CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8807|Reply: 26

Hafiz Suip Akui Rambut Hijau Untuk Tarik Perhatian, Hanya Bertahan 5 Hari, Beri Pengaruh Buruk Pada Anak

[Copy link]
Post time 4-11-2023 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, Hafiz Suip menjelaskan imej rambutnya berwarna seakan-akan hijau, hanya bertahan lima hari sebelum 'dikorbankan' kerana sedar ia memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri.


"Saya lihat tindakan itu mempengaruhi budak-budak, terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata kepada ibunya, 'bonda saya pun nak rambut macam ayah'. Beristighfar saya masa itu.






"Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya," ujarnya yang pada awal zaman popularitinya sinonim berambut panjang dan kerinting.


Hafiz, 33, memberitahu keputusan memilih warna berkenaan dibuat secara spontan tatkala membelek-belek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya dalam memutuskan kelainan gaya ingin ditonjolkan.


Pemilik nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip ini turut bercerita, dia ketika itu mengikuti siri drama One Piece dan mendapat inspirasi daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro.


"Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat, rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.


"Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu," luahnya yang tampil dengan single terbaharu, Terus Bersinar.


  



Menyingkap satu lagi sisi dirinya yang tampak kian susut, Hafiz mendedahkan, berat badannya kini sekitar 61 kilogram (kg) selepas dia begitu menjaga pemakanan kerana masalah sakit tulang belakang atau slipped disc sekitar 2015.


"Secara keseluruhan berat saya turun 10kg sebab banyak kena jaga, macam amalan pemakanan, postur. Kadang-kadang ada juga rasa sakit, tapi saya tak ambil sebarang ubat.


"Sayacuma masih menjalani rawatan kiropraktik sekali atau dua kali sebulan bergantung kepada keadaan," kata juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini.


Mengenai undangan membuat persembahan, Hafiz berkata, dia masih kerap menerima jemputan menyanyi pada majlis korporat, namun mengakui merindui detik muncul di kaca televisyen seperti dahulu.


Penyanyi dari Sarawak ini sedar hakikat peluang itu jarang diperoleh memandangkan tidak lagi bernaung dengan mana-mana agensi kerana selepas lebih 10 tahun bergelar anak seni, dia lebih selesa mengurus sendiri perjalanan seninya.


"Mungkin ramai tertanya-tanya mana Hafiz Suip. Alhamdulillah masih ada 'job', cuma kurang diuar-uarkan. Dulu selalu keluar televisyen, (undangan) sentiasa diatur, sekarang gerak sendiri, semua kena buat sendiri.


"Ini satu proses belajar. Misalnya macam karya kali ini, walaupun bukan 100 peratus dihasilkan sendiri, tapi idea visual, lirik, melodi, semua berkaitan lagu itu saya kawal dan jaga supaya berkualiti. Barulah peminat puas hati," katanya.





Sumber: BH Online




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah..tak payah buat publisiti murahan..sore dah cukup sedap dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyanyi je lah ... suara dah elok tak yah lah buat Kaler camtu. Muka hidung you sama lah onni boi lagi satu yg nyanyi budak tebing tu hakim Rusli...syamel...aizat semua ni  pakai kot , jacket..well tailored shirts.regular facials cukup utk nampak elok . Faham dak.  Bab rambut less is more...jgn duk berkala nanti lagi enhance yg tak patut...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin pelik2 je la mamat ni.. dah la kurus extreme.. then suddenly warna rambut hijau.. sesuatu sangat…..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Qatrunnadaain replied at 4-11-2023 02:45 PM
Makin pelik2 je la mamat ni.. dah la kurus extreme.. then suddenly warna rambut hijau.. sesuatu sang ...

