CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1121|Reply: 18

Peniaga Bazar Jual Ayam, Sosej Dan Tongkeng Busuk! Siap Pakej Bakul Berdaki, Sarung Tangan Tak Pakai

[Copy link]
Post time 17-4-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelanggan dikenali sebagai Hasfaizal Hasan meluahkan rasa kurang senangnya sebagai pelanggan ketika singgah ke sebuah gerai menjual ayam goreng di bazar Ramadan di Melaka.


Dia mendakwa peniaga tersebut tidak mengendahkan aduannya dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata ketika dia memaklumkan tentang ayam dan sosej goreng yang dibeli berbau busuk.


"Rasa terpanggil untuk reviu satu gerai di bazar Ramadan di Melaka. Gerai jual ayam goreng dan sosej. Sungguh tidak bertanggungjawab dan tahu nak untung sahaja.


"ertama kali beli ayam berbau. Saya beritahu salah seorang pekerja perempuan tu (kemungkinan pemilik). Ingatkan ada tindakan atau penambahbaikan atau sekurang-kurangnya pulangkan duit semula dekat pelanggan sebab jual ayam busuk.


"Saya beli dengan duit bukan dengan daun kering. Tapi tak, kau (peniaga) buat-buat lupa. H***m betul," ujarnya pada hantaran di Facebook yang tular.




Foto: mStar




Berdasarkan foto yang dikongsikan, kelihatan terdapat tiga individu yang berniaga di gerai tersebut.


Bercerita lanjut, dakwanya, kunjungannya ke gerai sama turut berakhir dengan sesuatu yang mengecewakan.


Kali ini, sosej dan tongkeng goreng yang dijual pula didakwa berbau busuk dan liat teksturnya.


"Seterusnya anak menggelupur nak sosej bila lalu depan gerai dia. Nak tak nak kena beli juga.


"Terambil sekali satu tongkeng ayam. Ingatkan okay... Allahu! Berbau busuk juga dan liat macam plastik.


"Dia jual balik (makanan) yang semalam tak habis dipanaskan semula. B**gs*t betul!" katanya, geram.


Hasfaizal berkata dia sekali lagi mengadu kepada pekerja gerai mengenai apa yang berlaku.


Kali ini dia perlu menunggu pekerja tersebut memaklumkan tentang aduannya kepada bos atau pemilik gerai terbabit.


Setelah 10 minit menunggu, dia mendakwa tiada sebarang tindakan diambil malah mereka seolah-olah berpura-pura sibuk melayan pelanggan.


"Buat-buat tak pandang macam saya tunggul dekat situ. Tak apa. Saya memang tengok saja mereka semua. Dah lama tunggu, saya tanya mereka lama lagi ke nak saya tunggu? Masa saya tanya ni pelanggan dah tak ada sebab masih nak jaga aib dan tak nak memalukan mereka.


"Eh terus dengan tiba-tiba pekerja perempuan tengking dan marah-marah suruh saya bersabar. Dari tadi tunggu boleh buat tak nampak. Saya tunggu untuk tindakan daripada dia sebaliknya dimarah.


"Saya nak pulangan duit semula beli ayam busuk tadi. Hatta seringgit (RM1) pun duit saya. Saya beli dengan duit bukan meminta-minta dari kau. Masa beli laju saja ambil duit. Masa pelanggan nak keadilan, kau jual ayam busuk suruh orang sabar," luah Hasfaizal kesal dengan apa terjadi.


Menurut Hasfaizal lagi, pelanggan berhak untuk mendapat makanan yang setara dengan nilai dibayar.


Rata-ratanya setuju peniaga yang tidak jujur sedemikian diboikot supaya orang ramai tidak mengalami pengalaman sama sepertinya.


Dalam pada itu, tahap kebersihan perkakasan yang digunakan untuk menjual makanan turut menjadi pertikaian netizen.


"Weh alas tapis dia berdaki tak gosok ke bila basuh. Dia tak pakai sarung tangan ke bila pegang makanan nak cucuk ke lidi.


"Apron pun tak pernah basuh."


