CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8178|Reply: 71

Siapa Suami Di Syurga Jika Isteri Kahwin Lebih Dari Seorang?

[Copy link]
Post time 5-12-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menjawab soalan, sekiranya seorang isteri pernah berkahwin lebih dari seorang, siapakah suaminya di syurga nanti?


Menurutnya, pendapat ulama mengenai perkara tersebut terbahagi kepada tiga.


Gambar Hiasan




“Dalam isu ini, ulama ada tiga pandangan. Pertama, wanita itu akan bersama dengan suami yang paling disayanginya di dunia.


“Kedua, wanita tersebut diberi pilihan oleh Allah SWT untuk bersama siapa yang diinginkan di syurga kelak.


“Ketiga, wanita tersebut akan bersama suaminya yang terakhir dinikahi,” jelasnya.


Tambah Dr. Mohd. Izhar, pendapat ketiga adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Mana-mana wanita yang kematian suami kemudian dia berkahwin lain, maka dia akan bersama dengan suami terakhir itu (di akhirat).


“Untuk lebih kepastian mengenai siapa yang bakal bersama isteri di syurga nanti, kenalah masuk syurga dulu baru tahu.


“Hadis telah disahihkan oleh al-Bani dll dalam musalsal al-Sahih,” katanya.


Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Mohd. Izhar di laman Facebook bersetuju dan berterima kasih atas perkongsian beliau.


Malah ada juga pengguna yang berpendapat perkongsian tersebut dapat menggalakkan lagi pasangan suami isteri melipatgandakan amalan masing-masing supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.


“Suami saya pernah cakap, dia mesti masuk syurga dulu barulah boleh bawa saya bersama,” kata Norizan.


“Wahai wanita, sama-samalah kita berusaha untuk ke syurga. Soal kita bersama suami mana dalam syurga kelak, bukan urusan kita kerana kita tidak tahu pengakhiran kita dan dia bagaimana,” kata Fatmawati.


“Apa yang penting, kita kena berusaha masuk syurga dulu,” kata Nafsiah. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Urusan atas doniya pon belom selesai.
Kalut mikir urusan kt sorga.
Kalaunya ke sorga.
Gelojoh yakmat.
Sebok pikir pasal somi di sorga, ntah² laki tu pon xhadap dh bini atas doniya bila dh ada berbilang bidadari kt sorga.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:06 PM | Show all posts
Para sahabat dulu banyak menangis sebab takut azab neraka, walaupun ada yang dah dijanjikan syurga.

Manusia akhir zaman ni solat asal buat, akhlak hauk ke laut, tuptup perasan dah ada lot banglo dalam syurga.

Poodah!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak nak semua?


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup duniaweeee mati pun masih fikir syurgaweeee... Nafsu belaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:14 PM | Show all posts
What if laki yang kau nak kat syurga tu, dia tak nak kat kau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata kau mati dulu pastu baru pikir which one spouse surga kau tu


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk duk fikir sape jodoh di syurga..bykkan amalan di dunia...pesanan utk diri iols sendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 5-12-2023 12:17 PM
Apa kata kau mati dulu pastu baru pikir which one spouse surga kau tu

Whichever penempatan yg ko dapat....ko tetap akan cari sex toys ko....kheunz?

Wakahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 5-12-2023 12:08 PM
Hidup duniaweeee mati pun masih fikir syurgaweeee... Nafsu belaka

Dunia adaler penuaian utk ko  ke syurga ler bodoh....kalo ko buang  dunia...bekalan nak dapat dari mana? MARS,JUPITERS?



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 4-12-2023 08:45 PM

Nafsu seperti lembu or kuda  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain betui komen acik2 porem, tak mcm acik2 fesbuk #tiljannah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:33 PM | Show all posts
kat akhirat misi cuma lah ke syurga jah .
dlm tu takde napsu dh seperti kt dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah acik2 porom ni bior le diorg nk berfantasi..sama gak la yg dok berfantasi nk jumpa kucing kesayangan lah, yg tak kawin dok berfatasi bakal somi kat sana, yg takde anak dok berfantasi ngandung, beranak ada bb cumil kat sana.
Lagi haprak yg berfantasi nk berjimak 24 jam, togok arak kat sana

Korg mati dulu, baru tau dapat ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 5-12-2023 11:59 AM
Urusan atas doniya pon belom selesai.
Kalut mikir urusan kt sorga.
Kalaunya ke sorga.

Tapi you..i ada dgr ceramah...ustaz kata kalau isteri tu solehah, kat syurga dia lebih lawa lagi dr segala bidadari tau...so if tok lakinya pun masuk syurga, for sure lah dia nak kan bini dia balik...jadi kenalah kita berusaha tambah amalan utk masuk syurga... entah dpt ke idak..asyik dok bergosip kt forum
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Forward thinking betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
laki pun tkde..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:52 PM | Show all posts
sian acik porem, tak de peluang berangan, banyak nau mood killer..kekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 5-12-2023 12:42 PM
Nafsu seperti lembu or kuda

Kalo yg ada level ko....confirm semua hilang napsu...selera....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 5-12-2023 01:51 PM
laki pun tkde..

Do something about your fengshui ler...

Yg akan  buat org yg memandang ko, hilang selera...atau bernapsu...

Kahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.064857 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list