CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4037|Reply: 43

Wanita Dah Bekerjaya Tertekan Tunggu BF Habis Belajar 2026, 'Meroyan' Kalau Orang Tanya Bila Nak Kahwin

[Copy link]
Post time 11-8-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita mengakui tertekan apabila kerap ditanya soalan bila nak kahwin.


Tak dedahkan identiti dirinya itu, katanya dia sudah mempunyai kekasih dan sememangnya merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya itu.


Apa yang membuatkan dirinya runsing, jejaka itu masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan dia terpaksa menunggu beberapa tahun lagi sehingga pengajiannya tamat.


Gambar Hiasan




"Dia sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan akan habis hujung tahun hadapan (2024). Tapi disebabkan perkara tertentu, dia kena extend, maksudnya tahun 2026 baru habis.


"Satu perkara yang saya pasti tentangnya adalah dia sangat-sangat menyayangi saya, dan dia pun takut saya tinggalkan dia dan kahwin dengan lelaki lain.


"Tapi kadang-kadang saya tak dapat menahan perasaan macam ni... buntu dan putus asa. Saya sudah bekerja dan hanya tunggu dia bila nak habis belajar," luahnya.


Disebabkan perlu menunggu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun lagi, wanita tersebut juga mengakui hatinya kadang-kala rasa berbolak-balik ekoran tekanan daripada orang sekeliling.


"Saya pun bukannya muda lagi. Dah memang usia orang tanya bila nak kahwin... sampai rasa macam agak tertekan, kadang rasa putus asa, nak cari saja sesiapa dan kahwin.


"Kadang-kadang rasa memang tak mampu nak tinggalkan dia tapi situasi ini membuatkan saya buntu. Kitaorang dah kenal keluarga masing-masing.


"Tolong saya, saya perlukan kata-kata sokongan dan pandangan positif. Saya rasa macam keseorangan dalam dunia ni dan menunggu sesuatu yang belum pasti terjadi," kongsinya lagi.


Luahan tersebut yang dikirim menerusi Direct Message (DM) dan dikongsikan di laman Twitter @brgsjks, mengundang perhatian warga maya.


Menerusi ruangan komen, pelbagai pandangan disuarakan netizen namun ada yang mempersoalkan kesetiaan wanita berkenaan.


"Kalau kau sayang dia, kau tunggu... kalau kau betul-betul dah gatal nak kahwin tu, cari sajalah orang lain


"Dugaan sebelum kahwin pun kalah mental, macam mana nak hadap dugaan lepas kahwin?


"Kau dah jumpa orang lain sebenarnya kan? Konon nak sorok belakang alasan 'nak je cari sesiapa and kahwin,'" demikian antara komen netizen.


Namun dalam pada itu, ramai yang menasihatkan wanita berkenaan agar memanfaatkan tempoh menunggu itu dengan mempersiapkan diri melakukan rancangan perkahwinan.


"Dalam masa tengah tunggu teman lelaki, buat plan sendiri untuk kahwin seperti kumpul duit, ilmu dan lain-lain. Pasal 'makcik bawang' tu abaikan, buat hal sendiri.


"akailah masa menunggu untuk buat target, bina tabung kahwin dan membina keluarga dan bina skor kredit iaitu bersedia buat pinjaman beli rumah.


"Banyak benda lagi you boleh buat sementara bujang dan tunggu teman lelaki nak habis belajar, pergi explore dunia sana tu," komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 04:50 PM | Show all posts
kenalan meols ada mcm ni tp ex bf nya mcm sejenis bingai yg dok extend sampai ke sudah x grad2. dia fedup, dia cari org lain. nasib dedua dah bahagia dah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat tertekan sebab org tanya bila nak kwen. Tu maksudnya ko belum sedia utk berkahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Belajar tinggi pun bodo. Ehhhh bnyk bende nak buat ngan umo muder belia tu. Setakat kawen nak tutop mulut orang baik xpayah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:10 PM | Show all posts
nikah je lah apa masaalahnya

bukan dia yg bunting nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
My advice is...why care about what ppl say dikkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 11-8-2023 09:03 AM
Takat tertekan sebab org tanya bila nak kwen. Tu maksudnya ko belum sedia utk berkahwin.

Kan.

