CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6044|Reply: 51

[Jenayah] "Mcm aku makan babi pulak" - Bagi Tips Makan Burung Merpati Kalau Nak Cantik, Sendiri Meroyan Bila Kena Kecam!

[Copy link]
Post time 10-9-2023 02:53 PM | Show all posts |Read mode


PETUA untuk kelihatan cantik yang dikongsikan oleh seorang wanita di X (Twitter) baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi posting oleh Unna Delana, dia berkongsi dua swafotonya berwajah jelita, juga hidangan nasi putih bersama kacang botol, budu dan burung merpati goreng kunyit.

Perkongsiannya itu bagaimanapun mengundang kecaman kerana ada warganet menganggap haiwan itu tidak patut dimakan dan akann menyebabkan pasangan merpati hidup merana.

"Merpati ni burung yang monogamous (satu pasangan sepanjang hayat).

"Kalau pasangan dia mati (dalam hal ni kena makan dengan kau), pasangan yang hidup akan meroyan dan merana sepanjang hayatnya disebabkan kehilangan pasangan," tulis pelayar tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa warganet yang turut mempersoalkan kenapa burung merpati menjadi pilihan untuk dimakan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berkongsi hasil carian di internet menyatakan haiwan tersebut tidak sesuai untuk dimakan kerana ia disamakan dengan 'tikus di langit'.

"Bukan ke merpati ni dipanggil rat of the sky sebab ia merupakan haiwan pembawa pelbagai jenis penyakit," tulisnya.

Menyedari perkongsiannya kurang disenangi sesetengah pihak, Unna tampil sekali lagi menjelaskan mengenai perkara itu dalam hantaran sama.

Jelasnya, dia makan burung merpati sejak kecil lagi yang mana haiwan itu dipelihara oleh bapanya dan sudah menjadi lauk biasa yang dimakan dengan nasi.

Unna, yang dipercayai berasal dari Kelantan ini turut memaklumkan bahawa daging merpati lebh sedap berbanding ayam dan itik.

"Makan burung merpati pun ada orang nak bitter (marah) ke. Bukannya haram pun makan burung merpati. Saya rasa yang bitter ni semua orang bandar. Acah gelilah apalah.

"Konsep dia sama macam burung puyuhlah, kau pelihara (sebelum makan). Ada juga kau sembelih ambil makan. Samalah macam burung merpati ni abah saya pelihara. Ada yang sembelih buat makan.

"Saya dari kecil makan burung merpati yang ayah pelihara. Anda kena tahu beza merpati liar dengan merpati kampung orang pelihara. Macam saya makan babi pula nak bitter-bitter," tulisnya dalam ciapan asal.

Selain itu, ada juga yang menuduh dirinya gila gara-gara makan merpati.

"Ada juga eh cakap orang gila makan merpati.

"Kalau kau bayangkan burung merpati berak merata dekat bandar tu memang tak la ngek aku nak makan," katanya.

Dia juga memuat naik video menerangkan bahawa hobi bapanya adalah membela burung merpati yang dibela sejak telurnya menetas dan apabila akan dimakan pada masa sesuai.

Tegasnya lagi, dia sendiri berasa geli untuk makan burung merpati liar yang tidak diketahui asal usul.

Menurut portal Maktabah Al-Bakri, burung merpati termasuk dalam jenis burung yang halal untuk dimakan.

Kesemuanya adalah halal dimakan dengan syarat ia disembelih terlebih dahulu sebagaimana sembelihan yang dikehendaki oleh syarak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2023 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2023 02:56 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambaq ataih tu filter ka? Bideo rupa len sket
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 03:41 PM | Show all posts
tujuan buat konten nak minta pujian tapi makan dirilah pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon datang rumah acik tangkap merpati kat belakang rumah... banyak sangat keje asyik berak je. Dah buat macam macam tetap jua dia mai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla muka aku buruk sb x pernah mkn burung merpati...

Kuat filter ko bila bergambo
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Video pun filter...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada bukti dan kajian saintifik ke antara mkn brg merpati vs kecantikan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips nak cantik…indirectly nak bgtau cantik lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mawardia at 10-9-2023 04:49 PM

Ok aku delete post tadi. LOL.
Anyway sukati la dik nak consume burung apa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 10-9-2023 06:27 PM

ooo yeke okey..
eh tp mcm susah ek petua dia ni. burung merpati tu goreng kunyit, pastu makannya dgn nasik panas2, waktu ptg dan waktu hujan. taknak ah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahi burung merpati ni klu kena manusia, blh sebabkn jangkitan kuman dlm otak....mcmana dia blh mkn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cantik pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 08:41 PM | Show all posts
cantiknya burung merpati warna putih dalam gambar tu

tapi merpati kat malaysia kebanyakkannya yang warna kelabu tu kan

spesis ni yang banyak lepak kat kedai mamak tunggu mamak tabur saki baki gorengan tepung ayam / nasik tak habis kat jalanan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bese2 je... Xda la cantik seperti diclaimnya... Ghituuu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 12:43 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 10-9-2023 07:25 AM
Gambaq ataih tu filter ka? Bideo rupa len sket

Filter tu kan, nampak filter bintik2 meghan markle
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059728 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list