View: 5581|Reply: 57
|
Kakak Dedah Bapa Ambil Duit Asif Suhaimi Untuk Beli Dadah Dan Berjudi
[Copy link]
|
|
Kakak kepada Asif Suhaimi , Siti Nur Atina mendedahkan perangai buruk bapanya yang menggunakan bayaran diterima remaja itu dari Syahmi Sazli Production untuk membeli dadah dan juga bermain judi.
Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya (OKU).
Foto: IG
Atina terpaksa mendedahkan perkara tersebt kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli.
Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan.
Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif.
Perkara tersebut juga bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku sekitar 2019 apabila lelaki itu memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.
Ujar kakak kepada Asif itu lagi, kesabarannya sudah habis kerana pelbagai kerenah bapa yang dikatakan menggunakan duit yang ada untuk membeli dadah.
Dia rela berdosa membuka aib keluarga kerana sudah penat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan bapa sendiri terhadapnya berkaitan bayaran Asif.
Untuk rekod, Asif Suhaimi atau nama sebenar Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan YouTuber yang sering terlibat dalam projek drama dan filem dari Syahmi Syazli.
Dia yang merupakan remaja OKU turut pernah menggenggam trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
dr dulu dok dengar kisah kakak dia songlap duit asif ni tp tak penah bukak cerita pape pun
kakak dia ni founder tudung sauk tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian asif ni, kesian kat anak2 yg mak/ayah pemakan najis dadah yg taknak berubah |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiiiii.....tolong lah jauhkan Asif ni dari bapak dia
Dia budak OKU, aku takut lama2 bapak dia pengaruh dia, ajar pulak dia makan dadah
Tolonggggg lahhhh Kak Tina oiii...ambik adik awak ni
Baideway Rosemini tu siapa? Berbintikan Suhaimi...adik beradik diorg jugak lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
humban je lah ayah korang tu ke dalam rumah asuhan si bainon tu... biar dia siram taik dadah tu pakai air coway panas hari2...
orang macamni memang dah takde harapan dah... dah beranak pinak dah pun...
kena siram2 pakai air coway panas la kot baru insaf...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 21-6-2023 05:15 PM
humban je lah ayah korang tu ke dalam rumah asuhan si bainon tu... biar dia siram taik dadah tu paka ...
Kenapa kaitkan bainon plak.bkn dia siram semua bdk2 tu.terkait bella aja..yg lain2 elok ja dlm jagaan dia.nk marah org..jgn kaitkan dgn org yg xdak kaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak bg ayah dia byk tu? Bodoh sungguhlah akak dia pun dah tau ayah dia kaki judi kaki dadih.. |
|
|
|
|
|
|
|
kiahbosan replied at 21-6-2023 06:13 PM
Kenapa nak bg ayah dia byk tu? Bodoh sungguhlah akak dia pun dah tau ayah dia kaki judi kaki dadih..
Kalau tak bagi pasti ayoh anying ni kacau hidup.
Kasi 4k, pi mampus sana. Seghabukkk bak kata org pasir mas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mama dia dah meninggal ke? Sian plak asif nih dia pun takleh nk hidup sendiri walau umur dah dewasa mungkin bab uruskan diri pandai. Tp nak uruskan bil dan duit bagai tu tak reti sangat.
Jadi dukla ngn abah selagi org tua tu masih hidup.
Dapat plak family tak berfungsi elok camni emmm siann |
|
|
|
|
|
|
|
nazhidd replied at 21-6-2023 04:33 PM
dr dulu dok dengar kisah kakak dia songlap duit asif ni tp tak penah bukak cerita pape pun
kakak dia ...
Tudung apa u? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan gini cara setelnya. patut repot polis biar polis datang amek. masuk pemulihan/ penjara setahun keluar insof la kejap. buat lagi? repot lagi. repeat sampai jadi orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu keluarga bau2 ikan... |
|
|
|
|
|
|
|
Rosemini Suhaimi tu siapa? Kakak atau mak tiri? |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 21-6-2023 05:30 PM
Kenapa kaitkan bainon plak.bkn dia siram semua bdk2 tu.terkait bella aja..yg lain2 elok ja dlm jag ...
Kenapa dia siram bella? |
|
|
|
|
|
|
|
Murah nye bayaran. Sejenis ambil kesmpatan jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh founder tudung sauk ni
Jiran aku selalu up muka Atina ni
Kakak Asif rupanya
Btw bawak2 la Asif tu duduk jauh Dr ayah mu
Tapi yelah takkan Asif nak duduk dengan kakak dia
Kakak dia pun ada family, apa kata suami dia plak
Patut takyah bagi kat bapak dia jaga duit
Aduhaiij peritnya perangai cmni |
|
|
|
|
|
|
|
Baru RM7k dah berebut2 mcm monyet dkt Batu Kep.
Eh, RM3k. Huuulahai. Dysfunctional nya family ni.
Kalau budak ni berlakon dkt Hollywood, mau bertikam2 family member gamaknya.
Btw, semua aku xkenal dlm article ni. Sbb aku tak layan pempengaruh YTube, IG, TikKetok, Bigo, MySpace. Eh? |
|
|
|
|
|
|
|
untuk penagih, 400 pun dah banyak. apatah lagi 4000
|
|
|
|
|
|
|
| |
|