CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11853|Reply: 52

"Satu Malaysia Kena ‘Scam", Konon Pemilik Rumah Ada Saka, Geng TikToker Paranormal Kantoi Ceroboh Rumah Orang

[Copy link]
Post time 29-1-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode






Sekumpulan TikToker yang terkenal dengan konten paranormal didakwa telah menceroboh rumah orang awam untuk membuat video dan perkara itu didedahkan oleh ahli keluarga pemilik rumah terbabit.


Difahamkan, pengadu yang bernama Feiza Pcoy telah menegur tindakan kumpulan itu namun dia langsung tidak diendahkan malah turut disekat agar tidak dapat meninggalkan komen di hantaran mereka.


Konon ada saka, itu rumah mak mentua takde penyewa
Kata Feiza, rumah tersebut merupakan milik ibu mentuanya dan ia tidak pernah disewakan kepada sesiapa namun kumpulan tersebut mendakwa kononnya owner kediaman itu menyimpan saka.


"Sampai hati TikToker Paranormal ceroboh rumah ini demi content mereka. Rumah inilah mak mentua, kakak ipar, abang ipar aku dibesarkan. Aku kahwin pun di rumah ini. Selebriti Amylea siap nyanyi masa aku kahwin di sini".


Ceroboh rumah orang, memfitnah semata-mata untuk tarik views
Tambahnya lagi, rumah itu tidak berpenghuni kerana pemiliknya kini tinggal di Kuala Lumpur namun kediaman berkenaan menjadi tempat semua keluarga atau sanak saudara berkumpul seperti pada Hari Raya.


"Rumah ini juga tidak pernah disewakan seperti yang didakwa oleh TikToker Paranormal itu. Satu Malaysia kena scam dengan penipuan TikToker Paranormal ini. Yang followers mereka pun entah macam mana boleh taksub dengan mereka. Bukan main block aku masa siaran langsung. Cuak la tu".


Feiza turut menuntut agar kumpulan tersebut membuat penjelasan tentang hal sebenar sebelum perkara itu menjadi lebih teruk.


"Semata-mata nak tarik viewers dan mendapat hasil daripada memfitnah ini dengan suka-suka buat live, content sehingga menceroboh rumah orang".


TikToker tampil mohon maaf
Selepas penipuannya terbongkar, wakil daripada kumpulan tersebut telah berjumpa dengan Feiza dan memohon maaf atas apa yang mereka lakukan.


Bagaimanapun, Feiza tetap tegas mahu TikToker itu membuat permohonan maaf secara terbukan di laman sosial tersebut dan mengakui konten mereka tidak benar.










Dek kerana video itu tular, Feiza berkata ia membuatkan orang ramai percaya bahawa pemilik rumah terbabit membela saka serta ada kejadian mistik yang mengganggu.


"Saya nak awak perjelaskan perkara ini dan katakan bahawa semua tuduhan itu tidak benar. Sebaliknya itu hanya lakonan awak bersama pasukan dan kru awak. Awak kena buat permohonan maaf sebab ini melibatkan maruah keluarga kami.   


"Tolonglah berhenti menipu masyarakat dengan video video palsu awak tu. Kalau betul tak apa, saya tahu awak cari makan. Tapi berhentilah menipu masyarakat, tak baik dan tak berkat".



SUMBER : The Reporter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke saman je terus? Tak payah suruh buat public apologies
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodonye masuk rumah orang cakap mcm2...
Amende la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh saman kan sebab ceroboh rumah orang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 11:34 AM | Show all posts
mlm2 sebelum tdo, iols layan paranormal
ada la beberapa yg iols suka layan dan ada jgk yg tak berapa kenan terutama jenis yg suka menyeru kaw kaw mcm mencabar teruk sgt & siap bakar lilin segala..
takat menyeru biasa2 tu ok je.. tang bakar lilin i is kenot

suka layan tt para pn bkn sb nak tgk hantu, lebih kepada nak dgr kisah tempat dorg pegi.. dan dorg bwk kita explore tempat tu.. kalau ternampak kelibat ka, dgr bunyi ka.. itu kira bonus la hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 11:46 AM | Show all posts
She-Ra replied at 29-1-2024 11:34 AM
mlm2 sebelum tdo, iols layan paranormal
ada la beberapa yg iols suka layan dan ada jgk yg tak berap ...

