CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3520|Reply: 26

Tercabar Dengan Komen Pedas Ramli MS, Aina Abdul Akhirnya Berjaya Hasilkan Album Sulung

[Copy link]
Post time 25-10-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Aina Abdul akhirnya berjaya melancarkan buah tangan terbaharu berjudul Imaji walaupun pernah berputus untuk album sulungnya kerana kekangan waktu.


Katanya dia bersemangat menghasilkan album ini selepas terkesan dengan kata-kata pengarah muzik Datuk Ramli MS yang menyatakan untuk seseorang artis menganjurkan konsert, perlu mempunyai album terlebih dahulu ketika mereka menjurikan program Big Stage.


Foto: IG




Lebih membuatkan dia tercabar dengan kenyataan itu apabila ada suara-suara sumbang mentertawakannya kerana masih tidak mempunyai album.


"Sebenarnya waktu Tokram (Ramli MS) cakap begitu saya menggeletar. Walaupun malam itu belum berakhir, saya boleh rasa yang semua orang sedang ketawakan saya. Saya dapat rasa ada suara-suara sinis kata padan muka.


"Ketika itu saya rasa tercabar dan rasa sangat kerdil ketika itu duduk bersebelahan dengan Tokram. Saya rasa seperti nak balik waktu itu. Kalau saya ada magik, saya nak siapkan album pada ketika itu juga dan tunjukkan padanya.




  



"Tetapi saya jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat untuk saya hasilkan album," katanya kepada mStar.


Aina juga tidak menafikan album tersebut dilancarkan bagi menutup mulut beberapa pihak yang sering mempersoalkan tindakannya mengadakan konsert di Axiata Arena meskipun tidak mempunyai album dan tidak banyak lagu-lagu popular.


Stigma yang berlarutan itu membuatkan penyanyi lagu Sumpah itu berasa sedih dan berharap ia dapat dihentikan sesegera mungkin.




  



"Ramai yang cakap kenapa nak pergi konsert Aina Abdul? Lagu dia berapa kerat sahaja. Benda macam ini buat saya down.


"Kalau kita tengok artis luar negara, ada yang hanya mempunyai dua lagu hit, tetapi tetap lakukan konsert. Kalau di luar negara boleh, kenapa di sini tidak boleh. Saya rasa stigma ini perlu diubah.


"Untuk penyanyi generasi baru macam saya, walaupun kita tak punya banyak lagu hit, kita masih boleh lakukan persembahan seperti 'showcase' dan sebagainya. Saya sedih dengan stigma itu dan tidak setuju dengan benda itu," ujarnya.


Aina berkata terdapat 14 buah lagu hasil ciptaannya sendiri dengan genre balada, pop dan indie.




  



Kata Aina, dia bergelut dengan masa untuk menyiapkan album tersebut memandangkan terlalu sibuk dengan konsert yang bakal diadakan.


"Memang saya berperang dengan masa. Ada hari yang saya menyanyi, malam selepas itu saya rakam untuk album dalam tiga hingga empat jam.


"Saya sampai tidak nampak siang dan malam. Masa yang saya ada untuk keluarga juga sangat kurang sepanjang saya buat album. Saya sampai cakap dekat keluarga, kalau nak jumpa saya datang dekat rumah saya," katanya.




  



Menyifatkan album Imaji itu sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya, Aina menjadikan ia sebagai cenderahati kepada peminat setia yang telah lama menantikan album sulungnya.


Malah, dia mengeluarkan kos sebanyak RM300,000 untuk penghasilan album ini.


"Alhamdulillah akhirnya saya berjaya merealisasikan impian sekian lama untuk memiliki sebuah album penuh yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup saya sendiri.


"Setiap lagu yang dihasilkan adalah interpretasi saya terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai dihargai dan sebagainya.




  



"Secara peribadi saya meletakkan piawaian yang tinggi untuk album ini kerana Aina Abdul merupakan seorang yang amat menitikberatkan soal mutu, kualiti muzik, bunyi dan gubahan dalam setiap karya.