Nanti lepas kawin cemana nak hadap tertekan in laws, tertekan pregnant, tertekan beranak, tertekan jaga anak, tertekan laki tak reti buat kerja rumah, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan ditangan u.
Kawin je lah skrg pun kalau dh nak.
Kang tunggu2 dia grad tetiba dia nk kawin dgn org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur ko berapa nokkkk?? Desperate bebenor sampai tertekan. Kalau 25 apa yg nak tertekan nya.. kalau dah 45 tu boleh la nak tertekan. Nak tunggu lagi 3 thn sesilap dah monopos. Ermm adoi lahhh.. mcm ni pon ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang tertekannya.. ckp je la belum stable, tengah belaja lg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang tertekannya.. ckp je la belum stable, tengah belaja lg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen je la kalau dah tak tahan sgt tu..

Ke dah jumpa org lain?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-8-2023 06:27 PM
Kan.

Nanti lepas kawin cemana nak hadap tertekan in laws, tertekan pregnant, tertekan beranak, t ...

Lagi satu zisss. Kalau tak mengandung2 lagi la tertekan org asik tanya jah bila ko nak pregnant.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts


Cari lain jela dek tgk2 lps 3thn hati pun berubah. Gitoh i menghasut
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:40 AM | Show all posts
Org tnya psl bila nak kahwin ni iolls balas dgn senyuman je.. still focus utk kerjaya… malas nak fikir sgt…
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
chiyoasuka: Org tnya psl bila nak kahwin n ...


Kalo bengang sgt dgn mkck bawang tuu.. ko ckp yee tgh ngorat somi u.. minggu dpn mgkin nak kuar dating.. kalo mkck bawang tu tuaa sgt ko ckp tgh ngorat anak diaa.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2023 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengada ngada lah.. itu tertekan ini tertekan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 12-8-2023 08:09 AM
allshares replied at 11-8-2023 11:07 PM
Lagi satu zisss. Kalau tak mengandung2 lagi la tertekan org asik tanya jah bila ko nak pregnant.


Aku pun semak org asik duk tanya gini.. amende laa nak bersusun paku sgt...  umur aku dah 42 pun org expect aku tambah anak lg.. cukup le rumah aku ni dah ada sorg anak lelaki aku & 4 nephews (anak adik aku, tp kitorg support system bersama2)..  jantan je sume, tp bg aku dah content apa yang kami ade....


Bukan semua org priority beranak ramai2.. kebanyakan i tengok org ramai anak ni miskin keparat.... pastu bila tengok rupa mak pak deme dah seropa orang tua sebelum usia, sbb hidup stres..... duit tak cukup, rehat tak cukup... pastu bising nak me time dengan pakej gila meroyan...

Seriously.. plan laa financial and family leklok..
Choose quality, over quantity
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin saja lah dik... Bukan susah pun.... Nanti ada problem tanggung biawak kah apa... Royan di socmed and reporter tepek di CI... Meriah juga...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 12-8-2023 08:04 AM
Aku pun semak org asik duk tanya gini.. amende laa nak bersusun paku sgt...  umur aku dah 42 pun o ...

I feel like I want to hug you. Sebab I pun cukup dengan dua orang. Bila orang keliling asak tambah, tambah, I tak suka. Soalan perangkap sangat. Kawen dah berapa tahun, anak umur berapa, lepas tu cakap la oo kiranya senang lekat, boleh tambah lagi. Siap cerita dia umur 40 boleh mengandung lagi seorang.

Orang sekeliling ni sometimes diorang tak ada apa nak borak dengan kita. Tanya la benda lain. Dah makan ke, pasal boss yang mengerah kudrat ke. Ini pasal kawin, pasal jumlah anak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103776 Replies : 5674
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127986 Replies : 1781
Podcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
YgBenarPodcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
Views : 7202 Replies : 22
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 429646 Replies : 9138
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 26144 Replies : 27
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105156 Replies : 1650
Memeningkan kepala, pasport Malaysia tidak ikut format antarabangsa?
maklukpenggodaMemeningkan kepala, pasport Malaysia tid
Views : 11392 Replies : 16
1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober ini
maklukpenggoda1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober i
Views : 7454 Replies : 1
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 64645 Replies : 561
Penjawat awam berisko alami tekanan jiwa
maklukpenggodaPenjawat awam berisko alami tekanan jiwa
Views : 11236 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050533 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list