View: 7217|Reply: 23
|
Rafizi Ramli Selesai Jalani Pembedahan Tulang Belakang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi sebelum dijangka kembali bertugas bulan depan.
Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya di laman X (Twitter) hari ini, Rafizi berkata sebelum itu beliau telah disahkan mempunyai masalah stenosis, yakni kewujudan tekanan dari slipped disc dan ligamen yang memegang tulang belakang, sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.
"Alhamdulillah, pembedahan untuk memotong sebahagian ligamen dan slipped disc (untuk membuka ruang kepada saraf) berjalan baik, dan saya telah boleh berjalan semula," katanya sambil yang mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pakar merawatnya.
"Terima kasih kepada yang menghantar mesej. Saya selalunya tidak berkongsi mengenai perkara yang saya kira peribadi, seperti masalah kesihatan, tetapi saya juga tahu ada kawan-kawan yang bimbang.
"Lebih baik saya berkongsi sedikit sebanyak supaya dapat disampaikan kepada mereka yang ambil tahu," katanya.
Terdahulu hantaran di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memaparkan kunjungan beliau yang menziarahi Rafizi di sebuah hospital, menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pandan itu yang pernah mengalami serangan jantung pada Oktober lalu.
Mengulas punca masalah tulang belakang yang dihadapinya, Rafizi berkata beliau dijangkiti COVID-19 buat kali pertama pada minggu ketiga bulan ini dan terlantar beberapa hari, sekali gus menyebabkan tekanan ke atas tulang belakang sehingga berlaku slipped disc.
"Keadaannya memuncak selepas beberapa minggu sehinggakan saya tidak lagi boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sakitnya memang ke langit," katanya.
Rafizi pada masa sama memaklumkan beliau juga akan kembali bersiaran pada siri audio siar `Yang Bakar Menteri (YBM) pada bulan depan dan terbuka untuk bersemuka dengan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil dan MT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menawarkan diri untuk bertemunya.
"Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu. Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan MADANI," katanya.
Sumber : - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pakar formula cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
oooo puncanya kena covid
sekali sekala skrg ni dengar jgk kes covid yg teruk2 jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
teruk ke covid now? meols ingat dah jadi tersangat mild
bebenang sebelah kata buat heart bypass
bebenang ni kata slip disc
hat mana satu nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke pekdah ko nak berdebat dgn org dlm negwra ni?ada menjana ekonomi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila gagal memajukan ekonomi mula la raih simpati guna drama sedih tentang kesihatan... Macam tu la pun taktik PH selama ni.. Tengok je macamana Nuar berlakon sakit zaman refobasi dulu |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu sakit teruk pun tetap bercita2 nak jadi menteri gak .kau nak jaga diri sendiri pun tak mampu ,mcm mana nak jaga rakyat ..formula taikucingg |
|
|
|
|
|
|
|
Oh patut la ringgit jatuh. Lepas dia masuk ofis balik nanti, mungkin ringgit akan naik ke RM2.80 berbanding 1USD.  |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 20-2-2024 07:29 PM
Bila gagal memajukan ekonomi mula la raih simpati guna drama sedih tentang kesihatan... Macam tu la ...
Tak lupa jugak..kununnya ada yang nak racun dia pakai arsenik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut juga masa pmx tweet dia visit rafizi, sebab rafizi aktif juga kat twitter tapi tak pernah mentioned dia masuk spital ke apa. #donekepochi |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa doktor ortopaedik tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
ohhh, stress sgt kot mentadbir negara... |
|
|
|
|
|
|
|
Rafizi ni spineless macam mana boleh ada tulang belakang untuk dibedah?  |
|
|
|
|
|
|
|
sampai skrg, semua yg ko sembang takde hasil. pathetic. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang sakit pun dibuat main. Mungkin diri sendiri tak pernah sakit kot. Tunggu giliran masing2 nanti ko datang hospital nurse kata ko mengada2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-2-2024 07:58 AM
Orang sakit pun dibuat main. Mungkin diri sendiri tak pernah sakit kot. Tunggu giliran masing2 nanti ...
La ni org sembang slipped disc pakai 'c' mana yg rosak.. ramai noks sakit belakang sekarang.. takat cucuk steroid pun depa mc 2 minggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Piji kurus lah sikit risk lumbar problem akan kurang... GWS |
|
|
|
|
|
|
|
Berat badan berlebihan tu. Tu pasal bed ridden sikit terus slipped disc. #donehentamkeromo |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pasang sten last year
Slipped disc operation yg latest ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|