CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8634|Reply: 0

[Pulau Pinang] Air empangan berkurangan, Pulau Pinang ambil langkah berjaga-jaga

[Copy link]
Post time 1-2-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Air empangan berkurangan, Pulau Pinang ambil langkah berjaga-jaga

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Februari 2024 12:39pm




Empangan Air Itam merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus disebabkan musim panas dan kering ketika ini. (Gambar kecil: Chow Kon Yeow)




BUTTERWORTH - Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil beberapa langkah untuk mengawal paras air Empangan Air Itam yang semakin berkurangan.

Sehingga jam 11 pagi Khamis, paras air empangan itu terus menurun kepada 35.4 peratus daripada 36.6 peratus dalam tempoh 24 jam lalu.



Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, satu perbincangan akan dibuat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K Pathmanathan untuk latihan pembenihan awan yang akan dijalankan di kawasan empangan berkenaan.

“Itu adalah salah satu pilihan. Yang kedua, sudah tentu kita meminta kerjasama daripada pengguna supaya menggunakan air secara bijak buat masa ini.



“Dan yang ketiga, kita perlu menggerakkan semula bekalan air dari kawasan lain untuk membekalkannya ke kawasan yang kini ditampung oleh Empangan Air Itam.

“Walau apa pun, kita akan pastikan tiada kawasan menghadapi masalah kekurangan air,” katanya kepada media di sini pada Khamis.

Kon Yeow berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung bekalan air di Empangan Air Itam hanya akan bertahan kurang daripada sebulan jika musim kemarau ketika ini berterusan.

Sebelum ini, PBAPP mengesahkan penurunan kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus adalah berpunca daripada musim panas dan kering ketika ini.




Penyusutan itu juga berlaku disebabkan air dari empangan tersebut turut digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau selepas paip bawah air di dasar Sungai Perai pecah, awal bulan ini.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut mengakui bahawa paras air di Empangan Air Itam di paras rendah.


“Kita akan mengambil langkah-langkah ini untuk mengawal keadaan.

"Bagaimanapun, kita mengharapkan berlaku hujan lebat bagi membolehkan paras air meningkat semula," katanya.

Sebelum itu, Kon Yeow menghadiri Persidangan Pertanian Pintar dan Pembuatan Makanan: Membudayakan Masa Depan Mampan di sebuah hotel di sini.

Dalam ucapannya, Kon Yeow berkata, sebagai negeri kedua terkecil di Malaysia dengan tanah dan sumber asli yang terhad serta kediaman kepada 1.8 juta orang, adalah penting bagi Pulau Pinang untuk meneroka kaedah dan inovasi baharu untuk memastikan keselamatan makanan di antara sempadannya.

Beliau berkata, dalam Bajet 2024 Pulau Pinang, sebanyak RM6.93 juta telah diperuntukkan untuk menyokong Jabatan Pertanian Pulau Pinang.

"Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga telah diberikan RM4.6 juta untuk mengukuhkan industri ternakan dan makanan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053736 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list