View: 5727|Reply: 174
|
Nor Hidayah Bawa Anak Ke Gunung Jerai, Mandi Di Telaga Tok Sheikh Usaha Rawat Sihir
[Copy link]
|
|
Sebagai ibu, balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kembali sihat.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Hidayah membawa anaknya ke puncak Gunung Jerai, Kedah bagi tujuan merawat anak lelakinya yang didakwa terkena sihir sejak bayi.
Nor Hidayah berkata, kunjungan ke Gunung Jerai adalah untuk memandikan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey di Telaga Tok Sheikh sebagai salah satu usaha untuk melihat kanak-kanak itu kembali sihat.
"Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh. Semoga anak ibu kembali sihat seperti sedia kala. Amin. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kita semua," katanya.
Nor Hidayah berkongsi mengenai perjalanannya ke Gunung Jerai menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram pada Sabtu.
Dalam pada itu, Nor Hidayah berkata, selain memandikan Hamzah di Telaga Tok Sheikh, dia sempat solat di kawasan tersebut selain Gunung Jerai memberi ketenangan kepadanya.
"Alhamdulillah dapat solat di Telaga Tok Sheikh, rasa aura yang sangat luar biasa. Solat memohon pada Allah kesembuhan untuk anak ibu. Di Telaga Tok Sheikh ayahjang, atuk, kakak mandikan Hamzah. Air yang tak pernah putus-putus.
"Rasa tenang di sini, banyak sejarah Gunung Jerai. Dapat aura luar biasa dan terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga," ujarnya.
Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia tidak ambil pusing kata-kata netizen tentang tindakan dia berkongsi mengenai keadaan Hamzah memandangkan mereka tidak melalui apa dihadapinya.
"Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang nak cakap. Hanya Allah yang mengetahui semua ini sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa selama ini.
"Itu sebab juga ibu tak pernah nak letak video atau pun gambar anak ibu, sebab tahu setiap kali buat macam itu, pasti akan terjadi sesuatu," ujarnya.
Pada 2 April lalu, Nor Hidayah mendedahkan dia terkena sihir sejak Allahyarham suaminya meninggal dunia dan dua hari kemudian, abangnya iaitu Mohd Azmier Zamier pula mendakwa anak saudaranya itu diganggu setiap malam dan kerap keluar masuk hospital.
Nor Hidayah turut meminta bantuan orang ramai sekiranya tahu tempat perubatan Islam yang boleh dituju bagi merawat anaknya.
Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. - CARI
Sumber: mStar, TIKTOK HIDAYAH HAMZAH |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang I wish I can put a challenge kepada orang yang berubat tradisi ni jgn campur langsung perubatan moden. Prove your faith.
Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever know which one actually works?
|
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 15-4-2023 06:28 PM
Komen hang ni "Biasanya dorang campur2 dgn alasan tak salah nak ikhtiar then how will we ever kno ...
Enoch Fishing Net
of course lah idris jan jan jala ini kristian, dia yang uruskan nama kalimah Allah dalam Al-Kitab Injilliyyun Bible berbahasa mulayu tu |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 15-4-2023 06:32 PM
jan jan jala
jala itik jala ayam
berapa lubang kancil?
Kenapa kamu suka nyanyi lagu pelit |
|
|
|
|
|
|
|
semoga di berikan kesembuhan...
btw kat bawah gunung tu ada tapak candi lembah bujang rasanya...
boleh la kot try melawat sekali candi yang dah roboh tu minta syafaat avalokitesvara
|
|
|
|
|
|
|
|
haha.. perbezaan itu bukan keutamaan, perkara pulih itu yang jd objektif. .. tapi rasanya setiap satu tu ada peranannya masing-masing..saling melengkapi, hantu jadi gerun tengok mcm mcm manusia yg datang serang dia ..
|
|
|
|
|
|
|
|
B40 jahil agama je yg bawa anak mandi tempat pelik2... Hidup bergelumang dengan amalan khurafat & syirik |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 15-4-2023 06:55 PM
semoga di berikan kesembuhan...
btw kat bawah gunung tu ada tapak candi lembah bujang rasanya...
Jaga2 area tu keras. Ada sebuah restoren area2 jalan situ malam meriah ramai org besok pagi lalu takda.. ni local yg cakap! |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 15-4-2023 06:47 PM
Kenapa kamu suka nyanyi lagu pelit
Lagu kanak2 lama ni |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/22315
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sesuatu … |
|
|
|
|
|
|
|
Elok budak2 tu tkde apa2 Kang tk pasal ada benda ngikut balik |
|
|
|
|
|
|
|
Beraninya..tidak la aku nk bwk ank sampai ke situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh cuba Melukat di Bali selepas ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Madel at 15-4-2023 11:11 PM
Mcm makcik aku, teringin sgt nak anak lelaki siap pergi mandi n minum air Pulau Dayang Bunting kat Langkawi.
Ujung2 tetap keluar seketul lagi permpuan
terus dia tutup kilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Prgi umrah je sis.. bawa anak..minum air zamzam mna tau smbil2 Tu cari wali Allah. Mna tau ada..mcm Ada satu kisah ni, dia Ada saka..so prgi Haji ke umrah..sbb panas kot.. bnde tu lari ke kne buang oleh ustaz yg tau bnde cmni. Xigt dah.. bnde tu xdpt kcau |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah boleh bertawaf mengelilingi telaga itu, qiblat sejadah semua halakan ke situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|