Tidak hanya terpikat dengan kebijaksanaan yang dipamerkan oleh Ungku, Nad turut terpikat dengan sikap aktor itu yang selalu mengutamakan kedua orang tuanya.
"Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang. Dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting. Carilah bakal suami yang mampu menyayangi parents anda macam dia sayang parents sendiri.
"Itu yang saya jumpa pada Ismail. Kualiti-kualiti itu, alhamdulillah, ada. Tapi, nak cakap terlalu awal pun, memang terlalu awal sebab belum setahun lagi.
"Ada banyak benda lagi tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan dan berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini jenis yang degil," katanya.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku 23 Januari lalu dan menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 2015 dan mengumumkan perceraian mereka sekitar September 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Sumber: Gempak