View: 6244|Reply: 114
|
Sayur Kangkung Satu Senduk RM5, Ayam Seketul RM6- Wanita Rasa Dianiaya Makan Di Kedai Muar, Dua Pinggan RM33
[Copy link]
|
|
Seorang pelanggan wanita berasa seperti dianiaya selepas menikmati hidangan di sebuah kedai makan di Muar, Johor bersama suaminya, baru-baru ini.
"Maaf la ye nak tanya. Ayam goreng seketul RM6. Harga ni (sepatutnya) dah dapat nasi goreng kampung.
"Ayam goreng seketul, bukan satu per empat. Sayur kangkung sesenduk caj RM5. Nasi putih, kopi ais dan teh o ais jumlah semua RM33," katanya di sebuah grup Facebook.
Foto: FB
Dia juga berkongsi dua keping foto menunjukkan hidangan yang dinikmati mereka.
Kelihatan juga cebisan kertas bertulis angka 33, dipercayai harga makanan yang dikenakan kepada mereka iaitu sebanyak RM33.
Tambah wanita itu, dia tertanya-tanya sama ada harga berkenaan adalah dianggap biasa bagi penduduk setempat memandangkan dia baharu sahaja berpindah ke Muar.
"Atau saya je rasa mahal? Terkena 'pancung' rasa. Pergi (tunaikan ibadah) haji, balik cuti London kalau macam ni.
"Lauk yang sama makan dua orang suami isteri. Ayam je bukan ikan. Apabila tahu harga, tak reda. Kali pertama dan terakhir," katanya.
Menyedari luahannya bakal menerima sindiran segelintir netizen yang mungkin meminta dia memasak sendiri di rumah jika ingin berjimat, wanita itu terlebih dahulu menjelaskan situasi yang perlu dihadapinya pada hari kejadian.
Foto: FB
"Siapa cakap lebih baik masak sendiri, datang sini saya nak tendang punggung dia. Kena hadap ya. Situasi masing-masing berbeza.
"Kekangan waktu. Saya baru pindah rumah. Berhempas pulas selesaikan rumah. Tiba-tiba nak masak. Memang tak mungkin la. Dengan dapur pun tak siap lagi.
"Saya baru pindah rumah, sebab itu cari makan dekat luar. Sudahlah penat, terkena (dianiaya) pula," ujarnya lagi.
Perkongsian berkenaan ternyata mengejutkan ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui harga sesenduk sayur kangkung adalah RM5.
Gara-gara perkongsiannya tular, seorang individu wanita yang mengaku sebagai pemilik kedai berkenaan tampil menghubungi pengadu bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Berdasarkan tangkap layar daripada perbualan di WhatsApp, pemilik kedai mengakui kesilapan berlaku di pihaknya.
Jelas peniaga itu kesilapan berkenaan terjadi kerana individu yang bertugas membuat kiraan harga makanan mendapatkan khidmat pembantu luar kerana isu peribadi.
Malah dia memberitahu harga bagi sesenduk sayur kangkung ialah RM2 dan caj bagi seketul ayam goreng adalah antara RM5 dan RM6 bergantung kepada saiz.
Salah faham itu juga akhirnya diselesaikan dengan baik apabila peniaga terbabit memulangkan semua wang pengadu menerusi transaksi atas talian.
"Alhamdulillah, salah silap antara dua manusia dipermudahkan. Terima kasih selesaikan isu ni dan maafkan saya kalau menggores hati akak.
"eniaga nak jaga nama baik kedai, pelanggan nak makan makanan harga berpatutan.
