View: 43927|Reply: 743
|
Shila Amzah Guna Kuasa Veto Jual Rumah, Nak Cari Rumah Sewa Lain Untuk Ibu Dan Adik-Beradik
[Copy link]
|
|
Shila Amzah jawab dakwaan berhubung isu mahu menjual rumah serta menghalau ahli keluarga yang menetap di situ.
Ia berpunca apabila Syada Amzah memuat naik satu hantaran di Instagram Story (IGs) memaklumkan rumah yang didudukinya bersama ibu dan adik-beradik yang lain bakal dijual.
Foto: IG
Shila nafi mempunyai niat untuk menghalau keluarga, sebaliknya tujuan Shila mahu menjual rumah bungalow tersebut adalah untuk mencari kediaman yang lebih senang dijaga dan selesa untuk diduduki oleh ahli keluarga seramai 5 orang termasuk ibu, Fauziah Sarman, dan empat adik beradik lain.
Shila yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga mengakui kediaman tersebut dipenuhi dengan kenangan toksik dan pahit serta kelihatan suram.
“Rumah yang keluarga saya duduk itu nama saya.. Jangan risau, tak ada siapa-siapa halau keluarga. Saya pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.
“Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak best.
“Rumah tu sangat besar, 9,000 square feet, ada 7 bilik… kereta boleh masuk 10 biji, ada tiga rumah kucing. Yang duduk di rumah bungalow itu hanya 5 orang, Mak, Syada, Syahir, Amir and Icha. Tak ada orang gaji yang boleh menguruskan rumah tu.
“Jadi takkanlah saya nak biarkan, tengok rumah tu kusam je. Faham tak bila masuk rumah, tengok rumah tu sedih,” tuturnya.
Pada masa yang sama Shila juga menjelaskan dia akan mencari rumah sewa untuk keluarganya.
“Jangan risau, saya akan cari rumah sewa untuk keluarga saya. Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-adik duduk sebab boleh ada lifestyle, environment yang lain. Saya nak cari yang lagi selesa, senang nak kemas,” katanya menerusi Live.
Jelas Shila lagi, perkara ini tidak dapat dibincangkan lagi apabila dia sudah menggunakan kuasa veto d imana segala keputusan telah pun terletak di tangannya untuk meneruskan penjualan rumah tersebut.
“Benda ni very straightforward, tak ada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya cakap nak jual sebab nak kena maintain rumah tu muka ni.
“Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya. Orang kat luar sana mungkin ingat saya ni anak tak bertanggungjawab, tapi bila kat dalam rumah ni tak ada yang boleh buat keputusan secara dewasa..
“Kita lah terpaksa buat keputusan. Saya dah jadi ketua keluarga sebab tak ada orang nak pikul tanggungjawab ini. Pada saya daripada biarkan rumah tu teruk tak dijaga, lebih baik jual. Tapi masing-masing paint me as someone yang jahat,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, heboh di media sosial apabila adiknya, Syada memuat naik status mempersoalkan mengapa rumah yang didudukinya bersama ibu mahu dijual.
Shila bagaimanapun memberi teguran berdasarkan hantaran di IGs untuk tidak menceritakan hal keluarga di media sosial. -CARI
Sumber: XTRA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya diaa..tanggung mak adik beradik rupanya..patutla mental breakdown habiss...bapak dia mmg taguna la |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berbincang dulu ke zisss |
|
|
|
|
|
|
|
Bgusla dia ni tegas dan btanggjwb cuma dia x bbincang je tp mesti susah nak bincang kan nak2 msg2 smua toksik esp yg bnyk bunyik tu… tau kompalain jer |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jugak kat xila ni..sampai dah beranak pinak pon tetap tak bahagia kena sedut dengan keluarga lintah |
|
|
|
|
|
|
|
Mimo.mimo replied at 11-10-2023 03:14 PM
Tak berbincang dulu ke zisss
Mmg dia xlarat nk bncg dh tu. Bygan yg dia gmbarkan ialah org dlm femili dia jenis klw bcakap tu xmcm org dewasa. Kira dia la yg nk kena pkir smua. Cada tmasuk mak yg tua tu pun mcm xreti nk buat keputusan bijak. Just go je lah kan. I feel u. Anak sulung mmg bebanan berat. Bapak lak lari menikah dgn bff sndiri. How unlucky u are. Sabo je la ye. Balasan sorga di sana menanti. Benda leh wasap tp cada pilih utk bsing kt sosmed now dh termalu sndiri padan mukeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Walau macik bukan fans Xila
Tapi kali ni macik sapot Xila
Go Xila go
Sebagai ketua keluarga
Kena bertegas
Tugas menjaga emak patut ditanggung sama rata
Patut Xila letak syarat
Siapa yang jaga emak je layak duduk dekat kondo baru
Yang lain tu sila berdikari |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca ni, terus terbayang betapa berat bahu dia yg memikul selama ini. Sampaikan rumah keluarga pun dia yg kena sediakan... kesian Xila dalam hal ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo bincang haruslaaa penduduk2 dalam rumah tu tamahuuu
rumah 7 bilik vs kondo rase2 cadahhh tu bole ke nk downgred?