"Kos itu adalah untuk fizikal album, photoshoot, rakaman dan juga macam-macam lagilah," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha..aku dh agak..muka dia mmg nmpk lain time tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah aina
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk betui duit dia kan utk keluar kan album.. Kalau bab konsert aku pahamlah finas kasi dana
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
best juga album dia lagu kedengaran fresh lain sikit dr yg lagu lagu yg selalu dia bawa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:46 PM | Show all posts
tokram tu orang lama... zaman2 dia dolu memangla ber-album...
skrg ni zaman streaming... asal lagu sedap ko banyak, ko dah boleh berkonsert...
buat album mcm tokti pun tp byk lagu nan hadooo nak buek apo... bazir jah bayar komposer bagi lagu sampah... tapi sheols byk duit takpela... ni ko nak buat konsert pun mintak bantuan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang tengok muka dia ni, dah ala2 muka watie soeb pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:25 AM | Show all posts
OK meols review satu2 lah ye lagu dlm album aina ni:

Imaji (7/10) - mid tempo dgn ada ala2 rapping sikit. start2 dah english. jadi boleh agak byk lagu rojak dlm ni nanti. ni material single ke-3 or ke-4 kot.

Satu Rasa (5/10) - terpaling motivational. x memorable and ala2 lagu filler album tokti.

Jangan Mati Rasa Ini (9/10) - terpaling 1st single n AJL material. kena la dgn jiwa pendengar lagu2 Melayu yg suka lagu2 melolong. tp vokal akrobatik Aina dlm lagu ni mmg power.. naik turun naik turun.

Kamu (8.5/10) - menarik lagu ni ala2 lagu James Bond gitu. classy r&b gitu. Cuma kecewa lirik biasa sgt.

Puas Sudah (8/10) - lagu ni iras2 lagu Semalam + Terus Hidup. Tapi dpt rasa Aina akan push lagu ni as 2nd single sbb melodi lagu kena dgn selera pondan2 n akak2.

Sesal (6/10) - another unmemorable song. terlalu slow for my taste and lirik x kreatif.

Kejam (8/10) - sama pattern dgn lagu Kamu, powerful r&b gitu. Lagu rojak bahasa, tapi mcm radio friendly jugak.

Bilang (7/10) - again, the whole song is sangat template daripada lagu2 Aina lain. Syg sbb chorus promising tp lagu mcm lost direction.

Bukan Untukku (5.5/10) - style2 lagu pop indon yg easy listening (read: Anggi Marito, etc.) tapi sangat bland for my taste.

Sedia Terluka (5/10) - at this point, rasanya Aina kena pelbagaikan melodi lagu sebab hampir semua lagu bunyi mcm sama.

Ini Bukan Cinta (5/10) - again and again. refer 2-3 komen seperti di atas. Aina nak jadi macam Faizal Tahir ke, lirik lagu duk ulang kamu kamu 100x. please hire a professional lyricist.

Lost (7/10) - nice silent English track (gitoh terus speaking) tapi sememangnya tak akan hit di tanah melayu ni. Apapun, credits to pronounciation English Aina yg bagus.

Penat Jiwa (8/10) - something a bit different after so many filler tracks. suka part Aina ala2 bersinden kt bridge. lagu ni boleh buat healing sambil layan nature.

Kunci (7.5/10) - closing track yang decent, again nature themed. ala2 lagu Ghea Indrawari gituh.

Conclusion:
A good first step tapi Aina masih ada jalan yang jauh lagi untuk jadi komposer/penyanyi yang berjaya.
Meols berani cakap cubaan Aina kali ini sgt risky sbb style lagu sgt limited dan sangat 'template', she needs to diversify or consider including tracks from other established composers.
Dan satu lagi, Aina kena hire professional lyricist sbb nampak lirik berulang2 and xde hala tuju.

Anyway all the best !!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku suka aina.. tapi skrg aku rasa dia sgt membosankan..dari semua segi…
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izat123 at 26-10-2023 02:18 AM

Tok Ram cakap gitu sebab kalau takde album bila buat konsert kau nak nyanyi lagu cover ke? Keji sangat kalau konsert mahal mahal nyanyi lagu orang sebab tak cukup 20 lagu sendiri. Bukan masalah old school ke apa, masalah nak bagi cukup material untuk buat konsert solo. Tengok macam artis indo rilek je buat album lepastu datang Malaysia buat konsert sekarang setiap bulan 2-3 konsert artis indo ada kat Malaysia ni semua sold out pula tu. Artis Malaysia generasi baru? Sedih. Nak buat konsert pun ada 3-4 single je tu pun kalau letup lah kalau 1-2 je yang letup nyanyi kat konsert Jom Heboh jelah sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 25-10-2023 09:46 PM
tokram tu orang lama... zaman2 dia dolu memangla ber-album...
skrg ni zaman streaming... asal lagu s ...