"Halalkan makan minum saya dan suami yang akak belanja," kata menerusi perkongsian terkini di Facebook. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Aku makan kat food court Aeon lebih kurang lauk cam acik ni ambik kena caj RM34 utk 2 orang. No wonder time tu ramai order makanan goreng2 sebab harga dlm RM8 utk nasik goreng kampung. Kalau kat luar KL aku rasa agak mahal kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
ye nasi berlauk mmg harga camni skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau masuk batu pahat lagi mahal.. |
|
|
|
|
|
|
|
issue settle
tak sempat nak bawang lelebih
ok next issue |
|
|
|
|
|
|
|
masuk foodcourt jangan la makan nasi campur melainkan u ada staff id..
kedai luar pun nasi campur cekik darah inikan pulak kat foodcourt..
mau makan pun tercekik air mata..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg harga mcm tu skrg. Kedai nasi kukus ayam berempah yg biasa aku beli pun dha naik rm9- ayam size pun dh kecik, 1 timun potong serong +- 3 inci, nasi pun mcm dah kurang. Apa nak buat. Bayar je lah |
|
|
|
|
|
|
|
memang mase nk bayar tu xleh tanye ke knp harga gitu?
mesti kene viral kat media sosial ke? |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 12-10-2023 11:11 AM
Mmg harga mcm tu skrg. Kedai nasi kukus ayam berempah yg biasa aku beli pun dha naik rm9- ayam size ...
tu la time tgh kecur bayar je lah...
kadang mmg kecur sgt sgt kangkung... nampak kangkung, terus capai pinggan, padehal kangkung depan rumah sepah2 tumbuh nak jugak merasa tumis kangkung bila nampak
i love kangkung |
|
|
|
|
|
|
|
Br pindah ke Johor ke..X pe..relax dl.... lps ni jgn meroyan tgk rega ayam,ikan, sayur2 ye... |
|
|
|
|
|
|
|
makanan kat muar banyak yg sedap2 |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya yg kira lebih2 ni pekerja indon pernah kena byk kali indon tu main tekan je harga sebab dia yg akan dapat pujian jika collection haritu byk.. satu2 kestemer dia tekan harga. skli tu aku komplensuruh kira lagi smpi 4-5 ingget beza kepala hotak dia aku marah terus oiii ko pakai koleter pun salha kira ke? dasar indon caprot |
|
|
|
|
|
|
|
baik amik nasi ayam, dah tentu tetap harga...and bawak air kosong sendiri dari rumah, atau beli air mineral kat speedmart. |
|
|
|
|
|
|
|
BP area mana tu yang mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
iye.lagi satu kalau kedai kita tak biasa, yang tak tau range harga macamana tak payah la amik nasi campur. makan je la nasi ayam ke nasi goreng ke yang harga mmg dah fixed
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 12-10-2023 11:40 AM
kt tmpt aku..syukur..dia siap tulis...nasi+sayur+ayam=rm9.Camni elok meniaga..yg beli pon..bukannya..asl jer tekan kt atm 'gerenti' kuar duit..tak..dia pon berhabis kudrat,akal,masa dia. |
|
|
|
|
|
|
|
farahfatihah replied at 12-10-2023 11:31 AM
BP area mana tu yang mahal
alaa yg kat kedai makan dulu2 ke apa entah nama kat tongkang pecah.
aritu lalu tongkang pecah nampak asam pedas ibu.. tapi masa perut tak baper nak lapar... tak singgah pun. tak tahu la mahal jugak ke... kalau singgah mesti bila nampak kangkung & i terus ambik pinggan hehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 12-10-2023 11:37 AM
kt tmpt aku..syukur..dia siap tulis...nasi+sayur+ayam=rm9.
murahnya... kalau macam ni i beli je la kalu takat nak makan sorang |
|
|
|
|
|
|
|
Nak murah pg mkn umah pmx la |
|
|
|
|
|
|
|
aritu aku makan tghari kat 1 kedai ni, aku mmg tau situ mahal then aku pon ambil la lauk2 budget yg biar aku tak terkejut nak membayor nya. aku pon ambil la sardin dengan telur mata sahaja, air takda ya. aku dah beli air mineral sendiri kat petron. pastu time bayar aku punya yg nasi, sardin dan telur mata tu RM16.
huhuhu aku tanya itemised item sebab terkejut juga dgr harga nya ku budget paling mahal pon RM12. then dia ckp nasi RM3, sardin RM8. org sebelum aku bayor 2 dia makan 2 org je sampai RM86 taktau la lauk hapa dia ambil tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|