CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 756|Reply: 13

Wanita Menangis Atas Jambatan Berjaya Dipujuk Orang Awam

[Copy link]
Post time 15-4-2023 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan pantas orang awam berjaya memujuk seorang wanita dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2, Putrajaya, semalam.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya mengesan satu hantaran TikTok menerusi akaun Edywoo mengenai seorang wanita berada di atas jambatan itu dalam keadaan menangis dan mencurigakan, semalam.


"Bertindak atas maklumat selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai, Unit Kereta Peronda Polis (MPV) bergerak ke lokasi dan membawa wanita itu ke Balai polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.






"Hasil siasatan dilakukan mendapati wanita berkenaan yang juga suri rumah berusia 30-an pergi ke jambatan itu kira-kira 11 pagi, semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Asmadi berkata, orang awam yang melalui jambatan itu dikatakan melihat wanita berkenaan dalam keadaan menangis jam 11.40 pagi, sebelum berjaya memujuknya.


"Soal siasat terhadap mangsa mendapati wanita itu mengalami tekanan perasaan kerana keputusan mahkamah ke atas satu kes tuntutan sivil tidak berpihak kepadanya.


"Wanita itu dikehendaki membayar sejumlah wang ekoran keputusan itu," katanya.


Beliau berkata, siasatan juga mendapati tujuan wanita berkenaan berada di jambatan itu bukan berniat untuk membunuh diri.


"Difahamkan, dia hanya mahu menenangkan perasaan akibat tertekan kerana keputusan mahkamah yang tidak berpihak kepadanya.


"ihak keluarga wanita itu dipanggil untuk membantu siasatan dan dia sudah dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut," katanya.


Beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan berhubung dengan pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang masalah serta tidak mengambil tindakan melulu.


"Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, boleh hubungi talian 03-88862222/2145," katanya.




Sumber: HARIAN METRO



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apesal pulak org awam xboleh buat sebarang spekulasi....?? patut nasihat orang awam xboleh buat sebarang tanda2x nak bunuh diri... Berderauuuu jantong anggota. Bomba....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan signboard dekat tepi2 jambatan tu
"Dilarang Meratib Hiba/ Menangis Berlebihan Disini"
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 09:18 AM | Show all posts
Kenderaan berat ikut kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana satu pompuan tu yg baju kaler purple mauve tu ke?

Kot ye nk meratap pi la mesjid besi tu ke apa duk atas jambatan mmg la org akan speku yg bukan2 sis.
Malam2 akhir ni sis amik kesempatan wat tahajud dan doalah sungguh2 naaaa.
Semoga sis dapat berdamai ngn takdir dan beroleh ketenangan di dunia dan di akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti laki dia yang punya pasal ni... Dah takda sbb lain dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi: Mana satu pompuan tu yg baju k ...


Setuju...kalau nak sangat cakap dengan Tuhan, nak meratap, pegu bersujud. Bukannya nak terjun jambatan.

Masuk ni dah berapa ppuan hampir nak terjun jambatan. Semuanya Melayu Muslim lak tu. Sis yang tak berapa beriman pun, at least sebelum nak mati dek org yg tak peduli kita, bersujud dlu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pekanwoohoo replied at 15-4-2023 01:18 AM
Kenderaan berat ikut kiri.

Jenis ni i tolak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2023 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrpnya suri rumah ni ada kwn baik...dah lebih 40 thn hidup ni i rasa utk reduce strress dan mental health healthy perlukan ada sahabat yg baik...satu yg mendengar masalah dan bg solution...satu yg ajak kita happy hours..satu yg tlg dlm urusan keje etc..of course dlm bersahabat kn ada timbal blk dan tolak ansur...sbb tu i biasa akan beralah dr segi cuti dan keje masa cuti utk sahabat2ku yg telah berfamili....nanti ada je rezeki Tuhan bg btk lain..yg penting x berkira sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
orangbiasaje replied at 15-4-2023 05:32 PM
Setuju...kalau nak sangat cakap dengan Tuhan, nak meratap, pegu bersujud. Bukannya nak terjun jamb ...

buat apa mengadu kat jambatan tu...
mula kan lah hidup baru..
easy to say tapi apa je option yg kau ada...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 12:42 PM | Show all posts
kes depression ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatan presint 2 ni famous betul dgn kes2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian.. mesti stress sangat sebab katanya kena bayar sejumlah wang atas kes yg dia kalah tu. ntah2 amount besar. surirumah, tak tau nak cari duit kat mana lagi agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
korang ni pung.....spiderman pung 'cakap'...setiap drp dia 3 orng tu...memasing ada tempat tuk menenangkan diri...bg la acik ni tenangkan diri dia kt situ..biar dia tenang nengok air tu mengalir(kot).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046923 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list