CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2894|Reply: 22

GEMPAR!!!! Polis Evo 3 sentuhan Syafiq Yusof bertaraf antarabangsa

[Copy link]
Post time 21-5-2023 09:53 AM | Show all posts |Read mode
“Memang gempak & berbaloi!”- Polis Evo 3 sentuhan Syafiq Yusof bertaraf antarabangsa


Puas, gempak dan berbaloi!

Itulah yang boleh digambarkan selepas selesai menonton filem francais blockbuster, Polis Evo 3 yang padat dengan aksi, lawak dan penuh dengan momen kekeluargaan.

Ternyata ia adalah penantian berbaloi buat peminat Polis Evo sentiasa menantikan gandingan dua nombor 1 Malaysia, Zizan Razak dan Shaheizy Sam yang kali terakhirnya bertemu peminat pada 2018.



Bagaimanapun, misi Inspektor Khai  (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) pada kali ini bertambah rumit dengan penglibatan bekas anggota polis dikenali Reza (Sharnaaz Ahmad) bagi menghuru-harakan segala perancangan pihak berkuasa.

Segalanya bermula apabila sebuah letupan telah berlaku di Pulau Pinang sehingga meragut ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan dua inspektor hebat tersebut.

Namun, keadaan bertambah rumit apabila mereka mula menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri kerana mempunyai kisah silam dengan Reza suatu ketika dahulu.


Bermula dari situ, pelbagai konflik, kisah kekeluargaan, percintaan dan aksi bergabung membuatkan sekual Polis Evo 3 pada kali ini sangat mendebarkan dengan barisan pasukan yang mempunyai kepakaran masing-masing.


Antaranya adalah Inspektor Dani (Syafiq Kyle) pakar bahan letupan; Inspektor Julie (Fara Ali Khan) pakar penembak tepat; Inspektor Dell (Douglas Lim) fokus dalam mengakses data teknologi; ACP Farouk (Fauzi Nawawi) ketua skuad; dan Inspektor Faizal (Fezrul Khan) perisik khas.




Istimewanya kali ini, ia turut mengembalikan watak-watak francais terdahulu seperti Nora Danish, Eyka Farhana, Kamaliah Mat Dom dan Datin Fadilah Mansor.

Filem mantap, setanding antarabangsa!
Malah, sepanjang tayangan perdana yang berlangsung pada Khamis di TGV KLCC, ramai penonton turut terpukau dan hanyut dalam penceritaan yang juga dibawakan oleh  Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Daniel Cheang, pempengaruh media sosial Zukieeeee serta penampilan istimewa Dato’ Afdlin Shauki.

Confirm tak kering gusi, penuh debaran dan menangis beb!





Boleh dikatakan filem garapan pengarah tersohor, Syafiq Yusof pada kali ini sangat memberangsangkan dan mampu memberikan pengalaman serta kepuasan berbeza kepada penonton.

Syafiq sewaktu ditemui berkata, penangguhan tayangan filem Polis Evo 3 disebabkan berlakunya pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lepas banyak membantu produksi untuk menjadikan ia sebuah karya lebih baik.

“Memang dalam tiga tahun itu, kami ada lakukan tambahan penggambaran untuk tambah beberapa babak aksi, babak-babak lain juga.
“Disebabkan PKP, tayangan ini ditangguhkan. Maka, kami ada masa yang banyak untuk cantikkan semuanya agar menjadi lebih baik dan sempurna untuk ditayangkan pada penonton,”ujarnya.


Dengan pengalaman dan ‘forte’ pengarah terkenal Syafiq Yusof, Polis Evo 3 menjanjikan kualiti filem setanding karya antarabangsa serta mampu memberikan pengalaman dan kepuasan berbeza kepada penonton.  

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad berharap agar naskah Polis Evo kali ini dapat membawa penonton merasai ’emotional roller coaster’ melalui mood yang mendebarkan dan komedi dalam tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan.

“Diharapkan juga naskah ini dapat mengangkat wajah filem tempatan apabila dipersembahkan kepada penonton negara luar,”ujarnya.


Jadi, sebelum orang luar menilai filem tempatan kita adalah lebih baik kita terjah pawagam berhampiran bagi merasai perasaan bercampur-baur terutama watak antagonis dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad.

