CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1535|Reply: 14

Lelaki Beli Toyota Yaris Harga RM8,000 Merana, Rupanya Kereta Curi! Tak Sempat Padam GPS Dah Kena Cekup

[Copy link]
Post time 17-4-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda diperdaya seorang individu untuk membeli sebuah kereta Toyota Yaris pada harga RM8,000 sahaja.


Menurut peguam Nur Shuhadah Mahzan, kegembiraan pelanggan yang dikenali sebagai Thomas (bukan nama sebenar) itu tidak berpanjangan apabila dia diheret ke mahkamah kerana membeli kereta yang tidak sah.


"ernah mewakili seorang tertuduh, Thomas yang dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi dengan curang. Di mana jika sabit kesalahan hendaklah dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tak lebih daripada lima tahun jika sabit kesalahan.


"Okey kisah dia begini. Chong contact Thomas, tanya nak tak beli kereta Toyota Yaris tak bayar ansuran dengan harga RM8,000 je? Thomas kenal dengan Chong ini dari kawan dia. Kira kawan atas kawan la. Chong kata condition kereta itu masih baik. Chong tunjuk gambar dan video dalam dan luar kereta.


"Thomas diberitahu yang pemilik kereta itu tak mampu bayar sebab dia dah hilang kerja. Betul ke tak, Wallahualam. Thomas pun setuju untuk beli kereta itu dengan harga RM8,000," ujar peguam dari Tetuan Nur Shuhadah & Associates itu.


Gambar Hiasan




Turut dikenali sebagai Shada, peguam itu berkata Thomas berjumpa dengan Chong di satu lokasi untuk membuat pembayaran sebelum dia diminta untuk masuk mengambil kereta tersebut di dalam sebuah apartment.


Malah, Chong turut memperkenalkan seorang lagi individu dikenali sebagai Siva yang akan membantu Thomas untuk menyahaktif sistem pengesanan lokasi (GPS) kereta tersebut.


"Chong kata nanti jumpa berdekatan dengan Apartment A di Medini, Kota Iskandar untuk urusan pembayaran kereta itu. Thomas pun bergerak dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Chong ditempat yang dijanjikan.


"Lepas Thomas bayar RM8,000. Chong pun beri Thomas kad access untuk masuk ke dalam Apartment tersebut. Chong kata kereta itu diletakkan di tingkat satu, Apartment A. Chong kata nanti Thomas panggil Siva untuk buang rekod GPS lama kat kereta ini.


"Chong beri Thomas nombor telefon Siva. Thomas pun call la Siva macam mana yang Chong suruh. Thomas pun share la location dekat mana dia berada pada Siva. Thomas bayar Siva RM150 sebagai upah untuk padam rekod atau history GPS kat kereta tu," imbasnya lagi.


Menurut Shada, pada waktu itu, Thomas dan Siva diserbu oleh polis dan mereka ditangkap kerana kereta tersebut dilaporkan hilang oleh pemilik asalnya sebelum ini.


"Apabila Siva dan Thomas berada di parking kereta apartment itu, sepasukan polis datang serbu. Menurut polis kereta tersebut dilaporkan hilang di Taman Kempas Utama, Johor. Nombor Pendaftaran yang digunakan adalah palsu. Nombor Pendaftaran sebenar adalah berbeza. Chasis dan nombor enjin sama.


"Kini, Thomas terpaksa turun naik Mahkamah untuk kes ini. Sekian, semoga Thomas berjaya menuntut keadilan bagi dirinya yang menjadi mangsa keadaan dan dikaitkan dengan sindiket kecurian motokar terbesar di Johor.


"Akhirnya dia mengaku salah dan dikenakan penjara dari tarikh tangkap sebab tak tahan duduk dalam Pusat Tahanan lama sangat," ceritanya lagi.


Menerusi perkongsian di Facebook, Shada turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menyemak kesahikan dokumen sebelum melakukan apa-apa pembelian.


"engajaranya, jika ingin beli kenderaan pastikan ada dokumen yang sah dan terus buat pindahmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jangan beli cash. Kalau nak beli cash mesti ada bukti pembayaran atau resit. Better transfer online. At least ada resit pinda hmilik.


"Berhati-hatilah kalau kereta dijual dengan harga tak masuk akal rendah. Mesti ada sesuatu tak kena. Cara penyerahan kereta pun pelik. Elakkan beli dengan individu. Better beli dengan syarikat used car yang authorised," pesannya lagi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 01:43 PM | Show all posts
Thomas tu pun bebal juga. Offer yang diberi memang too good to be true. kereta baru lagi, gigih nak beli jua dengan tawaran tak masuk akal. memang mendapat la kau. Cash la
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh Thomas, kau byk mkn taik eh?
Bebal kau ni mmg ke tahap unbelievable! Kalau kau mmg tak curi pun (whatever), kalau aku hakim, aku tetap akan masukkan kau dlm jail.
Sebab kau sgt bebal, it's a crime towards humanity
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:06 PM | Show all posts
benda baik tak semestinya baik buat kamu
benda tak baik tak sementinya tak baik utk kamu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:18 PM | Show all posts
thomas mana ni?  tomato ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 02:21 PM | Show all posts
too good to be true
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 02:26 PM | Show all posts
Nak menuntut keadilan konon. Thomas tu sah2 la tau kereta yang heols beli tu kereta curi. Boleh pulak bayar nak padam GPS history. Yaris kot. Bukan Nissan Sunny.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bertukar duka sekelip mata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2023 05:59 AM | Show all posts
hahahahah kereta 2nd pon xmungkin dpt rm8K la thomas..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat pusing cerita pura2 x tahu konon puiii la babi sial haramjadah subahat dgn pencuri kete
Benci i teringat kete i pun pernah kena curi jugak
Babi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Thomas buat2 bodo
Ada ke yaris 8k
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:31 AM | Show all posts
Thomas tau tu kereta curi, so, unlucky je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:57 AM | Show all posts
Scammer org yg jual kereta tu. Worst org yg kena scam masuk jel. Setakat scam duit mmg biasa la. Tapi kalau sampai masuk jel mmg melampau. Entah2 tuan punya kereta ada joint sekali. Mcm kebetulan pulak. Masa nk pi ambik polis standby dan serbu.
Dulu heboh main kereta Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 08:59 AM | Show all posts
Kan.... takkanla h takde common sense langsung si Tomas n fren ni.. harga 8k keta toyota apa je dapat?? kes ni pun mesti dah lama, zaman Yaris direct CBU, harga 100k lebih baru.. mmg patut masuk ke dlm..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak logic langsung harga kereta, takkan tak suspicious skit pun....mesti tau, tapi pura2 taktau....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057750 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list