CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1918|Reply: 21

Bakal Disaman RM4,800 Lepas Bagi Notis Berhenti Kerja 24 Jam

[Copy link]
Post time 1-6-2023 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Tular ciapan seorang pekerja yang mendakwa bakal disaman sebanyak RM4,800 kerana gagal mematuhi kontrak pekerjaan.


Dedahnya, dia memberikan notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan kerana mengalami serangan panik disebabkan bebanan kerja terlalu banyak.


“Hari pertama kerja, pengurus syarikat beri terlalu banyak kerja untuk disiapkan dalam masa singkat.


“Saya tidak pasti jika saya terlalu ‘manja’ sehingga semua perlu disuap. Tetapi, majikan langsung tidak latih saya dan bertindak lepas tangan.




Gambar hiasan




“Kerja berakhir pada pukul 6, tetapi pada pukul 5.20 petang, majikan suruh saya mencari ‘quotation’ (sebut harga) dan minta saya hantar pada hari yang sama. Majikan juga tidak beritahu apa spesifikasi barang yang dicari, jadi saya perlu Google semuanya.


“Namun, disebabkan hampir malam, kesemua kedai yang menjual barang tersebut sudah ditutup. Pada waktu itu, saya mengalami serangan panik sehingga tidak mampu berdiri.


“Setelah menelefon ibu, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta-merta.


“Saya tidak sangka bakal disaman kerana baru bekerja sehari. Saya juga tidak mampu membayar RM4,800 kerana ibu bapa tidak bekerja,” luah pekerja tersebut lagi.


Kini, ciapan itu telah menerima hampir 1,700 ciap semula.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter didapati mempunyai pendapat yang pelbagai. Ada yang menyebelahi individu tersebut, ada juga yang menyalahkannya kerana gagal mematuhi kontrak.


“Awak baru kerja sehari kan? Tidak munasabah untuk majikan menyaman sebanyak RM4,800 kerana mereka tidak mengalami sebarang kerugian.


“Benar, awak gagal mematuhi kontrak. Tetapi, tidak munasabahlah untuk saman sebanyak itu,” kata Lily.


“Tidak mengalami sebarang kerugian? Masa, peluang, semua itu memakan kos. Jawatan tersebut adalah untuk pekerja yang layak dan tidak manja. Tetapi, pekerja yang manja dan menyusahkan staf lain pula yang mendapat jawatan tersebut.


“Apa-apapun, baca kontrak telebih dahulu. Pastikan notis berhenti kerja menepati kontrak tersebut,” balas Daniel pula.




Sumber:  KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu yg kena bayar balik gaji sebulan kalau quit 24 hours bila dah confirm. Kalau setakat sehari kira still under probation boleh je bg notis.

Patut kau tak payah bgtau apa2 terus je x dtg  jgn angkat calls semua tu.  Dan  dah la miskin kau sangat manja pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:19 PM | Show all posts
mesti tempat high turnover rate tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala ms aku keje kat site dl..ramai je yg br msk keje sehari..esok Dan selama nye dah x dtg keje..benda boleh lari..baik benau bg notis 24jam dah knp..hehehe kisah duk kat site la .perkara biasa je staff lari..bg drawing M&E lps lunch X msk terus pun ade..hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Campak je saman tu..tk de loyar pun yg nk.ambik kes murahan mcm tu. Ko keje sehari je kan..majikan cilanat saja nk takut² ko le tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau tanya ibu kau ajela. Buat apa tanya netizen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk org x boleh atur kerja dan masa. Bila dah dpt kerja ada yg melarikan diri selepas 24 jam dan ada x sampai 1 bulan. Org begini menyusahkan majikan sbb perlu mencari calon simpanan atau melalui proses mewar-warkan semula kekosongan jawatan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua bergantung pada kontrak yg dia sign.. Lain kali baca kontrak betul2, jgn main sign je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan sentiasa ambil kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini jugak cerita budak2 sunat laser?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sign kontrak sebelum masuk keje ke? Nasib la dekkk... Dah ko lari gitu memang kena bayar sebulan gaji la... Tu laa nama dugaan kerja.. Tak sama macam citer pukul 7 tu.. Keje jawatan tinggi tapi meja kemain bersih lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 09:19 AM | Show all posts
kalau dah kompom....
berenti 24jam...
memang la kena saman....
kalau taknak...byo la 1bln gaji....
mungkin rm4800 tu 1 bln gaji....

ini mesti tak tau law pekerjaan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau duk je la celah ketiak mak dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 02:57 PM | Show all posts
manjanyaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku resign notis 24jam. Xlama pastu dapat surat ex company nak saman aku klo xbayar duit gantirugi. Aku diam je sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:05 PM | Show all posts
ezacbee replied at 2-6-2023 03:01 PM
Aku resign notis 24jam. Xlama pastu dapat surat ex company nak saman aku klo xbayar duit gantirugi.  ...

ugutan je tu. nak bawa kes ke mahkamah bukan boleh pakai liur je. kos pun tinggi tak berbaloi dgn tuntutan yg dibuat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca la kontrak.. tp bbnu mmg lemah pun.. kje 2-3 hari berenti..
Lg rela kje grab food.. hadap lah..
N kalau lari je diorg boleh blacklist nama korg kat jobstreet ke etc..
N xde reference..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 2-6-2023 03:05 PM
ugutan je tu. nak bawa kes ke mahkamah bukan boleh pakai liur je. kos pun tinggi tak berbaloi dgn  ...

Tau. Memang kaki sembang je. Banyak duit bos nak saman aku. Tahun lepas bos wasap tanya khabar aku.. Dia lupa ke dia penah nak saman aku. Tiba2 bertanya khabar..


Xhingin nak reply..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:28 PM | Show all posts
ezacbee replied at 2-6-2023 03:25 PM
Tau. Memang kaki sembang je. Banyak duit bos nak saman aku. Tahun lepas bos wasap tanya khabar aku ...

nak saman nie klu ada value yg tinggi, contohnya ada comopany antar LOD tuntut puluhan juta kat team aku. las2 dia kalah juga. tapi itulah rugi duit terbuang. masa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 03:38 PM | Show all posts
Nak dengar dr pihak majikan gak. Zaman skrg susah nak percaya. Anak buah aku umur 12 tahun kalau buat story kat Insta kemain laju lagi siap banyak idea tulis panjang2. Aku suruh buat cerita pasal "Aku sebuah peti ais" tetiba macam kena rasuk kak pon. Report mak terus..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082784 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list