Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi ini menahan ahli perniagaan bergelar Datuk bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
"Dia masih disoal siasat SPRM dan masih belum dibebaskan," kata sumber itu memetik laporan portal FMT.
Gambar hiasan
Sumber SPRM turut mengesahkan penahanannya dan berkata, pegawai agensi antirasuah sedang menyoal siasat lelaki itu.
Ahli perniagaan itu terbabit dalam pengurusan acara termasuk membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.
Difahamkan, SPRM sedang giat menjalankan operasi besar-besaran bagi menahan individu yang disyaki terbabit aktiviti pengubahan wang haram di seluruh negara.
Post time 25-7-2023 04:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
மலேசிய ஊழல் எதிர்ப்பு ஆணையம் (எம்ஏசிசி) இன்று காலை பணமோசடி தடுப்பு, பயங்கரவாத எதிர்ப்பு நிதியுதவி மற்றும் சட்டவிரோத நடவடிக்கைகளின் வருவாய் சட்டம் 2001 (AMLA) இன் கீழ் விசாரணையில் உதவுவதற்காக டத்தோ என்ற பட்டம் கொண்ட ஒரு தொழிலதிபரை கைது செய்தது.
"அவர் இன்னும் MACC ஆல் விசாரிக்கப்படுகிறார், இன்னும் விடுவிக்கப்படவில்லை" என்று FMT போர்டல் அறிக்கையை மேற்கோள் காட்டி ஆதாரம் கூறியது.