View: 965|Reply: 13
|
Sarah Suhairi Pernah Tolak Tawaran UiTM demi Big Stage
[Copy link]
|
|
Penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak kerana ingin menyertai program realiti Big Stage musim pertama pada 2018.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan bapanya.
Sarah, 23, berkata, dia membuat keputusan menolak tawaran sambung belajar kerana ketika itu dia sudah pun mengikat kontrak bersama syarikat rakaman sebelum akhirnya memutuskan mengejar impian dalam bidang seni.
"Ketika itu saya sudah mengikat kontrak dengan label dan pihak pengurusan hantar saya pergi uji bakat Big Stage dan ayah juga beri sokongan untuk mencuba. Alhamdulillah dapat.
"Mula-mula ingatkan komitmen program itu tak banyak, jadi bolehlah sambil-sambil itu saya pergi kuliah tapi apabila tengok jadual, memang saya kena lepaskan salah satu.
"Saya beritahu ayah dan dia izinkan saya sertai Big Stage sebab katanya saya boleh sambung belajar selepas itu nanti," katanya kepada mStar.
Sarah berkata dia sepatutnya mendaftarkan diri ke UiTM Seri Iskandar bagi jurusan Diploma Ukur Bahan.
Dalam pada itu, Sarah berkata, dia sebenarnya tidak pernah bercita-cita bergelar seorang penyanyi namun minatnya lebih kepada bermain alat muzik.
Menurut penyanyi itu lagi, keluarganya juga mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik dan mereka sering sama-sama melakukan ‘jamming’ atau berkaraoke.
" ada mulanya menyanyi ini sekadar hobi. Saya mula dengan bermain instrumen sewaktu darjah dua. Saya bermain piano dan masa tingkatan dua saya bermain ukulele dan bermain gitar.
"Itulah adalah hobi seisi keluarga kami sebab adik-beradik yang lain dan ayah kami juga bermain muzik kerana minat.
"Tapi tiada seorang pun daripada kami yang bercita-cita menjadi penyanyi sehinggalah syarikat pengurusan melamar saya," katanya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dik, sila la sambung belajar
QS ni banyak orang cari sekarang, tapi gaji starting taktau la ciput ke idokk
Kerja pun kalau bukan company consultant, memang ot jela manjang |
|
|
|
|
|
|
|
tapi persembahan ko haukk dekkk... baik la ko masuk uitm jadi cikgu jerr sebab ciri2 cikgu tu dah ada... kurang2 dapat pencen nanti...
big stage tu rugi jah korang tolak pengajian semua untuk masuk... hujung2 yang menang pun sendu mengalahkan ikan bilis kat pulau pangkor... buka gerai jual belacan dan dodol kat melaka lagi popular....
acik2 yang mental jangan nak tag2 iols yach walaupun iols tak pernah kacau chuols... kang aku tag bertubi2 tercirit dan tercalar keEGOan kang... |
|
|
|
|
|
|
|
Klu dari awal minat Muzik napelah x apply sambung belajar bidang muzik je.. huhu.. ko pun dh tenggelam timbul skrg dik.. ramai sgt penyanyi baru hijabster skrg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah.
Patot blaja music.
Masa depan pon terjamin.
Tgk soo wincci,syapinaz, tu nyanyi tenggelam timbul jgk tuh tp napak mcm secured la masa depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau minat music better sambung bidang ko suka je, mesti akan study bebetul |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 5-6-2023 12:42 PM
tapi persembahan ko haukk dekkk... baik la ko masuk uitm jadi cikgu jerr sebab ciri2 cikgu tu dah ad ...
Motif nak tercirit setakat tulis di forum ?
***********************
@dudaberhias mengkhuatirkan jika dia terdakwa benar benar memiliki multinickname bermasalah yang dikenali seantero forum yakni @oyo_miow dan segala jenis @stingerbumpy . Oleh yang demikian ia bukan saja terlihat mencalarkan maruah dirinya dan keegoannya bahkan ia tidak dapat menerima jika seseorang berdiri firm membantahnya-. Ia digelar sebagai narcissistic injury yang akan bertukar kepada rage. Dan adalah satu kebiasaan bagi narcissists untuk menyebar smear campaign - tuduhan menghina agama melalui multinicknames. @dudaberhias gagal menyertakan bukti bahawa aku dihempuk/diserang Manak kerana dia bolehjadi adalah Manak.
DISCLAIMER : Satu satu nya multinickname yang aku miliki adalah @Guarddogs kerana menghadapi masalah login |
|
|
|
|
|
|
|
tulis ke taip... tu pun tak reti bezakan ye walaupun dah terkincit2 pergi tido...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak orka, xyah la susah2 masuk uitm. G masuk uni lain yg bkn utk b40 |
|
|
|
|
|
|
|
miszclassique replied at 5-6-2023 12:41 PM
Dik, sila la sambung belajar
QS ni banyak orang cari sekarang, tapi gaji starting taktau la ciput ke ...
setuju...qs freelance berdaftar caj dalam 1.5 - 2k untuk 1 kes...kalau bawah company bayaran 3k...qs akan dicari2 bila individu ad masalah dgn kontraktor dan nak bawa kes ke tribunal...jd sara, sambung la belajar sbb ilmu ukur bahan lebih baik dr ilmu nyanyian...qs akan jd makin tinggi permintaan di masa akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
sheols bukan kah anak orka... tak pandang pun uitm tu... anytime sheols boleh masuk taylor ke mana2 ipts... mak apak sheols bagi income passive pun lg byk chuols |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 6-6-2023 12:33 AM
sheols bukan kah anak orka... tak pandang pun uitm tu... anytime sheols boleh masuk taylor ke mana2 ...
mmg mahal ke taylor itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa Sarah suhairi ni anak orka. Setakat tolak tawaran uitm apalah sangat pada dia. Anytime boleh Sambung belajar balik nnt. Fulus ada kan. Nak pegi study overseas pun bolehhh dik. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa... kalau anak orka kenapa pulak ko up cite uitm nih...
ko up la cite ko nak sambung belajar kat Royal Music London ker...
baru ler wowww....
ini orka tapi up cite uitm, diploma pulak tu...
nampak mcm kurang cerdik sikit la kann...
oppsss... |
|
|
|
|
|
|
| |
|