CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8247|Reply: 0

[Terengganu] Amaran banjir di beberapa daerah di Terengganu

[Copy link]
Post time 14-12-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 14-12-2023 11:37 AM


Hujan yang signifikan terus berlaku di Terengganu boleh menyebabkan beberapa kawasan di Terengganu. -Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di beberapa daerah di Terengganu hari ini bermula 8 pagi sehingga jam 2 petang.

PRABN dalam kenyataan memaklumkan, ramalan itu susulan hasil simulasi model Ramalan Trend Aras Air yang meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai boleh berlaku di kawasan terbabit sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Terengganu.

Menurut kenyataan itu, dua kawasan di daerah Besut yang diramalkan banjir adalah kawasan rendah dalam lingkungan 5 kilometer (km) di sekitar Stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak dan di sekitar Kampung La.



Selain itu, PRABN turut mengeluarkan amaran banjir di daerah Hulu Terengganu dengan kenaikan paras air di Sungai Berang berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dalam lingkungan 5km di sekitar Stesen Sungai Berang di Kampung Menerong.

Di Kemaman, amaran sama turut dikeluarkan membabitkan kawasan rendah sekitar Stesen Sungai Tebak di Jambatan Tebak.

Dalam pada itu, di Dungun, iaitu penduduk di sekitar kawasan rendah dalam lingkungan 5km di sekitar Stesen Sungai Dungun di Jambatan Jerangau turut diminta berwaspada dengan kemungkinan banjir berlaku jika paras air sungai meningkat.

Kenyataan sama turut memaklumkan, banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

Amaran berkenaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari ayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir.

https://www.bharian.com.my/berit ... aerah-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 174863 Replies : 4055
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3299 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72831 Replies : 2947
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21391 Replies : 116
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45035 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6563 Replies : 78
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 28129 Replies : 202
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1616 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.519993 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list