View: 3476|Reply: 63
|
Ambil PED Nak Badan Cantik-Abang Sado Menyesal Seumur Hidup, Puting Jadi Pelik Terjojol, Disahkan Hidap Gyno
[Copy link]
|
|
Jurulatih juga atlet bina badan, Mohd Shahirul Afidzi Hadarawi, 30, memilih untuk membina otot untuk menyertai pertandingan Mr Enrich pada 2019.
Namun, segalanya berubah apabila jejaka senang disapa Pijjie ini menghidap penyakit gynecomastia atau dikenali sebagai gyno.
Afidzi atau Pijjie berkata tisu payudaranya membesar sehingga terpaksa dibedah akibat pengambilan dadah kategori B, PED (performance-enhancing drug) atau steroid sejak 2017 yang biasa digunakan untuk pertumbuhan otot secara cepat.
 Foto: IG
"Saya mula ada penyakit ni pada 2018 tapi cuma sedar setahun lepas tu masa dalam pertandingan kejohanan bina badan pertama iaitu Mr Enrich.
"Masa tu saya tak ada guna sebarang estrogen broker (menyekat hormon) dan langsung tak sedar mengalami gyno. Kawan-kawan yang mula tegur eh ni gyno ni sebab puting saya nampak pelik terjojol.
"Tujuan saya ambil PED ni bukan sebab nak bina otot dengan pantas saja tapi memang keperluan untuk saya capai saiz abnormal seorang manusia," katanya kepada mStar.
Seperti kebanyakan pengguna PED lain, Pijjie yang mula berjinak-jinak bermain gim pada 2014 cuma tahu mengenai kesan positif pengambilannya saja namun tidak tahu bahawa penggunaan steroid boleh mendatangkan kemudaratan.
Menyedari penyakit tersebut menjadi semakin parah, Pijjie yang menjual makanan tambahan untuk ahli bina badan dan gim milik sendiri di Jasin Bestari, cuba untuk mencegahnya namun sudah terlambat.
Disebabkan sudah terlambat untuk berpatah balik, Pijjie terpaksa menjalani pembedahan membuang tisu di bahagian payudara yang menelan kos RM12,000 pada Jun tahun ini di Hospital Pantai Batu Pahat, Johor.
"Tujuan saya ambil PED sebab saya atlet bina badan secara kompetitif untuk pertandingan. Sekarang pun saya masih ambil PED untuk pertandingan akan datang. Saya tahu melakukan suntikan steroid ni tak selamat tapi saya bersikap sedikit tidak endah pada diri sendiri.
" uas saya belajar tentang cara nak 'reverse' gyno tapi tak jumpa sebab memang tak boleh patah balik cuma boleh dicegah saja yang mana saya dah terlambat. Jadi saya pun baru sedar apabila tengok bahagian payudara tu dah terlalu membesar. Ketika tu dah jadi agak teruk dan tak boleh patah balik.
"Tisu pada payudara kiri dan kanan saya dikeluarkan melalui pembedahan. Lepas pembedahan doktor ada masukkan tiub bahagian bawah puting untuk elakkan darah beku. Banyak duit saya keluarkan. Saya tanggung semua kos sendiri sebab insurans tak cover pembedahan kosmetik," jelasnya lagi.
Walaupun sukar bagi dirinya untuk berkongsi mengenai pengalaman ini namun demi kebaikan bersama, Pijjie berlapang dada untuk menceritakan segalanya.
Katanya, keputusan untuk mengambil PED dibuat susulan cadangan rakan-rakan namun dia tidak menyalahkan sesiapa kerana segala tindakannya dibuat mengikut kehendak sendiri.
"Tiga tahun sebelum, saya bina badan secara normal tapi progres agak lambat. Jadi saya ikut kawan-kawan untuk ambil steroid tanpa buat ulang kaji betul-betul dan belajar apa saya nak masukkan dalam badan.
"Saya sepatutnya cakna dan ambil tahu sebelum lakukan sesuatu dan bukannya hanya percaya cakap orang. Saya tak menyalahkan orang yang mengajar saya tapi diri sendiri sebab samakan diri dengan orang lain.
