View: 14145|Reply: 137
|
DS Amir Dah Sakit Dan Muflis, Aishah Teruskan Lelong Harta Dan Tuntut Bayaran Pada Isteri Dan Anak Penaja
[Copy link]
|
|
Datuk Aishah ada menerima cadangan pembayaran baru daripada penaja Gegar Vaganza musim keempat (GV4) iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa sebagai penyelesaian membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.
Bagaimanapun Aishah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan tetap mahu meneruskan tindakan melelong harta usahawan berkenaan.
Foto: IG
"Selepas saya kemuka writ penyitaan, dia ada respon melalui peguam dengan satu cadangan pembayaran baru.
"Sebelum ini pun dia tidak membayar seperti yang dijadualkan. Jadi saya tak terima cadangan tersebut," katanya kepada mStar.
Ia susulan tindakan menerjah kediaman Amir pada 23 Ogos lalu bagi tujuan lelongan selepas dua minggu mengemukan writ penyitaan terhadap usahawan berkenaan.
Dalam pada itu, Aishah juga memberitahu usahawan itu diisytiharkan muflis dan kini menuntut bayaran daripada isteri dan anak lelaki Amir yang juga rakan perniaagannya.
"Ketika perbicaraan di mahkamah pada September lalu baru saya tahu dia muflis. Jadi proses tersebut buang masa.
"Oleh kami kami teruskan tuntutan kepada dua orang rakan perniagaan yang juga merupakan isteri dan anaknya," ujarnya.
Aishah juga berkata, dia sedar ramai mengecam tindakannya selepas Amir turut dikhabarkan diserang penyakit angin ahmar.
"Orang kecam saya tapi saya tetap akan usahakan. Saya dah sampai tahap ini, takkan nak hentikan?
"Lagipun saya dapat tahu dia baru sahaja diserang strok iaitu kira-kira tiga bulan lalu. Kes tuntutan ini dah berlarutan selama enam tahun," jelasnya.
Ketika Aishah dinobatkan sebagai juara GV4, selain memenangi wang tunai RM100,000 dia juga menerima sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.
Isu timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.
Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Bolehke tuntut Dari org lain .sampai family ,anak , partner org Tu Dia gasak |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm kejam sebabtu org tu tgh sakit.. Tapi dia cuma tuntut hak dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
Lesson utk penaja program hiburan lain. Tak mampu jangan nak beriya claim ko kayo banyak harta nak taja itu ini. Ibarat kalau mampu nak bg axia, tak payah claim nak bagi mini cooper...hujung² ko serah axia. Mana x mengamuk org. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali terkena artis educated macam Aishah ni.. haa.. baru tau langit tu tinggi rendah. Dah 6 tahun tak settle lagi.. apa la yang susah sangat nak settle sampai bagi alternative RM300,000 tu. Soalnya tanah lot banglo yang dijanjikan tu wujud ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
yes betul. kalau kita tak tuntut orang semakin berani nak tindas. bila di tuntut kata kejam pulak, habis tu takkan nak biar je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm jahat nau kau ni Chah. Tapi bila pikir balik, kita menang contest, tapi hujung2 hadiah tak dapat. Bertahun2 tunggu hadiah, tak dapat2. Strok ke tidak, mesti kita merempan. |
|
|
|
|
|
|
|
Strok tu baru 3 bulan. 6 tahun lepas ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ke lubang cacing ye kak ecah carik
Bagus bagus… |
|
|
|
|
|
|
|
dia yang cadang nak bayar 300k ujung-ujung dia yang tak ikut..
jangan percaya muflis orang kaya ni..
go kak ecah..
|
|
|
|
|
|
|
|
hadiah itu dari company..
then company tu owned by Amir & Anak..
then kalau company tu bangkrup da tak boleh buat apa2 la kannnn.....
maybe company tu belum bangkrup kot..
walaupun satu director dia muflis.. tapi satu lagi ada dan kebetulan anak sendiri..
tu yang dia tetap pushhh kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
memang kejam, tapi pengajaran buat semua la. biar semua ada black and white and stesyen tv pun jangan lepas tangan la, asalkan sponsor. selidik la dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran betul kan. So, penaja make sure la hadiah yang ditawarkan tu memang sedia dah ada. Tak memasal kena tuntut begini akibat gebang lebih.
GV10 ni ada penaja baru kan? Yang bagi audience berapa dirham ke entah masa PC semalam. Semoga legit & tak janji bulan bintang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpak kejam
Gv masih nk ambik kak ecah lg ke lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
sape suh berjanji? kena capati la jawabnya! masa berjanji tak terfikir pula yea? ingat semua org jenis menunduk je?
me team kak aishah! |
|
|
|
|
|
|
|
nampak kejam tapi biar lepas ni orang guna akal sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg Aishah buat ni adalah keadilan utk dirinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|