View: 15702|Reply: 61
|
Zaim Ikhwan Bukan Bapa Tiri "Zayn Rayyan Anak Kandung Saya"
[Copy link]
|
|
Timbul cerita tidak baik berkaitan salasilah anak autism yang mati dibunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Di media sosial, netizen berteka-teki tentang identiti sebenar bapa kandung kanak-kanak malang itu berdasarkan maklumat peribadi yang ditularkan.
Enggan membiarkan perkara itu terus berlarutan, bapa kanak-kanak itu iaitu Zaim Ikhwan Zahari, 28, akhirnya bersuara.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/13/143328w65qw2ghe6w8gj6j.png) Foto: mStar
Ujar Zaim kepada mStar, dia bukanlah bapa tiri kepada anak syurga berkenaan seperti yang didakwa banyak pihak.
Sebaliknya tegas Zaim, Zayn Rayyan adalah anak kandungnya hasil perkongsian hidup dengan isteri, Ismanira Abdul Manaf, 28.
"Arwah memang anak kandung saya. Dia tiada bapa tiri.
"Zayn Rayyan memang anak saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Sebelum ini tular dakwaan kononnya Zaim bukanlah bapa kandung Zayn Rayyan hanya berdasarkan nama penuh kanak-kanak itu.
Namun Zaim berharap perkara itu tidak perlu dijadikan isu kerana dia dan isteri serta ahli keluarga yang lain masih bersedih dengan kehilangan Zayn Rayyan.
"Apa yang saya boleh cakap dia (Zayn) adalah anak kandung saya.
"Berkenaan isu yang saya ni adalah bapa tiri Zayn, ia tak tak benar," tegasnya lagi.
Mengulas tentang kes, Zaim berkata dia sekeluarga berdoa dan terus berharap agar pihak polis dapat menjejaki pembunuh anaknya dengan segera.
Pada Selasa malam, pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar dua kotak besar selepas selesai membuat pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor.
Difahamkan ia berisi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak istimewa yang mayatnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartment itu pada 6 Disember lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dibuat pada Selasa bertujuan untuk mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes.
Untuk rekod, kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pukul 10 malam. -CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian plak smpai terbuka aib yg x sepatutnya |
|
|
|
|
|
|
|
Comelnya kau dik. Dah lama dah ni… may there be light |
|
|
|
|
|
|
|
buat tak tau je sudah la..
lama mana je orang berkata..
tak memasal je buka aib laki bini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 porem lepas ni kalau beranak..jgnlah letak nama ala2 gitu
Nampaknya mengundang spekuan makcik bawang nanti
Bg nama pendek & simple2 udah le |
|
|
|
|
|
|
|
Baca komen kat YT
Sorang mengaku saudara
Komen itu nama panjang arwah
4 patah perkataan
Dia kata wartawan salah tulis
Memandai letak bin
Sorang lagi komen
Ngaku jiran
Komen itu nama arwah bukan nama panjang
Memang bin sedemikian
Dan komen paling kontroversi
Anak tu anak luar
Jadi terpaksa diletak bin Abdul tu
Pastu sekarang ni
Cuba cerita betul2
Macik dop kisah pun arwah anak siapa
Tapi cuba lah jangan bagi orang bercakap bukan2
Kesian kat arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 13-12-2023 03:06 PM
Baca komen kat YT
Sorang mengaku saudara
Sebenarnya, yang mana satu betul ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la 2 cerita disebaliknya...mayb kalo diberitahu akn terbuka aib sape2...so better la jgn dipersoalkn bnda ni, tkut jd fitnah pulak.....gitu meols husnuzon![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss lebih nak tau pembunuh Tu guna sabun atau bahan kimia pe tuk bg hilangkan bau sampai k9 pun x dpt kesan..ni mcm nk alihkan fokus je..tuk x fkrkan sape pembunuh tp lebihkan pd bab ni |
|
|
|
|
|
|
|
Benda remeh temeh jadi isu besar plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu la iols pelik masa memula news keluar org pertikaikan tanya mana pak betul dia. Kita tak terpikir nak question benda2 mcm tu. Harap budak tu selamat je masa tu. Kepoh betul. |
|
|
|
|
|
|
|
bila bin abdul matiin tu ko paham2 sendiri la. sekarang ni orang tak pilih bin abdullah dah. |
|
|
|
|
|
|
|
tulaa len kali jgn letak nama ank pjg2..kan dh mcm2 spekulasi kuar.. pape pun semoga pembunuh tu d jumpai cepat |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 13-12-2023 03:29 PM
Sebenarnya, yang mana satu betul ni
Entah sayammm
Tapi bapaknya dah kata anak kandung
Gitu lah kekdahnya
Kenapa bin tak sama
Hanya deme aje yg tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dah boleh agak dah. Biasa la netizen, benda takde kaitan dengan kes pun nak kaitkan jugak. Yang penting mak pak arwah Zayn jaga arwah elok2 masa arwah hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun pernah curious dgn abdul matin vs zaim. Tapi bior la tu urusan deme dgn Allah. Kesian pula arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Heran betul netizen nih tang aib kemain gebang macam ko ahli surga ajer. Dok ulang2. Fokus pada main isu dah ler. Kesian ler ckit besar dugaan kuarga oiiiii. Bersyukur lah tuhan tak duga kita macm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bapaknya pun..sila buat penerangan betul2 nama sebenar Zayn Rayyan Abdul Matin bin Zaim ...supaya tidak dispekulasi mcm2 oleh net.... |
|
|
|
|
|
|
|
acik bawang pun takyah la sibuk speku tanya kenapa nama lain lah, apa lah.dah dia kata anak dia, FULL STOP. takyah suruh bapaknya buat PC ke hapa..drg tu dah bersedih kehilangan anak, korang dok sibuk Do ke Minah yang mati dulu....haish..leave them alone. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 13-12-2023 04:03 PM
I pun pernah curious dgn abdul matin vs zaim. Tapi bior la tu urusan deme dgn Allah. Kesian pula arw ...
Betul, awal2 masa masih hilang je keliru tp lepas tu dah ok dh takde la hari2 nk tanya soalan sama
Bygkan asal ada wartawan buat live kat lokasi kejadian mesti ada soalan pasal ni.
Semak betul,kes ni dh seminggu tp ada org masih stuck dgn isu nama dia tu.
Padahal polis sendiri tak pernah sibuk pasal ni, just fokus jela dgn isu yg sepatutnya. Masa makin suntuk, kita hrap ada cahaya Di hujung terowong sblm polis umumkan kes ditutup sbb gagal jumpa sebarang petunjuk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|