"Sedangkan sebelum ambil steroid saya tahu cara nak bina badan dengan betul. Cara makan, training dan nak recovery berapa jam semua dah tahu. Sia-sia pendidikan tinggi tapi senang-senang percayakan orang. Patutnya saya kaji betul-betul sebelum putuskan untuk gunakan PED," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga menjelaskan bahawa video dibuat bukanlah untuk membuka pekung di dada sendiri namun memberi kesedaran mengenai penggunaan steroid.
Pijjie yang merupakan bekas penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Batu Pahat berkata, dia bukan menghalang orang ramai mengambil steroid tetapi hanya ingin memberi gambaran kepada orang ramai dalam membuat keputusan lebih baik sebelum mengambil PED.
"Saya kongsikan video tu dekat TikTok bukanlah untuk menakut-nakutkan sesiapa atau buka aib diri sendiri tapi untuk beri kesedaran dengan jadikan saya contoh baik dan buruk.
"Saya tahu ramai je dekat luar yang dah terkena gyno dan mungkin tak sedar penyakit tu. Walaupun penyakit ini tidak mengancam nyawa tapi ia boleh memberi kesan buruk.
"Sebenarnya ada cara dan protokol betul nak gunakan PED untuk mencegah terkena kesan sampingan. Kalau takut, jangan cuba-cuba gunakan steroid. Gunakan supplement yang sememangnya terjamin keselamatannya," ujarnya menutup kisah.
Untuk makluman, atlet bina badan yang menggunakan PED mempunyai tujuan untuk mengatasi had-had badan manusia dalam usaha membina otot.
Secara amnya, mereka ingin meningkatkan potensi pembesaran otot atau potensi anabolic maka penggunaan anabolic steroid adalah meluas dalam sukan ini. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya, nak cantik itu sakit dan byk yg perlu dikorbankan terutamanya bab2x makan huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tajam nenennya  |
|
|
|
|
|
|
|
puting panjang bagus, gay suka |
|
|
|
|
|
|
|
"memang keperluan untuk saya capai saiz abnormal seorang manusia"
saiz abnormal?
meaning?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak besarkan tetek la bagi pompuan...saiz tetek kalau terlalu besar memang nampak abnormal...mcm tetek dinosor
|
|
|
|
|
|
|
|
the whole body kan
bkn spesifik kt taytex kan
cuma kt nips je jd OD smpi nk kena operate
tu pun sbb jd bhn kengkawan ape 
ade ke gmbr sblm buang tu
bosa bonar ke pong 
|
|
|
|
|
|
|
|
bongok buang duit..chuollss gi je la spital gomen batu pahat dpat jumpa laki kakbab..ahahhahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kakbab tu sapa pulak nyah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ambik steroid salah satu effect dia kemaluan mengecut.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie: bongok buang duit..chuollss gi ...
Kalau bukan kes emergency,mau makan tahun tunggu dewan bedah free..silap2 dah macam vokuro tak bedah2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 26-7-2023 12:13 PM
bongok buang duit..chuollss gi je la spital gomen batu pahat dpat jumpa laki kakbab..ahahhahaha
gomen koser nak layan pembedahan lebih pada kosmetik camni. byk lagi kes lain nak attend. |
|
|
|
|
|
|
|
hantu kopek cariforum dia xmakan steroid dia makan daun bawang je kopek dah besar
|
|
|
|
|
|
|
|
simpati tp lantak engko la... tanggung la sendiri... org lain pun bnyk lg masalah nk kena hadap... |
|
|
|
|
|
|
|
Dikhuatiri ada yang bakal mencari
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 26-7-2023 01:31 PM
gomen koser nak layan pembedahan lebih pada kosmetik camni. byk lagi kes lain nak attend.
Tula nk q satu hal silap2 mamat ni tunggu lg lama silap2 blh kn cancer siapa tahu kn |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 26-7-2023 12:26 PM
Ambik steroid salah satu effect dia kemaluan mengecut..
Kenapa ye? Bkn patut boleh panjangkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Tajamnya dan lendut teknya tu yaachh |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus utk susukan baby puting panjang mcm tu. Tak perlu nk tekan tetek ke muka baby. |
|
|
|
|
|
|
| |
|