siapa yg ok ye? kadang tak tahan la tgk jenis cakap menyembang ujung2 apa info pun tak ada dikongsi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2024 11:46 AM | Show all posts
Konten!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 11:55 AM | Show all posts
duri_durians replied at 29-1-2024 11:46 AM
siapa yg ok ye? kadang tak tahan la tgk jenis cakap menyembang ujung2 apa info pun tak ada dikongs ...

dtm naufalosman
tigerlabu

biasanya lebih suka layan dtmnaufalosman
baru2 ni dia dh bertukar jd paranimal sb masa buat para, manjang jumpa binatang
puppy la, kucing la, dan yg paaaling kerap dlm 2malam berturut - ular haahhaaa
satu mlm tu siap terserempak dgn 3 ekor ular lg
yg anak anjing tu, dia siap bg mkn & minum..

dia jenis meredah jgk jgk.. ada je pernah sesat dlm hutan nak pegi rumah tinggal yg ada kes org gantung diri masa pkp
padahal tempat tu dia dh penah pegi cuma dh lama.. hutan kan cpt bersemak & boleh buat kita confuse kalau tak letak marking.. tgk semua sama..
jd kitorg sesat la bersama.. siap cari jln sama ahhaha.. tp ok je, dia jumpa jalan yg benar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 12:08 PM | Show all posts
She-Ra: dtm naufalosman  tigerlabu biasanya lebih suka layan dtmnaufalosman baru2 ni dia dh bertukar jd paranimal sb masa buat para, manjang jumpa binatang pu ...


ye.. naufal ni lek lek aje.. labu ni kadang2 menunggu dia merepek2 menari aku dah tertido last2 dia paranormal tgk aku tido.. dah la live lama.. mmg meninggal la hp aku jawabnya kalau on sampai ke pagi kan? hahaha

yg lain2 mcm try hard sgt nak tunjuk seram hantu and real. mmg jauh dari real ya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:13 PM | Show all posts
aik hari tu kemain ban ban ban sapa yg kutuk dlm live... wakaka bangelow rm150 konon wakaka.... tgk pun dah tau mmg kaki kencing
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:27 PM | Show all posts
cikatilia replied at 29-1-2024 12:08 PM
ye.. naufal ni lek lek aje.. labu ni kadang2 menunggu dia merepek2 menari aku dah tertido last2 di ...

kannn suka dgn para nopal, dia pun start awal dan takde bebel bkn2.. dia bg info setiap tempat dia pegi
labu tu viewers dia riban riban.. dulu lepas jam 12am baru dia start.. tp baru2 ni pernah jgk dia start awal dlm 10++pm sambil bebel sb org bising dia start lambat hahahhaaa.. mmg betul tp kita kena faham dorg ni cari duit jgk, itu income dorg kan, jd kita takleh la nk bebel lebih
ko sanggup tunggu, ko tunggu.. jgn nak bising kt dak dak para tu
tp ok je layan para labu.. kalau nopal tak buat para, iols layan labu cuma kdg2 mmg sampai terlena la ahhahahaa

ada sorg para ni yg iols terkenal masa search & rescue hassanayat yg hilang di trek gunung yong yap tahun 2009
kami tak kenan cara dia masuk hutan utk cuba cari hassan tp kami reda jela org nak tlg kan... masatu dh standown SAR
tak tau dia buat para.. kwn2 bgtau. termasuk la kejap para dia.. terus kansel nk layan lg.. kenot la org yg beria nak tunjuk hantu, beria menyeru mencabar bagai, dgn lilin keliling lg.. fahammmmm itu punca rezeki dia.. jd siapa nak layan, layannn.. tidak iols

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk kes ni takyah susah sgt...buat report polis je...buat polis yg dakwa...menceroboh tu dah terang2 perbuatan jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:30 PM | Show all posts
Clan204 replied at 29-1-2024 12:13 PM
aik hari tu kemain ban ban ban sapa yg kutuk dlm live... wakaka bangelow rm150 konon wakaka.... tgk  ...

