View: 6739|Reply: 26
|
Pelancong Korea Terkejut Kena Bayar RM2 Untuk Masuk Tandas KLCC
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Sekumpulan pelancong dari Korea terkejut kerana perlu membayar RM2 untuk memasuki tandas premium di Menara Berkembar Petronas atau KLCC.
Salah seorang pelancong itu memuat naik video di akaun @man_zang, menyatakan merkea mencuba tandas itu kerana perasaan ingin tahu kenapa tandas itu dinamakan ‘tandas perdana’ dengan dikenakan caj berharga RM2.
“Kenapa seseorang perlu bayar hanya kerana mahu pergi ke tandas? Saya mahu tidur dalam tandas inilah kalau macam itu,” seloroh salah seorang daripada mereka.
Walau bagaimanapun, setelah memasuki tandas berkenaan rata-rata mereka berpuas hati dengan bayaran dikenakan setanding dengan bau yang wangi, bersih dan sangat selesa.
Bahkan, mereka bukan sahaja mendapat tisu berkualiti tinggi tetapi losyen tangan secara percuma dimana ia disediakan di dalam tandas tersebut.
Di ruangan komen ramai pengguna tandas di KLCC juga tidak kisah membayar dengan harga mahal iaitu RM2 kerana kebersihan dan keselesaan yang diberikan kepada pengunjung.
“Itu tandas terbersih saya pernah lihat seumur hidup saya dan saya sebenarnya tak kisah pun nak bayar untuk tanda sebersih itu,” komen @nezhhh.
“Memang sesuai dengan harganya. Ada beberapa tandas lain di tingkat lain yang percuma tetapi agak kotor dan berbau busuk,” komen seorang pengguna.
Ada juga pengguna mendedahkan tandas di Sarawak mengenakan caj sehingga RM4 sesuai dengan keselesaan dengan kebersihan yang ditawarkan.
“Datang lah ke Sarawak. Ada satu pusat beli-belah kena bayar RM4 untuk tandas ‘premium’. Tetapi berbaloi lah, kalau dah masuk rasa tak nak keluar dah,” komen SNB. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betul tandas premier KLCC ni cantik? Aku masuk baru2 ni bersepah dan berbau mcm tandas rnr yg free jer. Atau tandas lelaki jer yg bersepah dan berbau, tandas wanita cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tau gak tandas Sarawak yg kat mall mana byr rm4 tu? yg aku tahu RM2 jer |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach: Biar betul tandas premier KLCC ...
Pernah masuk yang perempuan punya. Tak ada la bersih mana pun.. Pernah masuk tandas percuma yang lagi cantik dan bersih dari sini. Tandas yang ni masa masuk tu ada taik bersepah kat lantai.. Tapi cleaner sentiasa ada. Terus dia bersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
SecretLuv replied at 20-9-2023 07:53 PM
Pernah masuk yang perempuan punya. Tak ada la bersih mana pun.. Pernah masuk tandas percuma yang l ...
Malaysian, Indonesian dan Taik tak boleh dipisahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak free pergi level lain. Kt foodcourt lvl 2 tu pun ada toilet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dulu tandas premium klcc ada letak losyen bodyshop.
Kat gardens pun ada tandas premium.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maybe bapa tandas negara boleh subsidikan yuran masuk tandas |
|
|
|
|
|
|
|
Tandas klcc rm2 ni dah tak bersih mana.. sbb ramai org guna jadi cleaner tak menyempat nak bersihkan. Lagi satu lepas pkp tandas cangkung dia dah tukar tandas duduk terus turn off.. dah aku kena beli alas jamban Kat shopee byk2.. Geli kadang share bontot sama org lain. Tandas terbersih setakat ni kat ioimall wing baru tu.. tu ikut nasib gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kali ke tandas di KLCC saya akan guna tandas RM2 ni tapi hampa indah khabar dari rupa.. Kalau berbayar macam tu pun hancing dan so-so apatah lagi tandas tak berbayar? Sejenis mentality suka memuja negara luar tapi negara sendiri pun tak mau jaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tandas dlm isetan laa best, tak ramai org siap ada bidet. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-9-2023 08:02 PM
Malaysian, Indonesian dan Taik tak boleh dipisahkan.
pengalaman i sbg makcik cleaner, mmg taik bersepah selalu yach disebabkan perkhidmatan i adalah amal jariah foc, i suka hati lah nak cuci tandas tu bila2 i nak mula keje... katalah taik sepah2 cirit kuning tu dah kering .... ya ampun.... seolah2 nya i kena kopek2 pakai kuku yach.... tapi tkde la i korek2 pakai kuku... i pakai mr muscle je la nak kasik taik tu lembut & senang nak berus within seconds... Be like taik tu mmg sepah2 sungguh kat dinding, belakang bowl, EVERYWHERE
i kdg mmg ngendap tau siapa yg (keluar tandas) suka sepah2 taik ni... mg lwlaki & mostly indian mmg paling tak reti nak bersihkan taik sepah
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 20-9-2023 08:20 PM
Kalau dulu tandas premium klcc ada letak losyen bodyshop.
Kat gardens pun ada tandas premium.
losyen tu utk apa yach?
sorry soalan serius ni tau , memang lepas membuang pakai losyen utk hilangkan bau2 kat tgn? Handwash aje tak cukup ke
sbb tandas yg i jaga ni, i letak diapers (just incase parents dah kehabisan diapers utk anak dia) & sanitary pad aje (selain dari benda2 essentials lah kan spt tisu, spray etc) |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 21-9-2023 04:37 PM
pengalaman i sbg makcik cleaner, mmg taik bersepah selalu yach disebabkan perkhidmatan i a ...
Diorg banyak makan kunyit kot tu taik melekat warne kuning nyem
Tapi orang asia kuat makan cili taik memang bersepah-sepah.
Obviouly kalau gi pasaraya Indonesian suka cili mentah segar tu, diorg kuat makan cili mentah dalam semua masakan..even untuk menumis sebab tu tercirit je. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 21-9-2023 04:41 PM
losyen tu utk apa yach?
sorry soalan serius ni tau , memang lepas membuang pakai losyen utk hila ...
Cuci tangan guna cecair pencuci tangan, ada yg buat tgn kering. Lepas tu guna dryer, tangan dah kering elok pakailah losyen utk kelembapan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasta bawahan guna tandas percuma dan kurang bersih dan kasta atasan guna tandas lebih bersih.
Inilah negara kelas ketiga dan idea dari pemikiran ummah baru keluar kampung bekerja di bandar maka terjadilah tandas premium untuk kelas atasan. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-9-2023 04:42 PM
Cuci tangan guna cecair pencuci tangan, ada yg buat tgn kering. Lepas tu guna dryer, tangan dah ke ...
ok noted. tq . nnt i nak letak la losyen heheeee |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi puas hati masuk tandas the gardens yg free
Tandas rm2 klcc ni xda la best sgt pun sbb design 20yrs ago |
|
|
|
|
|
|
|
Entahnya. Sama je dgn tandas2 lain. Cuma dapat berbedak wangi2 Marks & Spencer je la kat dalam tandas tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|