View: 1433|Reply: 23
|
Hari-Hari Dengar Lagu Blackpink, Peminat Tegar K-Pop Tak Sangka Berjaya Dapat 9A+ SPM
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Peminat tegar K-Pop, G. Bhuvenraj,18, tidak menyangka yang dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Pelajar cemerlang aliran Sains dari Penang Free School itu berkata, dia mendengar muzik daripada kumpulan Blackpink dan juga muzik K-Pop setiap malam sebagai penghilang stress ketika mengulangkaji pelajaran.
“Keputusan 9A+ ini memang tidak dijangka kerana soalan SPM agak sukar terutama bagi subjek Biologi yang memerlukan kita menghafal dan mengingat banyak perkara.
“Saya tidak mahu terlalu tertekan ketika mengulangkaji pelajaran, jadi setiap malam lagu-lagu dendangan kumpulan Blackpink menjadi peneman untuk saya menghilangkan stress ketika belajar,” katanya ketika ditemui di Penang Free School.
Foto: Kosmo
Dia memperoleh A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Bhuvenraj yang merupakan anak tunggal berkata, dia banyak mengulangkaji soalan-soalan percubaan SPM terdahulu bagi mendapat teknik-teknik sesuai untuk menjawab soalan peperiksaan SPM 2022.
“Saya juga selesa mengulangkaji sendiri di rumah dan turut mengambil kelas tuisyen sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru, ibu bapa dan rakan-rakan sekolah lain yang banyak membantu saya sepanjang menghadapi peperiksaan,” katanya.
Tambahnya, dia yang meminati mata pelajaran Matematik merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat A Level dan seterusnya ke peringkat universiti.
Dalam pada itu, ibu kepada Bhuvenraj yang merupakan pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta, R. Sunitha, 49, pula memberitahu, dia memberikan kebebasan kepada anak tunggalnya itu untuk memilih haluan tersendiri dalam hidupnya.
“Saya tahu dia peminat tegar kumpulan Blackpink dan tidak pernah melarangnya daripada meminati kumpulan berkenaan.
“Malah saya melihat dia menyanyi dan menari lagu kumpulan Blackpink semasa mengulangkaji pelajaran, saya dan bapanya memberi galakan untuk dia lakukan apa yang dia minati asalkan ia tidak mengganggu pelajaran,” tambahnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
beriboo2 taniaaa
skang mendonia is NewJeans ... oma oma gaiiddd .. oma oma gaiiddd |
|
|
|
|
|
|
|
Taniya dek
Iols pung dolu blajo mesti nak ada.lagu..
Dok hostel..kaset bsb n NSYNC kena.rampas..
Tinggal Linkin park Selamat sebab iols sempat sorok |
|
|
|
|
|
|
|
Mengadala ko...kalau x study x de maknanya boleh berjaya...dgr kpop pun dgrlah..study tentu engko study... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la dik.. zaman iouls tpop & cpop(183 club, 5566, jay chou, SHE, Mayday) tengah mendonia. Gigih la beli majalah e-pop kat 7/11 walaupon x reti baca tulisan cina. Zaman tu kpop baru2 nak naik kat malaysia, fanbase TVXQ dengan SJ je yg nampak prominent sikit. Nasib baik la result iouls cemerlang jua, kalau tak mungkin mak iouls bakar koleksi poster[em:4:] |
|
|
|
|
|
|
|
Janji belajar... nak pop apa pun kena belajar... barula result elok... |
|
|
|
|
|
|
|
dah ko bijak dekkk dgr lagu dangdut pun itu la jugak dapat resultnya
btw, tahniah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr lagu Gila Judi-M.Daud Kilau...igt x boleh berjaya ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gaya mcm ceo google, harap kepandaian dia ni boleh pergi jauh. Bkn apa org Msia ni yg bijak2 , g belajar oversea , well known school kt oversea xtau kenapa jd terpeleot. Jd stress la / mental la. Ok la tu seimbang dgn hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
hah.. acik dulu zaman 90an, dgr lagu rock malaysia je. siap kengkawan sedorm pinjam kaset acik |
|
|
|
|
|
|
|
masa study spm dulu aku layan offspring
Give it to me, baby!
Uh huh, uh huh!
Give it to me, baby!
Uh huh, uh huh!
haha
tak dilupa masa tu layan scorpion dengan metallica jugak
tapi kat sekolah nyanyi nasyid huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya dak2 India pon layan kpop ye sekarang? iols macam tak pernah jumpa kawan india yang layan kdrama lagu kpop bagai ni. Biasanya melayu cina borneo je yang layan kpop kdrama. |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 9-6-2023 03:12 AM
masa study spm dulu aku layan offspring
Give it to me, baby!
Mungkin ko sezaman dengan aku. Taste musik bebudak dulu memang exceptional. Sebab generasi aku layan Britney N Sync BSB tapi layan Weezer Linkin Park Metallica Nirvana juga. |
|
|
|
|
|
|
|
ha yela tu
memang zaman2 band boys tengah top
member siap dye rambut depan tiru the moffats
kat kelas pakai songkok sorok rambut
kalau kat sini plak time tu VE dgn ruffedge baru nak up
LP pulak awal 2001 baru orang kenal
outing kat petaling street kedai2 cd dok pasang lagu2 LP je
ape lagi beli la 1 + cd too phat plan B, pirate RM5
eh terkenang2 plak zaman dulu
kalau nak cite memang tak habis
ok2 tamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 9-6-2023 07:09 AM
mdhelmi replied at 9-6-2023 06:52 AM
ha yela tu
memang zaman2 band boys tengah top
member siap dye rambut depan tiru the moffats
Kan hahahaha
Alahai The Moffats. Meka kuar masa aku Form 2. Punya la top masa tu. Seblom meka hada Hanson. Pehtu Malaysia pun nak tiru, muncullah Moin dengan lagu Kau Yang Ku Sayang tapi komik Ujang (ka Apo?, tak ingat) ihanat pi tukar tajuk lagu tu jadik Cow Yang Ku Sayang. Kalau korang beli kat PS, weols budak2 luar bandar beli kaset/cd pirate kat pasar malam.
Best la era seblom 2000 tu. Nak balik kalau boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun sehingga kini masih lagi layan lagu rock Malaysia terutama jenis slow/mendayu-dayu zaman 90-an..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sudah aku agak, ada juga kaum India layan Kpop dan drama Korea.. Selain tu ada juga kaum India layan J-pop dan anime Jepun selain Hindustan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|