CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19025|Reply: 21

Najib Razak Terima AS$30 Juta Daripada Blackstone

[Copy link]
Post time 19-9-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang penganalisis Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$30 juta daripada syarikat samaran, Blackstone Asia Real Estate Partners.


Syarikat itu dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low melalui rakan sekutunya Tan Kim Loong atau Eric Tan.


Adam Ariff Mohd. Roslan, 29, berkata, akaun peribadi bekas Perdana Menteri menerima wang berjumlah AS$5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$25 juta lagi dipindahkan pada 19 November tahun yang sama.




Foto: Kosmo




Menurut saksi pendakwaan ke-47, maklumat berhubung pindahan wang secara berperingkat itu diperolehi hasil laporan jejak wang dalam akaun peribadi Najib.


Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) itu turut berkata, wang melebihi RM60.6 juta dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Najib yang berasal daripada terbitan Bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).


TIA merupakan nama asal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) iaitu sebuah syarikat pelaburan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD).


Beliau berkata, sumber wang dalam akaun Najib yang diterima pada 23 Februari dan 13 Jun 2011 itu dari akaun Bank Riyadh juga berasal daripada pinjaman bersindiket RM2.5 bilion oleh 1MDB.


Semalam, saksi itu yang menganalisis jejak wang dalam akaun Najib memberitahu, akaun bank bekas Perdana Menteri menerima RM60.6 juta daripada Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud, pada 23 Februari dan 13 Jun 2011.


Beliau berkata, nombor akaun bank Putera Faisal, adalah sama dengan nombor akaun Bank Riyad yang menerima dana daripada Good Star Ltd (iaitu syarikat milik Jho Low.


Katanya, akaun Bank Riyad itu memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas Good Star memindahkan dana ke akaunnya.


Adam Ariff memberikan keterangan terhadap Najib 70, yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.


Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) bersambung esok. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 06:23 PM | Show all posts
Nama:   Adam Ariff Mohd. Roslan, 29 tahun
Pekerjaan:   Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM)

Najib menerima wang pada 30 Oct 2012.. 11 tahun yang lalu
Kalau skrg umur Adam itu 29 tahun, maksudnya 11 tahun yang lalu dia umur 18 tahun ker???
confused iolllsss....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:23 PM | Show all posts
laksmanabentan replied at 19-9-2023 06:23 PM
Nama:   Adam Ariff Mohd. Roslan, 29 tahun
Pekerjaan:   Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara Malaysia
Feb 2017 - Mei 2017 4 bulan

Kuala Lumpur, Malaysia

Financial Intelligence and Enforcement Department

(dia intership 2017 sis)

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:28 PM | Show all posts
syarikat samaran, Blackstone Asia Real Estate Partners.

.. owh gilaa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bossku tak salah..ini semua pitenah ph..tapi sekarang dah jadi rakan kongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm2 bossku ni.. meanwhile PMX bertegas nak Goldman Sachs bagi balik dana 1MDB... semoga dipermudahkan urusan PMX jika itu adalah perkara yg hak...apa2 yg memberi kebaikan kepada Malaysia iollz sokong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2023 12:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa, najib tau ke duit songlap yang masuk dalam akaun bekiau?

Yang najib tau duit2 tu adalah duit derma arab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 07:36 AM | Show all posts
berdoa semoga Allah selamatkan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:56 AM | Show all posts
ini semua pitnah... najib tak songlap.. kak mah jujur orangnya, dia menabung dari kecil untuk semua kemewahan dia hari ini.... pitnah.. pitnah akhir zaman nih...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-9-2023 08:29 PM
Bossku tak salah..ini semua pitenah ph..tapi sekarang dah jadi rakan kongsi..

Nti pH mintak dnaa la, ini kjn ph, ikut sukati diorg la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:30 AM | Show all posts
laksmanabentan replied at 19-9-2023 06:23 PM
Nama:   Adam Ariff Mohd. Roslan, 29 tahun
Pekerjaan:   Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM)

nerd alert  

iols percaya adik ni bkn kaleng2 ye despite how young he is
bnm mesti dh buat background check bagai
sijil2 izazah2 tipu dr nasa or watever mesti dpt detect pny




Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:36 AM | Show all posts
makin lari la investor nak masuk malaysia. No akaun pemerintah monarki korang reveal pada satu dunia.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 09:59 AM | Show all posts
apa lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 10:16 AM | Show all posts
apakah akaun bank putera arab itu sekadar transit aje sebelum ke jibby?
kalau ikut apa yang iols paham opiser BNM ni terangkan... macam tu la. Jho Low transfer ke putera arab lepas itu putera arab transfer ke jibby...

nampak macam putera arab yang derma...

kira laundering jugak la ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 11:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu persatu kebenaran bakal terungkai jua akhirnya

Membuatkan pemfitnah najib makin sewel akibat dihunus fakta dan kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah petisyen bebas Najib tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 08:53 AM | Show all posts
ramai lagi penjilat buah zakar mat sakau
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat kat ats tu "Jho Low transfer ke putera arab lepas itu putera arab transfer ke jibby...,"
Bijak betul pemimpin msia ni bab songlap
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.090093 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list