Pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus terkilan dengan tuduhan seorang ustaz yang mendakwa pernikahannya bersama Angelina Tan kelmarin adalah tidak sah merupakan tuduhan terlalu berat.
Jelas Sabri yang juga dikenali Pok Ya itu, paling menyedihkan apabila ustaz terbabit juga terus membuat kesimpulan bahawa dia dan pasangannya itu akan berzina jika perkahwinan tersebut tidak sah.
“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan.. siapa yang keliru?
“Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tidak keliru dan 25 hadirin juga tidak keliru,” jelasnya.
Tambah Sabri, dia ada sebab sendiri memilih majlis akad nikahnya di Perlis namun tidak menyangka isu lain, isu yang saya tidak terbayang oleh akalnya bakal timbul.
“Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah, tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah.
“Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju. Tentu saja menyambut pada kata nikah itu.
“Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr. Maza (Mufti Perlis) jurunikah kami dan ada bau permusuhan antara mereka.
“Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan,” jelasnya.
Terdahulu, pernikahan pasangan tersebut di Perlis telah menjadi pendebatan di media sosial apabila seorang penceramah bebas mendakwa akad nikah mereka berdua tidak sah.
Perkara tersebut berlaku apabila jawab akad Sabri ketika dinikahi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin didakwa ringkas dan tiada dua saksi.
Post time 17-10-2023 12:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tgk kat komen ramai juga Meleis mcm xtahu boleh gitu tp mujur jauh lebih ramai yg tahu ianya memang boleh dan disarankan sebenarnya. Bukan ayat panjang2 pastu kena satu nafas bagai.
Kan berubah wajah MAZA mase Pok Ya sebut ringkas namati tu kan?
Pade aku simple. Kalo pade ketike tu dia tetibe terkonfius ingat dia tengah kat setting drama sampai tergugup memang dia patot perbetolkan nawaitu dia tu dulu. Dia patot ulang. Dia patot psyche diri dia kata, "Aku tengah menikah."
Becoz from what I see otak dia tengah tuning keluar masok zon berlakon.