View: 2834|Reply: 61
|
Polis Tahan Peniaga Lemang Panas Baran
[Copy link]
|
|
Ekoran insiden pergaduhan di Jalan Bukit Beruang Utama, Melaka, polis menahan peniaga lemang pada Sabtu kerana memukul pelanggan yang mendakwa lemang dijual tidak masak.
Bermula hanya bertikam lidah, peniaga itu kemudiannya hilang sabar lalu memukul pelanggan tersebut dengan menggunakan buluh lemang sehingga mengakibatkan kecederaan.
Seorang pelanggan mengalami kecederaan di telinga kiri selepas dipukul dengan buluh lemang
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek ditahan pada Sabtu di Jalan Kota dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dijalankan.
"olis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Terdahulu tular hantaran mengenai peniaga lemang yang didakwa bersikap biadab hingga menyebabkan seorang pelanggan mengalami kecederaan.
Christopher berkata, insiden bermula apabila mangsa yang merupakan pesara tentera menunjukkan lemang tidak dimasak dengan sempurna kepada peniaga, namun dia enggan melihatnya.
Kecederaan mangsa dipukul peniaga lemang. foto Facebook
Peniaga itu kemudian membelah salah satu lemang yang dibeli mangsa dan menunjukkan lemang masak sepenuhnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Katanya, tindakan mangsa yang mencampakkan lemang di dalam bekas plastik pada suspek serta merakam video menyebabkan suspek 'naik angin'.
"Suspek marah kerana pengadu campak lemang yang dikatakan tidak masak kepadanya dan juga merakam video menyatakan gerai tersebut menjual lemang yang tidak masak.
"Suspek kemudian memukul pengadu menggunakan buluh lemang," katanya.
Tambah Christopher, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga kiri dan tangan kanan terkena serpihan buluh lemang.
"Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka," tambahnya lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Go melaka..go..
Kekalkan tradisi lahabau melingkau atasa pagau. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg mangsa pun pg rakam video pun apa masalah? Nasib baik kena belasah dgn buluh lemang jer. Kalo kena bunuh lps tu mayat cmpk laut sia2 je |
|
|
|
|
|
|
|
berita pagi kt forum: lemang tak masak.
berita malam kt forum: lemang dah masak.
Munasabahnya: dr pagi sampai malam....logik le bakor dr pagi sampai ke mlm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg patut kena pukul
even customer is always rite
lemang tak masak je pun
rezki ko campak2
da tua pun bodohhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii pakcik...kerana lemang pun sampai ke hospital...bawak bersabarlah....nak rayer dah mendapat headlines 1 Malaysia famous
|
|
|
|
|
|
|
|
Kt selangor ni mana aku singgah beli lemang besa dia belah,potong² check dulu masak elok ke dak seblom byq.
Sana dia juai buta² gitu patu dh blk umah belah baru tau ka mcm mna? |
|
|
|
|
|
|
|
Cmne nk tahu lemang dh masak or belum ye? Biasa beli kat jambatan ajil ye? Bukit besi tu? Sedap situ |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia ni, yg provoke tak kena charge.
yg kena charge, si polan yang retaliate.
ko boleh maki hamun sesuka hati,
siapa yg mulut laser, he/she will be the winner here.
sebab berjaya buat orang sakit hati
pesara askar ni pun salah,
pi campak lemang, hamun si peniaga,
n then amik video to play victim.
bak kata si abdul wahab dan abdul wahib,
siapa pun dalam donia ini pasti marah
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 23-4-2023 08:34 PM
Yg mangsa pun pg rakam video pun apa masalah? Nasib baik kena belasah dgn buluh lemang jer. Kalo ken ...
Sebab tu dia rakam dek, at least peniaga fikir 74 kali kalau nak bunuh pun sis. Takut masuk dalam live tiktok sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Verbal attack vs physical attack. Da sah2 la physical attack akan didakwa. Tu sebab kepala hangin tu kena jaga, jgn sampai mulakan physical attack, boleh kena charge atas battery. In this case, actually pakcik tu pun bole kena dakwa sbb menyebarkan video + bole disaman malu oleh peniaga lemang. Cara terbaik untuk selesaikan kes ni utk dua2 pihak, berdamai je la, settle luar court. |
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 24-4-2023 05:57 AM
kat malaysia ni, yg provoke tak kena charge.
yg kena charge, si polan yang retaliate.
kau bleh pg tuang air atas kepala pompuan..kemjdian rakam...dia akan menggila selepas tu
kemudian kau pegi report polis....selesai masalah..wanita tu masuk.lokap...???? |
|
|
|
|
|
|
|
Buluh lemang kau pun tak buka lagi lepas tu kau mengamuk mentah2 manalah peniaga tu tak bantai kau. Bodoh betul la bekas tentera nak tunjuk samseng. Last2 tak mentah pun. First time beli lemang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kat selangor, buka buluh tu belah dua kurang2 pun.
lps tu pastikan depa mmg bakor bubuh santan kat gerai tu kdg ada yg kukus dulu, bakor sikit2 je tepi jalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun punca , sapa guna fizikal attack memang menjawab laa |
|
|
|
|
|
|
|
elok suruh kedai je belah dan letak dlm bekas..baru tau lemang mentah ke tak
aku pun pernah dapat..mentah dan lemang mcm x hentak pun so isi dia separuh berkecai x padat..malas nak p komplen..aku maki dari jauh je lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu aku beli lemang. Adik tu belah dulu. Kemudian potong. Dia buang bahagian atas (panjang juga dia buang). Bahagian bawah pun dia potong sikit. Aku tanya kenapa...dia cakap kat bawah tu mendapan..makan tak sedap. Atas pula banyak lemak santan...memang tak elok masaknya lembik.
Aku suruh je bungkus asing. Sampai rumah, memang yang atas bawah tu tak OK.
Bagus adik tu. Siap cakap lagi - bang, kalau lemang ada masalah, datang je gerai...kita ganti lain atau refund |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 24-4-2023 09:03 AM
Hari tu aku beli lemang. Adik tu belah dulu. Kemudian potong. Dia buang bahagian atas (panjang juga ...
Kepala santan TU kalau kat kampung iols berebut oi..
Sapa yang peberet kepala santan semua berebut nak belah lemang..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg membeli pun kena ada adab
apooo main humban2
pagi tadi aku beli tulang kat au5
ada pakcik tu beli paru tapi marah2 sbb takmo ada trakea tu skali
siap main sentiment melayu
kurang ajar gak cara membeli tu
kesian bini dia ada laki begitu |
|
|
|
|
|
|
| |
|