baru membazir pakai semata² bulan syawal, tu pn leh kira ngn jari bpa kali jah pkai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.079447 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list