"Berkeladak bakul. Sarung tangan pun tak pakai. Memang patut pun kau kena viral. Berniaga pun tak ikhlas. Buat tambah dosa saja," antara komen netizen di Facebook. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 11:12 AM | Show all posts
pastu peniaga2 bazar kat melaka tu claim bazar dorang x laku ...bazar bunian bagai...phuiii...pengotor
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:17 AM | Show all posts
Bagus, kena ajar peniaga macam begitu, biar mereka rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:23 AM | Show all posts
dah kena sekali yet u boleh pergi same gerai untuk beli lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:49 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-4-2023 11:23 AM
dah kena sekali yet u boleh pergi same gerai untuk beli lagi?

aku pun tertanya2 soalan yg sama.....hadap jugak dah sekali terkena. alasan anak mintak, eh tak boleh ke kau carik kedai lain atau bagitau anak tak payah makan sosej hari tu, takde nya sakit anak tu kalau tak makan sosej utk 1 hari....kot makan pun dapat lah sosej busuk pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok.buat aduan je kat yang berkenaan
Padan muka depa...Kotor sungguh
Orang niaga..kau pung nak niaga..
Tapi cm haram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku memang x beli ayam2 goreng tepi jalan pasar malam bagai. Seram tgk minyak. Baik aku goreng je kat umah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape² pun mari kita qiyam di al khaadem damansara tonight. Bacaan imam nya merdu . Malam 27

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 17-4-2023 11:23 AM
dah kena sekali yet u boleh pergi same gerai untuk beli lagi?

Kann dr kau bising2 kat medsos
Ckp je la dgn anak tu kedai tu kotor
Sng sekali ajar anak jgn pegi kedai kotor
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 12:17 PM | Show all posts
ujung2 ni mmg xla nk g bazar dh
aritu teringin nk mkn ikan bakar..teringat ikan bakar ulat
terus aku bli ikan n bakar sndri jek...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:38 PM | Show all posts
tu pun kt fb ad gak si bangang bekap peniaga sial cmni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 03:57 PM | Show all posts
ayyo kau sebagai pembeli tak nampak ke betapa kotornya bekas tapis tu? masih gigih nak membeli? ayyooooo

aku mmg tak beli benda goreng2 camni..sah2 la stok yg tak habis semalam akan recycle. Tu belum lagi part minyak. Susah sgt ke korang beli je yg mentah kat pasar raya then goreng la sendiri kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengkike??

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:11 PM | Show all posts
jelitayu replied at 17-4-2023 11:49 AM
aku pun tertanya2 soalan yg sama.....hadap jugak dah sekali terkena. alasan anak mintak, eh tak bo ...

Ada bodohnya ye tak? Mmg dah aim kedai tu kotor, bukan x tau, cakap kukat2 depan anak 'kedai ni kotor nak oii..ulat merecik2 dlm ayam tu..kita beli kat kedai lain'
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:16 PM | Show all posts
jelitayu replied at 17-4-2023 11:49 AM
aku pun tertanya2 soalan yg sama.....hadap jugak dah sekali terkena. alasan anak mintak, eh tak bo ...

Pastu post kat socmed minta viral, untung2 dpt banyak like...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok jugak dia post supaya org yg pg bazaar ni tau. Kalau nak beli yg goreng2  mmg kena tgk depan mata. Glove tak pakai masa melidi tu dah nampak tak pegi kursus la kut, Tak tau la pulak kalau tak percaya kewujudan bakteria [em:3:]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jelitayu replied at 17-4-2023 11:49 AM
aku pun tertanya2 soalan yg sama.....hadap jugak dah sekali terkena. alasan anak mintak, eh tak bo ...

Klu i, i ckp depan peniaga tu dkt ank “xpayah beli sini, tgk tu bakul kotor. Yuck”
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jelitayu replied at 17-4-2023 11:49 AM
aku pun tertanya2 soalan yg sama.....hadap jugak dah sekali terkena. alasan anak mintak, eh tak bo ...

Xpon beli je sosej tu, pastu goreng kat rumah…bukan susah pon…celup2 tepung pastu grg
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2023 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongok gak dh terkena dok ulang p lagi beli
Pastu sosej boleh beli grg sndri je kt umah
Bakul berdaki yucks
Bab sarung tangan je i x setuju
Sbb sama kotor je sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list