View: 17021|Reply: 83
|
[Tempatan]
Guru wanita hidap diabetes kronik meninggal dunia akibat jangkitan kuman, mangsa, 43, yang tinggal sendirian dan masih belum berkahwin ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah
[Copy link]
|
|
Edited by Friska at 24-8-2023 09:11 PM
Mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terlentang diruang tamu rumahnya di SMK Panggung Jaya, di sini, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Guru wanita meninggal dunia akibat jangkitan kuman
24 Ogos 2023
GUA MUSANG: Seorang guru wanita ditemui meninggal dunia kerana jangkitan kuman di rumahnya di kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini, semalam.
Mangsa, Siti Noor Ba’Ayah Mohd Husin, 43, yang tinggal sendirian dan masih belum berkahwin ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya oleh rakannya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa yang tinggal di tingkat 4 kuartes guru itu mula mengajar di sekolah berkenaan pada Januari tahun lalu.
“Kira-kira jam 8.40 pagi semalam pengadu yang juga guru di SMK Panggung Jaya Gua Musang ke rumah mangsa kerana dia tidak hadir bertugas.
“Apabila sampai di rumah mangsa, pengadu mengetuk dan memberi salam, namun tiada jawapan.
“Pengadu meminta bantuan daripada seorang lagi guru wanita untuk membuka pintu rumah mangsa dengan kunci pendua yang ada padanya. Selepas berjaya membuka pintu rumah mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang di kawasan ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian ke atas mangsa.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan ‘Sepsis Secondary to Necrotizing Fascilitis’ atau jangkitan kuman yang teruk.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui terhadap mangsa,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru hidap diabetes kronik meninggal dunia dalam kuarters
Oleh AIMUNI TUAN LAH
24 Ogos 2023, 5:47 pm
GUA MUSANG – Mayat guru wanita yang dipercayai menghidap diabetes kronik ditemui di tingkat empat kuarters guru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya, di sini semalam.
Mangsa yang berusia 43 tahun dan masih bujang disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan, kira-kira pukul 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan telentang oleh seorang guru lain yang turut tinggal di kuarters tersebut di ruang tamu rumahnya.
Katanya, selepas penemuan mayat mangsa, satu laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 10.57 pagi semalam.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian dan keterangan saksi mendapati, tiada unsur-unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.
“Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini untuk proses bedah siasat. Punca kematian mangsa disebabkan oleh ‘sepsis secondary to necrotizing fascilitis’ atau jangkitan kuman yang teruk,” katanya.
Tambah Choon Foo, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) memandangkan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahirrojiun. Kesian nya meninggal sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah cepat jg ditemui, sebab xhadir mengajar
Kalau kena weekend ke, lg la sapa pun xsedar |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Kompom jadi urban legend kat sekolah dia nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...alfatihah
salam takziah.
huhu mujur la dok kuaters ada la jugak spare key org lain pegang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bbrp tahun lepas kawan iols pun meninggal mengejut begini. Dia bertahun2 asyik citer nk tukar keje yg ada work life balance tp x tukar2 pun. Last2 dia meninggal mengejut. Iols rasa ralat sangat masa tu sbb x push supaya dia resign lebih awal. |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 25-8-2023 01:50 AM
Bbrp tahun lepas kawan iols pun meninggal mengejut begini. Dia bertahun2 asyik citer nk tukar keje ...
Semua org resign cepat sis.. tp masalahnyaaa duittttttt . Aku ni dpt sbb takde utang.. itu aje.. kalo berhutang.. hutang rumah terutamanyaa mmg keje le ekau..
Kenkawan aku byk yg nak blah.. dah amik pun borang pencen tp tak isi isi sbb satu je.. takde duit.... Sape nak bg dia duit utk aettle hutang tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 25-8-2023 01:17 AM
Kompom jadi urban legend kat sekolah dia nanti..
Paati ade yg buat cite nmpk dia tgh jemo kainlaa.. jln jln laa.. sok sek pastinyaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mati seorang diri
Tapi jasad arwah tetap sempurna kan?
Harap dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. takziah kpd keluarga..
So nak kata soh dok dgn famili ke apa ni? Wartawan pun tulih tak hengat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg kengkonon bijak pun percaya hantu ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|