ehh yg ban ban tu mcm lain nama para nya
iols ada gak termasuk kejap para sorg tu.. masatu dia buat para kt mimaland
iols tanya la "ehh mimaland dh boleh masuk ke" woooo terus dia marah aku ahhahahaaa
"tutup pintu rezeki org la yada yada yada" ehh apoooo.. terus aku blah dr situ sampai sekarang aku ban dia hahahhaha
aku tanya jeee.. benda betul sb pernah teringin nak pegi masuk mimaland tp disebabkan kes dh viral ramai org masuk (sb tempat tu kawasan larangan), terus ada yg jaga tempat tu.. jd tak dpt la kami masuk utk tgk2 tempat tu.. bkn utk para aa tp utk tgk keadaan situ
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:31 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 29-1-2024 11:18 AM
Tak boleh ke saman je terus? Tak payah suruh buat public apologies

kan???
kalau hilang brg apa2 yg penting or rosak bole caj terus.

suka hati aje masuk umah kita.... plak tu jalan2 mesti pakai kasut kotor2 semua siap adjust2 letak prop.. yihh
siap seru2 hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:36 PM | Show all posts
She-Ra replied at 29-1-2024 12:27 PM
kannn suka dgn para nopal, dia pun start awal dan takde bebel bkn2.. dia bg info setiap tempat dia ...

kalau bab mencabar tu bagi aku mcm over sikit la sbb kalau betul dah mula diganggu alam sebelah ko susah nak baik kan ? unless kalau ilmu nya tinggi...

aku dah lama gak x tgk para ni sbb kes2 mcm ni la.. tipu la apa... nanti weekend aku nak try layan nopal..

yg paling best masa labu dgn nopal colab diorg buat dekat tempat sama.. mcm highland tower.. pi tower lain2..

xtido aku tukar2 tgk nopal dgn labu tukar2...
tulah.. rezeki diorg kan? cuma yg sampai pecah umah org tu... kena pakai la duit gift live tu bayar saman kalau dah kena saman besok hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:42 PM | Show all posts
Satu Malaysia? Count me out please!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2024 12:47 PM | Show all posts
She-Ra replied at 29-1-2024 11:55 AM
dtm naufalosman
tigerlabu

paranimal
ok nanti nak try tgk. mcm ok bunyinya bukan jenis merapu meraban buat2 cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:53 PM | Show all posts
cikatilia replied at 29-1-2024 12:36 PM
kalau bab mencabar tu bagi aku mcm over sikit la sbb kalau betul dah mula diganggu alam sebelah ko ...

samadengan wehhhhhh
kejap nopal, kejap labu ahhahaaa
dua org ni best tp iols biasa layan nopal.. bkn sb apa, sb labu start lewat jeee

yg mencabar tu ada ilmu kot.. ntahla.. kita layan para bkn nk tgk hantu, lebih kepada nak tau kisah tempat yg dorg pegi & explore
mcm highland tower la... kita teringin gak nk tau keadaan sana sekarang camne kan, bkn sb nk tgk benda disebalik mata tp kalau termuncul tu, kira bonus la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 12:55 PM | Show all posts
duri_durians replied at 29-1-2024 12:47 PM
paranimal
ok nanti nak try tgk. mcm ok bunyinya bukan jenis merapu meraban buat2 cerita.
...

yeee nopal mmg best.. dia akan cerita kisah lokasi yg dia pegi
labu pn ok cuma dia start lewat
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2024 01:17 PM | Show all posts
me pernah tengok yg labu punya tapi kenapa bila mencabar2 makhluk ni, dia munculkan diri je, kamera dah tarah arah lain? pastu jerit2 panggil macam apa je. u nak jejak hantu ke, nak apa benarnya?

me pernah komen kat 1 paranormal ni tp tak ingat nama, memang kena jerit2 panggil hantu ni, bila dah keluar, lari kelam kabut ke? tp sampai sekarang komen tu tak bereply..mungkin dah kena padam kot.

satu lagi bab menceroboh rumah orang ni, memang korang nak kena sampuk sangat ke? ntah memana  berita lah korang dapat kata rumah tu berhantu? hadoiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.071591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list