CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15963|Reply: 64

'Remake' Atau Sambungan Pi Mai Pi Mai Tang Tu Sukar Dihasilkan Semula

[Copy link]
Post time 15-10-2023 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), Othman Hafsham memaklumkan sitkom tersebut  sukar untuk dihasilkan semula kerana ramai bintang utamanya sudah meninggal dunia.


Oleh itu, harapan peminat sitkom (PMPMTT) untuk menonton sambungan sitkom itu, mahupun versi 'remake', mungkin tidak akan kesampaian atas beberapa faktor.






"Ramai barisan pelakon PMPMTT yang sudah kembali ke Rahmatullah, terutamanya, watak-watak penting. Mereka inilah yang membuatkan PMPMTT menjadi sesuatu seperti yang kita kenal sehingga ke hari ini.


"Jadi, sukar untuk saya mengembalikan semula sitkom itu seperti mana, prestasinya seperti suatu ketika dahulu. Saya pun tak pasti, sama ada masih ada stesen TV yang mahukannya atau tidak," katanya.


Ditanya mengenai versi 'remake', Othman berkata, ada beberapa faktor yang perlu ditimbang tara, sesuai dengan peredaran zaman.


"Ada yang bertanya, kenapa tak hasilkan 'remake' untuk PMPMTT. Saya rasa, salah satu kesukaran adalah cara kerja di mana, cara kerja produksi zaman sekarang jauh berbeza dengan cara kerja saya.


"Apa yang saya hasilkan pada ketika itu, memerlukan banyak kerja. Saya tak rasa, ada pelakon sekarang yang begitu berminat untuk bekerja dalam satu sitkom dengan kerja yang banyak contohnya latihan yang sangat banyak.


"Kedua adalah mengenai sudut bayaran. Kalau ingin dihasilkan versi hari ini, bayarannya perlulah setimpal dengan zaman sekarang. Jadi, perkara itu juga mungkin menjadi sesuatu yang rumit dalam ekonomi sekarang.


"Saya bernasib baik pada ketika itu kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang berdedikasi, kreatif serta bertanggungjawab. Mereka minat dengan cara kerja saya dalam menghasilkan PMPMTT," katanya.






PMPMTT menjadi sitkom popular di Malaysia dan ditayangkan di TV3 sejak tahun 1983 hingga 2004, merangkumi 1,210 episod dalam 17 musim.


Sejak semalam, tular di media sosial potongan video pendek salah satu episod dari sitkom itu memaparkan babak di mana pelakonnya, Sabri Yunus dan Angeline Tan bercinta.


Rata-rata, netizen menganggap babak itu begitu 'manis' dan sesuai dengan situasi di mana, kedua-dua pelakon yang masing-masing membawa watak Wan Ismail Golok dan Lucy itu, sah bergelar suami isteri semalam.


Di media sosial, netizen juga bertanya dan ada yang mencadangkan agar PMPMTT dihasilkan semula untuk versi sambungan, atau mungkin versi baharu untuk mengubat kerinduan penonton.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kalau ada memang best
suka tgk PMPMTT
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:10 PM | Show all posts
Keluarkan bluray box set lah untuk Pimai Pimai Tang Tu. Yang kat Netflix pun ada berapa episode je tak sampai 100 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagend giler... Mcm komik ujang n gila2x laa.. Lagend giler
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payahlah. Klo buat nanti kena kecam. Remake takan sama pmpmtt dulu. Pelakon asal pun dah tua. Klo di tukar pelakon baru takan sama lawaknya. Takut makin merapu.

Contoh senario n sepahtu. Dah xbest.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tinggal wan Ismail, Lucy, budin, ana & makngah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee: Tak payahlah. Klo buat nanti k ...
betul, and selalunya kalau yg new version or remake, barisan pelakon nya mcm try hard sangat utk buat lawak. End up jadi mcm annoying.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed al budin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 15-10-2023 10:32 PM
tinggal wan Ismail, Lucy, budin, ana & makngah je

Tertinggal ravi dgn mat over ke...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tayang semula tak boleh ke? generasi yang lahir pada 1980-an dan 1990-an pon ada yang minat sitkom PMPMTT dan semestinya generasi ni tak ada kesempatan untuk tengok full episode sitkom ni


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Amende nk remake program zmn tok kaduk. Tak kan hit mcm dlu la. Even if dia tuka story untuk sesuaikan dgn era skrg pon susah audience nk suka. Kdg benda yg once popular dulu biar jadi nostalgia yg best untuk dikenang je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya cite ni.
40 thn lps..cite ni lg tua dr i
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini: tinggal wan Ismail, Lucy, budi ...

Mat over lagi sorang.penampar lejen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ni nek khatijah tan cantik.


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:10 PM | Show all posts
PMPMTT dolu pun takdela best sgt... kekadang bosan jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 15-10-2023 11:10 PM
PMPMTT dolu pun takdela best sgt... kekadang bosan jugak...

byk double meaning jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
xyahlaa buat remake. mesti jadi xbest. baiklaa diaa ulang balik cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat netflix dah ada best of pmtt... Tak payah remake...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat astro ada je remake pmpmtt tapi bukan hafsham buat.mesti x best
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
nura19 replied at 15-10-2023 10:41 PM
Tertinggal ravi dgn mat over ke...

Wan maimunah as mak usu pun ko tertinggal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.364229 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list