so selaku pembayar segala2nya baiklah amek keputusan sundirik saja
hagak2 xnak dengar, out you go je la xpayah nk merentan2
org dh nk tlg pon kemain nk demand2
|
|
|
|
|
|
|
|
Xila, kau anak sulung tu betul. Tapi yang patut pikul tanggungjawab tu sepatutnya adik lelaki kau yang sulung. Kau dah kenapa nak susahkan diri nak bela semua adik beradik biawak kau tu? Kalau betul kau nak jaga, kau jaga mak kau dah la. Ajak mak kau duduk sekali ke. Ini semua pun kau nak tanggung. Nanti sampai dorang dah beranak pinak masih harapkan kau tanggung dorang. Last2 kau jugak yang mental, hubungan kau dengan suami kau pulak yang jadi bermasalah. Rilek2 dah la, xila oi. Adik2 kau tu dah besar panjang, patut boleh berdikari kumpul harta sendiri. Kalau betul kau nak jaga, kau jaga mak kau je. Adik beradik lain pandai2 la dorang nak menyewa ke tidur bawah jambatan ke apa. Lantak dorang la nak tuduh kau selfish sampai nak putuskan hubungan. Dorang pun bukan baik sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
klu rumah tu dah hbis byr.. knpa nk jual.. dan cari rumah sewa...
diorg ada mslh keawagn kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian shila. Adik beradik lain dh besar panjang kan, boleh dh tu keluar cari duit.. sampai bila nk mengharapkan shila? |
|
|
|
|
|
|
|
Go xila go
Aku Paham sgt pangai adik badik yg susah nak buat pakat..Kene sorang buat keputusan..tp yg sedihnya.. masing 2 mmg X reti nk bekerja ke..emo pulak aku... |
|
|
|
|
|
|
|
adik2 lain tu, carilah harta sendiri.. nempel je |
|
|
|
|
|
|
|
Go Xila Go!
Tiba masa cari bahagia sendiri, buat hal sendiri demi kepuasan sendiri. Xperlu la nak ikut telunjuk orang lain. Lama dah kan dia bg hint family dia toksik, kena mental torture dgn family sendiri masa belum kawen dgn Ubai lagi.
Malang gak la nasib sheols dapat family bewak hidup, 1st marriage pun dapat somi bewak hidup, mana la x berat beban yg dibawa & ditanggung. Patutla family restu dlu, sama2 bewak hidup satu keturunan. Harap somi sheols yg kedua ni bukan bewak hidup gakla. Sama2 cari duit utk sara keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan atok lalat yg halau. Baru clear.. umah besar2 watper.. dok kondo lagi best. Senang kemas.. yg penting jaga mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun bukan peminat xila..tp nak sokong la..go go go xila. Bukan mudah nak hadap bapak kawen dgn kawan..cerai dgn mak..adik2 tak matang. Baguih la jgn canang Hal keluarga kat medsoc deme secebis perhatian ye cada. Ko nak mintak yebit tolong ke cane? |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis bayar ler tu kot kannn......
maybe ada balance lagi tu... + rumah baru dia kat cyberjaya tu pulak...
itu yang tak larat kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Besar jugak umah dia kan.. buatlah yang terbaik shila |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham kenapa adik dia nak mengamuk kat socmed. Dia tak terfikirkah nak jaga air muka kakak dia. Apa salah nya minta mak tanyakan kat Shila kalau kau sendiri dah tak bertegur sapa. Sepatutnya dah besar panjang cuba keluar bekerja, cari duit sendiri sama2 bantu Shila tanggung keluarga... |
|
|
|
|
|
|
| |
|