View: 6729|Reply: 25
|
Makcik Kemboja Dan Anak Bayar Jaminan RM25,000 Kes Hina Melayu
[Copy link]
|
|
MELAKA – Makcik Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengapikan kaum Melayu.
Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.
Foto: Kosmo
Kesalahan itu telah ditonton kira-kira pukul 6 petang di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 November lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.
Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Terdahulu pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan jumlah minimum RM30,000 dikenakan bagi setiap tertuduh sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.
Beliau turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu pasport dua beranak itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak yang dikhuatiri boleh mengganggu prosiding.
Tertuduh yang diwakili Peguam Kamal Hisham Jaafar bagaimanapun merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan Mariyah merupakan ibu tunggal tiga anak dan pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya pada perniagaan diusahakan.
Tambahnya, kewangan perniagaan itu bagaimanpun terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tertuduh turut menaja keperluan 60 pelajar sebuah pusat tahfiz di Johor.
Ezuan pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta yang berpangkalan di United Kingdom dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ibunya itu.
Beliau turut merayu agar pasport kedua-dua tertuduh tidak perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan wanita terbabit perniagaan wanita itu melibatkan urusan di luar negara, begitu juga pengajian anak lelakinya.
Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.
Beliau menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tu laa. riak lagi. kerana mulut, duit melayang. |
|
|
|
|
|
|
|
passport dia passport mana tu? Cambodia ka mesia? |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya.. ingat kau berniaga di Malaysia, Tanah Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
jaga tahfiz pun x semestinya alim ularmak |
|
|
|
|
|
|
|
Cekang betul muka sheolls. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun dalam fb banyak kata 25k tu sikit.soon nanti lepas la dua ekor tu dan sebangainya. i tetap rasa puas hati sebab dia sudah ada rekod naik turun mahkamah dan kena gari tangan...
pada i tu bukan sekadar konten.dari segi riak muka memang nampak belagak dan pandang rendah dengan bangsa melayu. esok lusa cucu cicit kau dalam surat beranak jangan sekali-kali kau letak bangsa melayu.jangan curi privileges bangsa melayu!ingat ini... |
|
|
|
|
|
|
|
sELAUR PUTIH ACIK mARIYAH ni ketat betul nampak susur galur camel toe.. ewuuueuwww |
|
|
|
|
|
|
|
IC MERAH LG...awat tak 'tarik' dan hantar dia balik??? |
|
|
|
|
|
|
|
ibu tunggal rupanya makcik ni.
haritu baca dah kawen 2 or 3 kali dah. mestii laki pun tak sanggup dgr mulut puaka dia |
|
|
|
|
|
|
|
jangan hina melayu...hina zionis takpe |
|
|
|
|
|
|
|
Betulkan kalau akau silap.
Bila mahkamah Malaysia tahan passport dia maknanya itu passport Malaysialah kan? Kalau passport asing Malaysia takde hak nak rampas sebab passport milik kerajaan negara asing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada melayang, itu wang jaminan ja supaya tak lari.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak juga kan... klu U ditahan di luar negara dan pasport dirampas. U x boleh lari keluar. pergi kedutaan dah buat pasport lain pun rasa bermasalah sbb mesti mahkamah tempatan dah alert pemegang pasport itu telah disimpan. klu kedutaan buat juga pasport mesti timbul konflik perundangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ditahan tu perkara lain tapi yang ini out on bail. Boleh ka mahkamah hold a foreign national bebas merayap2 dalam negara tanpa passport? It doesn't make sense.
|
|
|
|
|
|
|
|
JamilBinAbu replied at 8-12-2023 03:52 PM
ibu tunggal rupanya makcik ni.
haritu baca dah kawen 2 or 3 kali dah. mestii laki pun tak sanggup dg ...
La ibu tunggal ke? Patut la marah bebenor kat melayu Ingatkan dah kenapa laki melayu dia diam tak berkutik |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali bawak2 le sedar diri ye, cashhhhh !!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|