View: 304|Reply: 0
|
Lelaki Lempar Wang Tunai RM800,000 Sebagai Hadiah Orang Ramai, Boleh Didakwa Kerana Buang Sampah di Lebuh Raya
[Copy link]
|
|
Pengguna jalan raya bagai mendapat durian runtuh apabila seorang lelaki membuang AS$200,000 (kira-kira RM883,800) dari tingkap keretanya.
Insider melaporkan, Colin Davis McCarthy, 38, mencampak wang berkenaan di lebuh raya yang sibuk di Amerika Syarikat (AS) sebagai ganjaran untuk orang lain.
 Kezi 9
Berikutan itu, pengguna jalan raya di Interstate 5 di Oregon memberhentikan kenderaan masing-masing dan keluar untuk mengutip wang yang setiap satunya dengan nota wang kertas AS$100 (RM442).
Polis Oregon berkata, McCarthy membuang wang itu dari tingkap keretanya di bandar Eugene kira-kira jam 7.20 malam pada 11 April.
Polis dalam satu kenyataan kepada KVAL-TV berkata, McCarthy yang tidak pernah didakwa atas sebarang jenayah, memberitahu dia berbuat demikian kerana mahu memberkati orang lain dengan hadiah wang.
Wang tunai itu dipercayai datang daripada akaun bank keluarga dan boleh diakses McCarthy.
Polis kemudian memberi amaran kepada McCarthy bahawa dia boleh didakwa kerana membuang sampah atau mencetuskan bahaya di lebuh raya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|