|
View: 2766|Reply: 22
|
Nurse Cantik Tak Sengaja Jadi Penyondol- Suami Menipu, Tak Bayar Hutang, Ugut Isteri Pertama
[Copy link]
|
|
|
Seorang individu berkongsi kisah bekas jirannya yang tak tahu dirinya adalah isteri kedua.
"Jiran saya bernama Fiza (bukan nama sebenar) dan suaminya Akmal (bukan nama sebenar) berpindah rumah di lorong sebelah kediaman saya.
"Fiza bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta. Orangnya cantik dan lemah-lembut. Patutlah Akmal terpikat dengan dia."
 Gambar Hiasan
Walaupun jarak usia 10 tahun, pasangan itu kelihatan sepadan dan dikurniakan seorang anak berusia enam bulan.
Namun wanita itu mula berasa curiga dengan jirannya selepas si suami tidak lagi kelihatan.
"Mula-mula pindah, aku nampak Akmal. Selepas enam bulan, aku dah tak nampak. Tapi mak Fiza dari Perak datang tinggal bersama," katanya.
Lebih menghairankan apabila jirannya itu akhirnya membuat keputusan untuk berpindah ke kampung.
Tidak lama selepas itu segala tanda tanya terjawab apabila jirannya membuat pengakuan yang dia sudah bercerai.
"Sebenarnya aku dan Akmal dah bercerai. Habis edah ni, aku nak balik kampung dengan anak. Akmal tipu aku, sebenarnya aku ni isteri kedua dia," kata Fiza seperti diceritakan semula jirannya.
Menurut Fiza lagi, status suaminya yang beristeri dua terbongkar apabila berlaku tunggakan bayaran balik pinjaman perumahan.
"Dia tak bayar bulan lepas, bank cari dia. Lepas tu aku hairan dengan alamat yang diberi. Aku siasat rupanya itu alamat rumah seorang wanita yang merupakan isteri pertama.
"Mereka dah berkahwin 10 tahun, ada tiga anak lelaki. Isterinya suri rumah. Jodoh pilihan arwah ibu bapa Akmal," katanya.
Dimaklumkan oleh Fiza sendiri, dia pergi ke rumah isteri pertama suaminya untuk bersemuka dan tidak menyangka perkahwinan mereka sebenarnya diketahui dan direstui madunya itu.
"Geram betul aku, apabila aku bersemuka dengan Kak B (isteri pertama). Kak B cakap dia terpaksa merelakan perkahwinan kedua kerana suami mengugut akan meninggalkan isteri pertama sekiranya tidak dapat berkahwin dengan Fiza yang berpendidikan dan berkerjaya.
"Akmal sentiasa ada di rumah, jarang keluar. Akmal hanya pulang ke rumah Kak B pada siang hari saja. Dah setahun Akmal tak tidur di rumah Kak B.
"Kata Kak B, dia rela bermadu daripada diceraikan kerana dia merupakan anak yatim dan tidak bekerja," ujarnya.
Menurut wanita itu lagi, Fiza kemudian membuat keputusan untuk berpisah kerana kecewa dengan lelaki yang rupa-rupanya isteri orang lain selama sedekad.
"Tawar hati. Ingatkan Akmal sebagai suami mithali tapi meleset sama sekali. Dua bulan aku cuba hidup dalam kehidupan poligami tapi tak boleh.
"Aku nak Akmal sentiasa ada dengan aku. Tapi pada sama, aku kasihan tengok Kak B dan anak-anaknya. Akhirnya aku undur diri.
"Aku tak nak Kak B teraniaya, akhirnya kami berpisah secara baik," katanya mengimbas kembali luahan Fiza.
Jelasnya lagi, luahan Fiza mengenai hidup poligami menyedihkan, lebih-lebih lagi dia enggan menjadi perampas suami orang.
"Fiza kata dia tak nak jadi penyondol, tapi dia kena tipu. Dia rela diceraikan daripada bermadu. Dia mahu keikhlasan," ujarnya sambil menambah Fiza kini pulang ke kampung untuk menjalani kehidupan baharu bersama anaknya selepas berpisah. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahh..Mohon producer drama ambik jalan citer nih jadikan drama berepisod...watak nurse cantik tu..locked utk barakbah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akmal??laki kebab ke tu??pastu kak b tu kak bab??ehhh siyess lahh???ahhahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala....cite biasa² je ni....
Pendidikan tgi & berkerjaya amende nya.....nk keja klinik swasta tu, spm tak de kredit pun blh.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hasanah versi lakiku laki orang pulak..
kalau kawin kat sini, sah-sah borang nikah ada state status masing-masing..
melainkan kau nikah kat siam..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita mstar pun bleh jadi CI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gempak la isu semasa....
ada novel
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah cam ala2 novel.. jiranku maduku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wehhh aku ada jumpa ramai yg ada mentality bila sebut kerja nurse tu umpama mcm ko ni mmg bekerjaya, terjamin masa depan dan pendidikan tinggi ko tau tak. especially makcik2 baby boomers la yg ada mentality mcm ni. nurse gov paling laku keras nokkkk... kalau anak jantan nya dpt sauk nurse kemahen mak mertua kemain bangga & sayang bebenor, maklumlah nnt kan boleh dpt first class treatment and first class pharmacy kat hosp gov bila sakit nnt hihihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jantan bila dah cerai no. 2, dia cari lain pulak. Mcm samdol. Takkan berubah perangai menipu dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 24-10-2023 03:05 PM
wehhh aku ada jumpa ramai yg ada mentality bila sebut kerja nurse tu umpama mcm ko ni mmg bekerjay ...
Tak faham betul yang bangga dengan anak orang macam dorang yang bagi sekolah bagai,tapi anak sendiri tak jadi bewak, jadi housemate je kat bini, kalau kawin 2, bini dua-dua bekerja, tak de sorang yang tak kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kau cantik, baik takpe dik jadi penyondol.. rambut kinting pun takpe.. netijen restu dek...asal kau jgn bergelek2 sudah...kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk sini sbb kata nurse cantik
mana nye? temfek plish  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kata nya ikhlas. Yg sebenarnya tamak. dan kedekut. takut harta dia terbagi kat madu tua.
Typikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
org kalu dia nak, dia bole jer buat mcm2 cara...dia bole start process nak bercerai dgn first wife, buka file dan letak status single dlm borang nikah....nie salah satu muslihat yg meols pnh tau org buat...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 24-10-2023 04:21 PM
kalau kau cantik, baik takpe dik jadi penyondol.. rambut kinting pun takpe.. netijen restu dek...asa ...
Nk tambah lagi. Jgn provoke bakal mertua. Jgn hantar bideo tak senonoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 24-10-2023 02:12 PM
hasanah versi lakiku laki orang pulak..
kalau kawin kat sini, sah-sah borang nikah ada state status ...
Boleh sorok khen..bkn senang nk detect malau jantan tu nikah kt negeri lain..database tak centralized |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|