Terpengaruh dgn taktik marketing jijan seman & ena bedul
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak tengok one piece kot ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke management lama kaut untung smp 40% untuk setiap job bintang2 AF dulu ni? No wonder lah hazama, akim, stacy, hafiz, adira semua bawak haluan sendiri tp theyols lps tu seolah2 diblacklist plak oleh astro. Myb sbg guest artiste GV masih ada tp utk program2 temubual di tv, promosi di radio2 astro mcm sgt kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Plis release lagu stok2 ajl.manalah tau ade rezeki masuk ajl tahun dpn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 05:57 PM | Show all posts
Terima kasih adik kerana menyedarkan ayah awak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa ingatkan berlakon drama ke mv ke apa
rupanya nk perhatiannnnnnnnnnnn
cuba buat duet lagi dgn adira ke..suara dua2 mmg sherashi bersama gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 07:30 PM | Show all posts
kenapa heols boleh dapat slipped disc? main gym ke?

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling islam
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:35 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 4-11-2023 11:01 AM
sleepandream replied at 4-11-2023 07:30 AM
kenapa heols boleh dapat slipped disc? main gym ke?

Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.

Gara-gara kerana terlalu lincah bermain futsal baru-baru ini, Hafiz Suip kini telah dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc) sejak empat hari lalu.
Sumber: https://www.rotikaya.com/hafiz-suip-alami-masalah-tulang-belakang/#:~:text=Hafiz%20Suip%20Alami%20Masalah%20Tulang%20Belakang&text=Gara-gara%20kerana%20terlalu%20lincah,disc)%20sejak%20empat%20hari%20lalu.

Tahun 2018 pon dia ada kena gak.

  

Ada dua versi cerita Hafiz mengapa dia kurus yang I nak kongsi dengan kalian.

  

Versi pertama dia kata doktor yang paksa dia kurus supaya sakit slip disc dia tak bertambah parah.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/dipaksa-doktor-untuk-kurus-keluar-rumah-pakai-tali-pinggang-angin-hafiz-suip-dedah-masalah-kesihatan.html

Versi ke-2 dia kurus sebab selalu main besi kat gym. Pasal gym ni aku musykil sket sebab dia kan slip disc, boleh ke angkat bebanan berat.

  

  

Lagipon dia pernah merempan sedih tak dapat dukung anaknya yang masih bayi sebab slip disc.

Saya reda meskipun sedih tak dapat mendukung anak sendiri, Muhammad Riyadh Zafri yang kini makin aktif," kata penyanyi Hafiz Suip.

Pelantun lagu Noktah Cinta itu terpaksa memendam rasa seorang bapa apabila tidak dapat mendukung anak sulungnya kerana menghadapi kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Hafiz berkata, atas nasihat doktor dia tidak dibenarkan mengangkat dan melakukan kerja berat, termasuk mendukung anak kecilnya itu.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/2018/08/365226/hafiz-pasrah-tak-boleh-dukung-anak

Dia macam tak sihat. Simptom dia tunjuk sama macam Yassin Sulaiman sebelum kena tangkap, suka upload kapsyen dan posting merapu.

  
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus betul dia sekarang. Satu lagi mira basic sampai mcm sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik Hafiz, tak payah la mencontohi perangai Dik Aina yang nak bereksperimen dengan imej dan fesyen, your voice alone dah bawa you ke satu level tersendiri. Keep it up, keluar lagu2 baru sebab ramai peminat yang rindu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 4-11-2023 04:33 PM
Plis release lagu stok2 ajl.manalah tau ade rezeki masuk ajl tahun dpn.

Dia kalau masuk AJL je selalu menang at least satu kategori.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 4-11-2023 10:35 PM
Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.

Sumber: https://www.rotikaya. ...

Mungkinkah simptom tu effect drpd ubat2 yang dia amik masa sakit tu? Adoiii harap2 jangan la dia buat benda yg menghancurkan masa depan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dia ketagih opium sudah ler. Kat netflix pun ada documentary pasal ketagihan ubat tahan sakit ni in US. Semua mostly starts from all these kind of muscle pains, slip disc etc. Mula2 sekadar yg doc prescribe kan je. Lama2 bertambah dose & sampai ketagih. And the rest is history. Semoga hafiz clean & sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan_ustazah replied at 5-11-2023 01:48 AM
Kurus betul dia sekarang. Satu lagi mira basic sampai mcm sakit.

Basic tu macam terlalu kurus kan… kadang nampak kepala je beso..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 4-11-2023 10:35 PM
Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.

Sumber: https://www.rotikaya. ...

Kenapa semua gambar nampak kepam sekepam kepamnya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.274297 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list