CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

[Kedah] Premis berniaga masuk air gara-gara longkang tersumbat

[Copy link]
Post time 18-5-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Mohamad Nasaruddin menunjukkan sampah sarap di dalam longkang di belakang premis perniagaannya di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.



SUNGAI PETANI – Peniaga di Taman Ria Jaya di sini, berdepan masalah longkang tersumbat sehingga menyebabkan air melimpah ke kawasan premis perniagaan yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya.

Rata-rata peniaga mendakwa longkang di kawasan itu tidak diselenggara dengan baik sejak lebih enam bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan pengaliran air longkang tersekat seterusnya air melimpah ke kawasan premis berdekatan setiap kali hujan lebat.

Peniaga kedai makan, Moha­mad Nasaruddin Bakar, 50, berkata, longkang utama sepanjang kira-kira 600 meter itu ­kerap tersumbat kerana dipenuhi sampah sarap.

“Bagi mengelakkan air melimpah terutama ketika hujan lebat, ada peniaga yang mengambil inisiatif membersihkan sendiri longkang di belakang premis masing-masing.

“Jika tidak, kami juga yang kerugian kerana tidak boleh berniaga seterusnya hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, peniaga, Hashimah Hassan, 48, memberitahu, longkang tersebut merupakan laluan utama air termasuk dari taman perumahan berdekatan.

“Kami sudah membuat aduan kepada pihak berwajib beberapa kali sebelum ini agar laksana segera proses penyelenggaraan, namun sehingga kini tiada tindakan diambil,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Hamid Jan, 52, berkata, musim kemarau yang melanda Kedah ketika ini merupakan masa sesuai untuk membersihkan longkang di kawasan berkenaan.

“Kami (peniaga) akan turut sama membantu pihak berkuasa jika mereka datang membersihkan longkang dan berjanji akan menjaga kebersihan.

“Langkah ini perlu kerana sampah yang dibiarkan dalam longkang mengeluarkan bau busuk dan mengganggu pe­langgan menjamu selera,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... longkang-tersumbat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159890 Replies : 3913
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19264 Replies : 75
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 25883 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71326 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4031 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13907 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8010 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.083984 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list