View: 6101|Reply: 20
|
Tunggang Kucing Sekali Tunggang Agama- Servis Kebumi Haiwan Cara Islam Dikecam, RM3,800 Lengkap Kafan, Baca Doa Dan Batu Nisan
[Copy link]
|
|
Sebuah syarikat yang muncul menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan dikecam ramai dan dituduh cuba menunggang agama.
Difahamkan mereka menawarkan perkhidmatan mengebumikan bangkai haiwan mengikut 'kaedah Islam' bagi pemilik Muslim, mereka mengenakan bayaran tinggi bermula RM2,100 hingga RM3,800 bagi pakej premium.
Caj itu merangkumi pakej kafan, doa bersama tapak kubur.
 Gambar Hiasan
Di Twitter servis 'mesra Muslim' itu menjadi bualan hangat selepas individu berkenaan menunjukkan katalog harga pakej Islamic burial atau 'pengebumian Islam'.
Perkhidmatan asas yang disediakan adalah tapak kubur seluas 60x90 sentimeter (2x3 kaki), servis menanam, batu nisan dan sijil mati.
Bagi pakej premium pula, bacaan doa, majlis pengebumian, mandi 'jenazah', botol untuk bulu, gambar kenangan, patung tanah 3D dan video kenangan disediakan khusus kepada pemilik.
Malah, pemilik yang ingin menanam di rumah juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dan kos mengikut servis yang diingini.
Menurut individu yang membangkitkan kebimbangannya tentang hal ltu, tindakan mengebumikan bangkai haiwan seperti manusia tidak dianggap sebagai tanda sayang sebaliknya menonjolkan kejahilan dalam agama.
"Harap syarikat yang buat benda ni pergilah mengaji balik dan duduk istighfar. Kucing bukan makhluk mukallaf nak kena dimandi, kafan, tahlil, talqin dan sebagainya.
"Ini dua dalam satu terus, tunggang kucing sekali gus tunggang agama... parah," ciapnya ringkas.
Pun begitu, dia turut mendedahkan bahawa syarikat tersebut bukanlah milik orang Islam.
Namun dia bimbang jika ada umat Islam yang kurang berpengetahuan akan terjebak dengan perkara karut tersebut.
"Dikatakan syarikat yang menawarkan khidmat ini bukan dipunyai oleh Muslim pun.
"Tapi tak mustahil Muslim yang kurang berpengetahuan akan terjebak pada benda karut sebegini," luahnya lagi.
Iyalah, bagi kebanyakan pencinta haiwan, pelbagai perkara sanggup dilakukan termasuk mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memberi keselesaan, makanan mahupun rawatan.
Maka tidak hairanlah apabila perkhidmatan pengebumian haiwan diwujudkan dan mendapat permintaan tinggi.
Meninjau ke laman sesawang syarikat tersebut, perkhidmatan berkenaan diperkenalkan sebagai menzahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap haiwan dan keinginan untuk mencipta ruang yang bermakna.
Pada masa sama untuk mengubah 'cara' pemilik mengucapkan selamat tinggal kepada teman kesayangan mereka buat selama-lamanya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya terkejut dengan kewujudan servis tersebut.
"Ini semua kerja gila nak buat duit, tunggang agama. Kucing pun kena sign up khairat kematian sekarang ni... kos premium tu boleh support makan kucing 10 ekor selama dua tahun
"Jangan lepas ni ada pakej azan iqamah anak kucing baru lahir.
"Apabila dah taksub kononnya semua nak Islamik. Inilah padahnya! Sekarang pasir kucing pun dah letak tanda 'halal' sebab ramai pembeli kat luar sana, semua bodoh dan diperbodohkan.
"Nasiblah siapa yang jahil tu. Sekarang zaman orang-orang jahil kena ngap (tipu) dengan orang tamak," ujar beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
xbuat bacaan tahlil 7 hari dan 40 hari sekali ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
itu baru ditunggang syarikat
belum kira lagi kne tunggaang oleh kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
haiwan xmasuk syurga neraka mereka ialah goyyim...they exist to serve us to be our slave |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 7-8-2023 10:55 AM
haiwan xmasuk syurga neraka mereka ialah goyyim...they exist to serve us to be our slave
Boring nya xleh naik kuda
|
|
|
|
|
|
|
|
aik.. kapan pakai towel good morning & ikat pakai tali rapiah pon sampai 2k kena bayor.. tak takut mati seksa ke yg offer service ni  |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah , bisnes menggunakan agama ni memang menguntungkan !! |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi mahalnya dari kebumi org Muslim. |
|
|
|
|
|
|
|
utk anjing ada la...kt vet yg aku pegi ada dok promote...mmg harga ribu2...
ni utk kucing versi islamik mmg btl2 penunggang...aku ni yg dok rescue kucing beratus2 ekor kalau jumpa kucing mati ambik cangkul gali kubur terus tanam...settle...1 sen pun x keluar duit...keluar peluh je la... |
|
|
|
|
|
|
|
I can see why, because you did an excellent job of keeping it engaging. I much appreciate your efforts skribbl io. |
|
|
|
|
|
|
|
There's something truly special about the way Bespoke Quartz Windows seamlessly blend form and function. From their sleek design to their exceptional energy efficiency, every aspect of Quartz™ luxury windows & doors reflects a commitment to quality and innovation. It's more than just windows; it's a statement of luxury living. |
|
|
|
|
|
|
|
I recently had an excellent experience with Vesta Care for physiotherapy in dubai . Their personalized approach and state-of-the-art facilities made my rehabilitation process smooth and efficient. Highly recommend Vesta Care for anyone seeking quality care. |
|
|
|
|
|
|
|
selagi bole tunggang..ade pakej tahlil utnuk kucing tak |
|
|
|
|
|
|
|
Navigate the UK market effectively with insights into amazon fulfilment centres uk. Partner with 3PLS.ai for strategic logistics solutions, ensuring seamless delivery to your customers across the UK. |
|
|
|
|
|
|
|
Ke content je ni? Sejahil2 aku, aku pun Tau yg haiwan Dan tumbuhan x ada agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Tech enthusiasts, lend me your attention as I recount my recent conquest in the realm of gadgetry – a refurbished device acquired with meticulous planning and approached smartly. This device, though refurbished, stands as a testament to the virtues of informed decision-making. Let us navigate the ever-evolving landscape of technology with wisdom and a steadfast commitment to choosing smartly. <a href="https://smartimobile.com">https://smartimobile.com</a> |
|
|
|
|
|
|
|
Tech enthusiasts, lend me your attention as I recount my recent conquest in the realm of gadgetry – a refurbished device acquired with meticulous planning and approached smartly. This device, though refurbished, stands as a testament to the virtues of informed decision-making. Let us navigate the ever-evolving landscape of technology with wisdom and a steadfast commitment to choosing smartly. https://smartimobile.com |
|
|
|
|
|
|
|
Ada servis cremate tak untuk kucing non-muslim? |
|
|
|
|
|
|
| |
|