Memang sakit hati sungguh! Seakan kita melihat kemunculan Lan Todak tapi dalam versi penuh versatil.



Tunggu apa lagi, jom saksikan filem Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023 ini!

Sambil itu, korang juga berpeluang ikuti siri jelajah Polis Evo 3 pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 2 Jun di Seremban; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 8, 9, 10, 11 di Singapura, Johor, Melaka. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw.







Sumber:https://ohmymedia.cc/memang-gemp ... nw5uI6dkVM46KMlj3LY


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2023 09:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Good choice tak ambik patah kejong......
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dedi jaydan lakonan mantop.....bertiang tiang kentotkheun je dedi timoh....the kejongs....


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem capix ucop ni semuanya di klem bertaraf antarabangsa hujung taraf antarabangsanya hanya taraf vietnam, cambodia, laos, bangladesh, north korea jah.

Nak lawan yindon n thailand memang tak lepas lagi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2023 01:47 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 21-5-2023 11:20 AM
Filem capix ucop ni semuanya di klem bertaraf antarabangsa hujung taraf antarabangsanya hanya taraf  ...

Orang kita ni kuat overclaim sama jah peel macam tokeh timbang kilo.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
PE2 pun xbest. PE3 harap2 best. Biasanya indah khabar dari rupa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 21-5-2023 02:31 PM
PE2 pun xbest. PE3 harap2 best. Biasanya indah khabar dari rupa.

Oh..ini saingan kpd filem PMX nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 21-5-2023 03:20 AM
Filem capix ucop ni semuanya di klem bertaraf antarabangsa hujung taraf antarabangsanya hanya taraf  ...

Same goes to filem askar tentera china lagi hebatsetaraf ngan indo Dan Thai
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem nampak best..tapi bila tang pelakon punya cara cakap tu...x nampak real..nampak berlakon...x boleh ke ckp mcm kita ckp biasa natural...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-5-2023 03:06 PM
Filem nampak best..tapi bila tang pelakon punya cara cakap tu...x nampak real..nampak berlakon...x b ...

Bila timoh cakap tak wangi bear iteww ko ghaser real atau berlakon?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak ni jd trauma.. Smua cite claim international.. Sudahnya hampeh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 21-5-2023 03:13 PM
Ak ni jd trauma.. Smua cite claim international.. Sudahnya hampeh...

Pazzpizzpuzz pun ramai penjilatz dan pencacai swear by her 'internasional brand'....and aku sangat setuju.....INTERNATIONALLY KPG.COM...

Kahkahkahkahkah

Yg penting element international iteww ada....

Tudung kerana nak tonjolkheun namanyer...sebesar besar tidak initial F nyer...

Very the Kpg.com hokay....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 21-5-2023 03:08 PM
Bila timoh cakap tak wangi bear iteww ko ghaser real atau berlakon?

Filem2 yusuf dan anak2 dia ni...cara percakapan intonasi tu sama je....mcm kaku..berlakon sgt..x real...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-5-2023 03:21 PM
Filem2 yusuf dan anak2 dia ni...cara percakapan intonasi tu sama je....mcm kaku..berlakon sgt..x r ...

Iteww yg aku sebut ...nasib baik tak panggil patah kejong dedi si myanmar....mampos terus kejong pilem...action thriller jadi pilem bisu....lagipun utk pilem ini tak memerlukheun robin hood yg mahor dgn bow and arrow kheunz?

Ko jgn reply...mampos ko kena chop MN aku....

Ko ingat penjilatz pencacai awang kejong takda follo aku keww?


Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 21-5-2023 03:25 PM
Iteww yg aku sebut ...nasib baik tak panggil patah kejong dedi si myanmar....mampos terus kejong p ...


Dah jenuh aku kena chop MN ko dan oren...MN norma baru pun ada org bodoh otak yg tuduh aku normabaru ..

Depa ni x belajar ke dari pelakon2 terkenal barat...yg bawa lakonan bersahaja...action pun bersahaja...x nampak lakonan...tu buat filem tu hidup dan menarik
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesi tunjuk 6packs tak tentu hala
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Benang polis evo 3 dah kenapa yg sorang tu meroyan psl 3 beranak tu. Takde kena mengena. Rindu ke tuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertaraf antarabangsa jgnla buat kelakar. Trailer dia pon tahu tak bebaloi nk bazirkan tiket
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.435875 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list