CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3080|Reply: 24

[Jenayah] Enggan bayar sewa tertunggak, retis era 90an naik hantu ugut 'owner' dengan parang

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-10-2023 03:52 AM

PETALING JAYA – Sudahlah enggan bayar sewa rumah berjumlah RM3,600, seorang penyanyi era 1990-an pernah menunjukkan parang ketika pemilik kediaman yang didudukinya tampil untuk berbincang pada 18 September lalu.

Pemilik unit kediaman yang mahu dikenali sebagai Liza Mohamad, 46, berkata dia bersama beberapa ahli keluarga datang secara baik, namun terkejut apabila artis berkenaan membuka pintu sambil memegang sebilah parang.

“Selepas panggilan dan mesej tidak berjawab, isterinya sekat nombor saya dan permintaan mengosongkan rumah tidak diendahkan kami tiada pilihan lain, perlu bersemuka dengannya.

“Kami terkejut dan bertanya kenapa parang dan dia bagi alasan takut kepada pencuri sedangkan dia tahu saya beri salam tapi dia tak letakkan semula parang itu ke dalam rumah sepanjang setengah jam kami bercakap.

“Perbincangan berlangsung pula di luar rumah. Sesekali dia macam menetak jaring besi yang memisahkan kami. Memang situasi pada waktu itu membimbangkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Susulan tindakan individu tersebut, wanita terbabit menyarakan telah membuat laporan polis laporan polis di Balai Polis Daerah Wangsa Maju, Setapak, pada keesokkan harinya.

Sekaligus, bermula dari Mei 2 lalu sebanyak empat laporan polis sudah dibuat termasuk meminta penyanyi berkenaan mengosongkan rumah selepas turut culas menjelaskan bil elektrik berjumlah RM6,770.

Dedah pekerja swasta itu lagi, tahun terawal iaitu bermula pada 2019 sewa kediamannya di Setapak Indah, di sini dibiayai Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi kontrak dengan ejen, dan selepas itu dibayar pula sebuah agensi lain untuk tahun 2021.

Namun penyanyi terbabit dan isteri tidak mengisi borang bantuan seperti dipinta pihak berkaitan dengan memberikan alasan enggan lagi bergantung kepada agensi terbabit.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2023 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa penyanyi 90an tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:36 AM | Show all posts
Harap2 bukan idola meols.. Jaapar Onz!

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:40 AM | Show all posts
guna loyer je kalau mcm ni. biar pihak tgh settle. kang sorang pegang parang, sorang pegang kayu nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokki kan..ada kat tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 08:52 AM | Show all posts
monreyes replied at 10-10-2023 08:49 AM
Tokki kan..ada kat tiktok

tokki? dah tahu kawan tu miskin, knp pergi sewakan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2023 09:09 AM | Show all posts
Sekaligus, bermula dari Mei 2 lalu sebanyak empat laporan polis sudah dibuat termasuk meminta penyanyi berkenaan mengosongkan rumah selepas turut culas menjelaskan bil elektrik berjumlah RM6,770

wa yakin itu sudah melebihi deposit sewa rumah 3 bulan kan?


baik arah kan potong elektrik , dan keluar lah dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:11 AM | Show all posts
tp fikir balik artis tu mgkn tgh susah atau tengah kacip kot .. marilah kita beramai menghulurkan bantuan... derma kilat ke


artis ma...


1 kerja yg mulya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 09:16 AM | Show all posts
job xde ..show x masyuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:35 AM | Show all posts
monreyes replied at 10-10-2023 08:49 AM
Tokki kan..ada kat tiktok

pernah masuk berita di Melodi kata dia duduk kat area hutan somewhere in gombak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 10-10-2023 09:09 AM
Sekaligus, bermula dari Mei 2 lalu sebanyak empat laporan polis sudah dibuat termasuk meminta penyan ...

Aah betul juga..potong juga bekalan air...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:47 AM | Show all posts

Tu la sebabnya aiols malas nak berkecimpung dlm sewa-menyewa rumah kepada org. Kang jadi macam ni. Pastu bila kena halau keluar, deyols yang sicko akan rosakkan seluruh rumah tu atau melesek najis kat semua permukaan rumah. Belum lagi yang terpikir menganiaya tuan rumah secara halus.

Lagi mudah beli shop lot dan sewakan kepada bank, klinik, pusat zakat, dan pihak2 yang serupa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
beli umah2 utk disewakan bkn 1 pelaburan yg mengungtungkan sgt... sbb utama penyewa... susah nk dpt penyewa yg baik & amanah. ...

spt kata forumer baik melabur beli shop lot dn sewakan  
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 10:13 AM | Show all posts
desakan hidup..tp tu la....tuan rumah pun nak kena bayar ke bank jugak...bank bukan boleh di tangguh2...kang dia hnatr nya surat lawyer...pastu interest bank tahu jek la...klu lewat bayar....

bil elektrik pun mahai skrg....huhuhu....apa je yang murah.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 10:14 AM | Show all posts
nak tau retis mana jer
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 10:52 AM | Show all posts
lagu hits nye apa eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 11:00 AM | Show all posts
ku ditinggal senjaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 10-10-2023 02:05 AM
beli umah2 utk disewakan bkn 1 pelaburan yg mengungtungkan sgt... sbb utama penyewa... susah nk dpt  ...

Sewa rumah ni untung kalau rumah tu
Adalah rumah lama masa rumah tgh murah.
Siapa yang baru beli rumah dlm tempoh 10 tahun
Kebelakangan ni di K.L Sel mmg jadi rugi la.

20 tahun lepas masih boleh dapat lagi rumah taman
Setingkat dlm kawasan Selangor rate Rm 70k
Bulanan baru Rm 400+
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:50 AM | Show all posts
bitterchoc replied at 10-10-2023 09:47 AM
Tu la sebabnya aiols malas nak berkecimpung dlm sewa-menyewa rumah kepada org. Kang jadi macam ni.  ...

sewa kt cina pn ok, tak teruk, tp tula melayu takut cina tu makan babi kt rumah diorang pulak


tp kadang2 cina tu kalo dah suka rumahtu, bila dia ada duit dia mau beli...

tp apa2 pn biar lah ada document yg sah


wa pn ada sewa juga, zaman pkp la zaman paling best bagi penyewa, ada 1 tahun tu 3 kali je bayar, tp wa pn tak kisah la , buat amal jariah sekali sekala,

lepas pkp pn minta simpati lagi, wa bagi la 2 bulan free je, pastu tiap2 bulan wa mesej 'tanya kabar'  dan bg ucapan good morning and have a nice day...

nasib baik la rumah dah abis bayar, wa pn igt nak buat perjanjian sewa rumah, tgk la nnti cam ne
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
malarky replied at 10-10-2023 09:35 AM
pernah masuk berita di Melodi kata dia duduk kat area hutan somewhere in gombak kan?

lps tu zakat tlg byr kan sewa rumah..tapi dia x nak isi borang so maybe bantuan stop..no payment to owner..teruk naw tahap pemalas..ada lah citer kat tiktok dll psl sewa ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.076779 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list