Kannn..X perlu pun nak dengar kata kata org ...
Yg pending ko perform bagus...active compose and produce lagu best every year...
Drpd kobikut jejak penyanyi gen lama...album byk..tapi yg berkualiti dan sedap pun X sampai 5 buah lagu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus aina tak royan. Patutlah dia berjaya sebab dia benarkan diri dia dikritik. Dan dia respon pada kritikan yg perlu. Dia akan jadi superstar lagi nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:54 AM | Show all posts
Kalau keluar 1 album untuk setahun atau 2 tahun, terus ada 10 lagu, dalam 10 lagu tu, penyanyi tu sendiri tak tahu yang mana lebih mesra telinga pendengar. Jadi ada banyak pilihan. Lepastu boleh hantar lagu untuk OST drama, ada lagu utk viral utk dekat tiktok/youtube.Mesti akan ada 2/3 lagu yang boleh hit. Daripada ko release 1 atau 2 singlesetahun, belum tentu orang boleh terima. Last last ko jadi sendu walaupun boleh menyanyi. Sebabtu juga la AJL sekarang ni tak banyak lagu yang orang tahu.


Contoh mcm ziana zain la. Ada banyak lagu, lepastu rehat kejap menyanyi sebab kahwin dgn jaga anak-anak. Sekarang  buat comeback, siap boleh buat concert.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:00 AM | Show all posts
terkejut nyah tengok gambar album

mula tu terfikir, ko ni into BDSM - mummification ke gittew
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
beta_carotene replied at 26-10-2023 12:25 AM
OK meols review satu2 lah ye lagu dlm album aina ni:

Imaji (7/10) - mid tempo dgn ada ala2 rapping  ...

Ayoo, lagu sedia terluka dan ini bukan cinta tu ironinya lagu yg meols plg suka dlm album ni. (Tp xsmpt dgr semua lagi laa) tp mmg betul lirik agak amateurish. Kena berani hire lyricst yg hebat sbb melodi both songs ni berbeza drpd yg selalu aina buat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:20 AM | Show all posts
i peminat aina ni dari mula kemunculan dia. mmg i nampak dia ada bakat dan boleh pergi jauh, setanding tokti. beza aina ni dgn tokti, dia bijak. dan seiring zaman. tokti gaya muzik dan hala tuju dia mcm acik2 sikit. tp aina ni pandai tackle peminat2 muda sezaman dgn dia.

betulla mmg dia kena ada album sendiri. konsert dia yg lepas tu i tgk kat youtube, apekehei dok nyanyi lagu org. org pergi tengok awak konsert sbb nak tgk awak nyanyi lagu sendiri. teruskan hasilkan album2 sendiri lg aina. anda berbakat besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Cover album tu ala2 kepompong ke? Tp hodoh la.

Lagu2 aina ni susah nk lekat. Maybe kena ambik komposer lain plak instead of compose sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn Aina Abdulla kalau tak pelik2 kan..
All the best utk Imagi!
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 01:07 PM | Show all posts
kalau tgk dari review sis @beta_carotene mcm ok-okla album ni.. mungkin rushing nk kejar dateline & xde kepelbagaian komposer / lyricist..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 02:08 PM | Show all posts
fadz84 replied at 26-10-2023 12:07 PM
kalau tgk dari review sis @beta_carotene mcm ok-okla album ni.. mungkin rushing nk kejar dateline &  ...

apa yg iols blh katakan, mediocre je but utk artis malaysia is quite impressive..meols hrp aina release balik lagu2 english sheols mcm Reminiscing, Bleed, Ghost, Shadow dlm satu album English..


meols menantikan singer-composer mcm naim daniel, firdaus rahmat, hael husaini utk keluarkan album jgk..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.078889 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list