View: 734|Reply: 8
|
Tak Ada Kesan BCG, Mayat Wanita Dalam Beg Bukan Warganegara
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Rangka mayat seorang wanita yang ditemukan dalam beg bagasi dan ditinggalkan dekat kiosk sebuah perhentian bas terbiar di Kulai, kelmarin dipercayai bukan warga tempatan.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia berikutan hasil bedah siasat awal yang dibuat ke atas rangka mayat itu tidak menemui sebarang bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).
Bagaimanapun katanya, polis akan meneruskan siasatan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat yang boleh membangkitkan siasatan dalam kes berkenaan.
 Foto: Harian Metro
"Bedah siasat dibuat dan mendapati tiada kesan suntikan BCG di tubuh badan mayat, jadi kemungkinan besar mangsa bukan seorang warga tempatan.
"Mayat itu juga sudah dipotong kepada beberapa bahagian untuk dimuatkan ke dalam beg berkenaan.
"Maklumat lanjut kita masih siasat, namun kebiasaannya dalam kes seperti ini, motif kejadian biasanya akibat dendam," katanya ketika ditemui selepas melawat program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di laluan motosikal Plaza Tol Perling di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Perkeso Negeri Johor, Tong Sing Chuang.
Menurut Kamarul Zaman, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala wanita berkenaan dipercayai akibat dipukul objek tumpul.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan penemuan rangka mayat seorang wanita berusia 25 tahun itu dipercayai dibunuh sebelum ditinggalkan dalam beg bagasi di kiosk perhentian bas terbiar berhadapan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kulai.
Beliau dilaporkan berkata, rangka mayat berkenaan sudah mereput sehingga 50 peratus berdasarkan pandangan mata kasar dengan ada ulat maggot, dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..ramai je warganegara yg x amek vaksin..so x semestinya warga asing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya buat conclusion. Adajer ye possible rakyat tempatan yg tak amik bcg tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang la mak2 dulu tolak injection bcg..mak2 80-90 jaa yg gigih tolak bcg utk ank2 depa.xcaya p check tgk lengan mak2 yg tolak bcg utk ank tu..mmg ada bcg mark |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 15-4-2023 02:20 PM
Jarang la mak2 dulu tolak injection bcg..mak2 80-90 jaa yg gigih tolak bcg utk ank2 depa.xcaya p che ...
dah 2 minggu mayat tu makna kulit dah ada ulat beremut makna kulit tak intact so camne nk tahu parut bcg ade ke idak..... impossible boleh tahu hanya dgn melihat mayat mereput yg kulit dah jadi benyai segala camtu
polis dah jadi tongong dek GO dlm otak |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Cubaan menyondol laki orang ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah byk kejadian mayat di sumbat dlm luggage bag, kalau nmpk luggage bag kt tmpt pembuangan sampah, auto gigillll lututtt.. cepat2 call, tp tak semua pun ada mayat, ...
Ada yg buang saje2 mcm tuhhh.. kot roda tertanggal ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anggaran umur 25 kan? Yup, tanda parut BCG quite reliable. Zaman pra Covid mana ada lagi aliran pemikiran pro vax anti vax ni.
Kalau lelaki dorang tengok kote nak tau isle or not. Quite reliable juga.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|