View: 2424|Reply: 34
|
Tangkap Layar Perbualan Ebit Lew-Pengadu Didedahkan, Ebit Tak Datang Mahkamah Sebab Pergi Tunai Haji
[Copy link]
|
|
TENOM: Tangkap layar perbualan antara Ebit Lew dan pengadu bermula sejak 4 Mac 2021.
Perkara itu didedahkan menerusi analisis telefon bimbit milik pengadu yang dilakukan oleh Juruanalisis Kanan Audio/Video Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Selangor, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz di Mahkamah Majistret hari ini.
 Foto: IG
Latifah yang hadir sebagai saksi ketujuh pendakwaan memberitahu mahkamah, tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit bertanda NA-1 menunjukkan bahawa perbualan menerusi aplikasi Whatsapp bermula pada 4 Mac 2021.
Itu antara perkara yang dijelaskan oleh saksi berdasarkan 219 gambar tangkap layar yang diperoleh daripada telefon bimbit pengadu yang disimpan dalam sebuah cakera padat DVD-R yang merupakan salah satu bahan bukti dalam kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew.
Dalam perbicaraan lepas, telefon bimbit bertanda NA-1 iaitu Samsung Galaxy A31 diserahkan kepada pegawai penyiasat oleh pengadu semasa pengadu hadir membuat laporan polis di PDRM Bukit Aman pada 7 Ogos 2021.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang mengetuai pemeriksaan utama turut meminta penjelasan saksi mengenai tangkap layar yang memaparkan nombor 02:28 am dalam gambar tangkap layar pertama.
Saksi menjelaskan nombor yang tertera merujuk kepada masa mesej berkenaan dihantar kepada penerima (pengadu).
Gambar tangkap layar yang dipaparkan juga menunjukkan terdapat panggilan suara yang tidak dijawab pada dua tarikh berbeza yang dilakukan oleh pengirim mesej (Ebit) kepada penerima (pengadu).
Perbicaraan pada sesi kali ini berlangsung tanpa kehadiran Ebit Lew kerana peguamnya memaklumkan Ebit sedang menunaikan ibadah haji di Mekah.
Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dan Zahida Zakaria.
Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Aiii laju je pergi buat haji? Angin takde ribut takde tiba2 pergi buat haji ye? Bukan ke baru2 ni siap buat live dengan si mondy? |
|
|
|
|
|
|
|
dah gedebuk gedebak ngan mondey vaijaina boleh terus gi haji ek... |
|
|
|
|
|
|
|
dia pergi Haji tu, mencuci hati ke mencuci minda netizen  |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat boleh tangguh bicara agaknya bila pergi menunaikan haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade kes mahkamah boleh keluar luar negara???? |
|
|
|
|
|
|
|
Okt boleh pulak tak hadir perbicaraan unbelievable tapi dah cam sarkas tahap dewa |
|
|
|
|
|
|
|
MsPercy replied at 21-6-2023 04:27 PM
Ade kes mahkamah boleh keluar luar negara????
Pelik kan? Tak tkt ke yebiit lari lps tu. Tp kn, harusla npk sesuci madinah biar bini org kegersangan terus sapit heols. Gituh hati hitam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn...camne leh tiba2 pegi Haji pulak?? Rasa nak boh penampaq sedaih.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha akhirnya ramai jugak iols tgok dh mula tersedar dgan ebit lelewww ni punya auta... coming soon PMX pulak... semoga ummah cepat tersedar |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke pegi haji? Ke menipu jah? X gaya mcm org nk pegi haji. Sbb kan org2 mcm ni la i x de rasa nk pegi haji or umrah. Dlu2 tgk org prepare haji byk pegi kelas2 ilmu, upgrade diri, insafi diri. Hat ni siap menipu netizen. Jual sambal, buat cerita sedih dkt indon |
|
|
|
|
|
|
|
takde pulak kisah mastika dia gi mekah tu ye  |
|
|
|
|
|
|
|
bila budak sastera urus ekonomi negara maka ringgit pun jadi sasterawan
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih pulak tu nk jd menteri kewangan igtkan kemaruk nk jd PM jah. x sedo diri betul
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...aku ingat paspot kena pegang oleh mahkamah bila ada kes
bik mama nak pi Spore pun kena minta dari mahkamah
tinggi makam yebit dari bik mama
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 21-6-2023 04:46 PM
Betul ke pegi haji? Ke menipu jah? X gaya mcm org nk pegi haji. Sbb kan org2 mcm ni la i x de rasa n ...
Jgn gitu kome..tanah haram bkn khusus utk makhluk2 perosak ni..tanah haram adalah utk setiap umat muslim yg mahu menunaikan amanah Allah SWT bg yg mampu la...so jgn ye fikir buruk gitu...no no no (sambil jari ke kiri kanan... kehkehkeh)
Den tak blh tgkla muka jantan nih...rs mcm nk bg penyepak sebijik.dimuka.syahdunya itu... kehkehkeh den hrp ko kene sesuatu kalau btl ko ditanah haram..dan kalau btl ko mempermainkan agama... |
|
|
|
|
|
|
|
takda edisi mastika ke chuols? atau tanah kubur? atau Final Destination ke? gituu meols mengharap |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 gambar yang kononnya depan kaabah tu edit je 
Kalau betul dia buat haji mesti dia dah up kat ig tiktok fesbuk segala bagai medsos. Ni kat ig pun takde gambar berihram bersyahdu syahdan.
Tapi kang taksubit kata dia tak upload sebab taknak menunjuk. Bab ibadah kena buat senyap2. Eh pulok  |
|
|
|
|
|
|
|
haji rm250k ka tuuuuu?  |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 21-6-2023 04:44 PM
hahahaha akhirnya ramai jugak iols tgok dh mula tersedar dgan ebit lelewww ni punya auta... coming s ...
Kahkahkah.. Kebetulan sangat dua2 penunggang agama yg gila seks & pandai berlakon  |
|
|
|
|
|
|
| |
|