View: 11759|Reply: 225
|
Wanita Tak Nak Boikot Jenama Berkait Israel- Kesian Kepada Pekerja Tempatan, Ada Yang Tak Bergaji
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meraih perhatian netizen kerana memilih untuk tidak memboikot.
Di Facebook, wanita itu turut menyenaraikan tiga kedai kopi jenama popular di sekitar negeri Kelantan yang sentiasa menjadi pilihannya.
Salah satunya adalah jenama rangkaian kedai kopi popular yang sudah lama bertapak di negara ini.
Gambar Hiasan: mStar
"Kenapa saya minum kopi di kedai ini? Bukan saya ada duit sangat. Minum kalau ada income saja. Tapi paling penting sebab saya selesa dengan suasana dan orang yang kerja kat sana.
"Tiga kedai kopi ini tempat yang memang kiranya port. Pilihan kalau nak makan kat luar. Dan tiga tempat ini, saya kenal dan baik dengan kru mereka. Rasa macam kat rumah."
Menurut wanita itu, dia turut simpati apabila mendapat tahu sebilangan staf di kedai kopi itu didakwa diarahkan bercuti tanpa gaji.
Ujarnya, para pekerja itu juga sedih dengan nasib rakyat Palestin, namun nasib mereka sendiri kini terkontang-kanting akibat boikot yang sedang dijalankan di Malaysia.
"Hari ni, saya tengok air mata adik-adik di kedai kopi itu. Mereka diarah bercuti tanpa gaji. Asasnya semua outlet la kot. Yang mana 100 peratus ialah Melayu Muslim.
"Yang seorang ialah ibu kepada lima cahaya mata. Yang bawa motosikal bekerja setiap hari, untuk tanggung keluarga dan anak-anak. Mereka juga ada kisah, ada kehidupan, mereka juga simpati pada Palestin. Tapi siapa yang simpati pada mereka?
"Yang bercakap, yang boikot, mungkin tak rasa. Boleh cakap rezeki Allah ni luas. Tapi tak rasa seperti mereka lalui. Sama seperti saudara kita di Palestin. Kita menangis sedih, bersolidariti, kita empati, tapi kita tiada di sana," ujarnya.
Meskipun masih berbelanja di kedai kopi tersebut, wanita itu berkata dia tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin dan sentiasa mendoakan kemerdekaan mereka.
"Adakah orang Islam kita di Malaysia yang bekerja di kedai kopi, restoran makanan segera ini tidak dianggap saudara kita? Ada sesetengah tak boikot, tapi takut dikecam. Yang menjadikan keadaan semakin teruk.
"Saya ni tak takut di kecam. Saya sokong Palestin. Sentiasa doakan mereka. Solat sunat Subuh sekarang, wajib ada doa untuk mereka. Sebab yakin itulah senjata terbaik. Yang nak perang di media sosial, peranglah, jihadlah, tiada yang menghalang
"Apapun, Allah maha mengetahui. Ujian pada Palestin kerana mereka kuat melaluinya. Sama juga untuk pekerja-pekerja kedai kopi, restoran makanan segera. Allahuakbar, air mata ni tumpah. Semoga Allah permudahkan urusan mereka, rakyat Palestin dan kita semua," ujarnya lagi.
Dalam hantaran berasingan di Facebook pada Khamis, wanita itu berkata dia peka dengan komen kecaman netizen atas pandangan peribadinya tentang isu boikot.
"Untuk buat posting tadi, jiwa kena kental. Sebab kena baca komen-komen. Saya tak buat kalau tak bersedia. Tak boikot tak semestinya tak sokong anti Israel dan tak solidariti untuk Palestin. Tak letak bendera Palestin, bukan bermakna tak solidariti.
"Setiap orang ada cara masing-masing untuk tunjukkan solidariti. Tak nangis (untuk Palestin), takkan setiap kali nangis nak kena selfie. Atau setiap kali solat, post done solat hajat dan doa untuk Palestin.
"Teruskan usaha kamu dan saya juga teruskan usaha. Bantu Palestin dan bantu orang Islam yang dekat. Apabila ramai yang mesej, yang komen... terima kasih untuk yang berkata baik. Tapi yang bahasa macam Yahudi mabuk tu, mohon baiki diri," ujar wanita itu lagi.-CARI
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Setakat tak bergaji...palestinian tu tak mkn, tido ntah mane², beranak takde bius,minum air kumbahan, pecah kene bom...siapa lagi kesian..definitely them |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la kau kena kecam dgn acik porum kejab lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb X kene ke anak sendiri lg..boleh la ckp mcm ni...cer nanti zionis tu p sembelih anak2 kau...ms tu akal pun br sampai..ni bukan pe..lebih pd nk bergaya je..nampak hebat minum kopi jenama Tu..org melayu ni Kan biar papa asal bergaya... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by naina at 2-11-2023 04:49 PM
Orang Malaysia ni memang lemah
Frienlist aku pun ada yang tak dapat boikot sebab susah nak beli sarapan pagi
.McD senang tinggal drive thru je..dan burger kopi sarapan McD tu mengenyangkan. Aduhhh.
Ada lagi yang xnk boikot sebab alasan2 yang lemah. Ntahlaaaa..setakat susah cmtu pun dah macam tak boleh hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau xnk boikot better diam2 je xpayah ajak org lain. I rasa ok lg nk boikot tp x suka org yg suruh resign keje2 ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mengundang.. apa je pemikiran ko duduk je lah dediam sekali ko berbunyi beratus kali org akan berbunyi balik mengecam ko. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xnak boikot diam2 la... |
|
|
|
|
|
|
|
OK apa pendapat dia tu...Aku ok dgn apa dia 'kata/ckp' tu... |
|
|
|
|
|
|
|
umat islam di malaysia sangat lemah...ramai sedang menunjuk cleavage di media sosial utk cari wang...ada hati nak bersama-sama umat islam menentang israel |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tulis panjang2 nak justify ni ujung2 influencer jual produk nak bagi engagement tinggi je...marketing semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Xmo boikot (walau pd aku fr valid reason) ko senyap² aje dekk..
Urang mulayu ni cukop pantang kalo ada yg melawan arus terang².
Jd lalang aje voley.
Esok² dh reda perang muka terpaling boikot tu la dok kerumun mekdi, beli jiwa ank² katanyehh..
Mcm zmn cocok air soci dulu laaa..
Hat tu la terpaling ikot sop.
La ni pakat² ilang ingatan dh suma.
Yihh |
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya. Ko nak boikot atau tak diam2 sudah. Sampai kau post di medsos memang tunggu kena ganyang sampai rabak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun taknah terfikir nak boikot apa jua jenama IT dan peranti bersangkut-paut dengan Israel sebab ia bukan termasuk kategori makanan.. Kalau Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Pekerja serta seumpamanya yang meraikan seseorang atau sesuatu benda sehari dalam setahun boleh la boikot sebab ia semua bukan perayaan, bukan hari besar.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa kalau beli diam2 kan boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 2-11-2023 04:19 PM
Orang Malaysia ni memang lemah
Frienlist aku pun ada yang tak dapat boikot sebab susah nak beli sara ...
Local kopitiam & coffee chains kene step up their game.....buat drive-thru outlets utk attract on-the-go customers, lebihkan variety....reason some still buy sbb convenient utk mereka
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab boikot pun nak menyindir siap nak memperlekehkan usaha org lain lagi.ada baik ko diam je la tenuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg uols nk kecam balik dia sbb x boikot plak kenapa?
Sama je...nk boikot ke x nk boikot ke dua2 xyah nk over melebih2 sgt eh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|