View: 938|Reply: 10
|
Trend Sulam Nama Pada Kulit Popular Di Kalangan Remaja- Haram! Sama Hukumnya Macam Cacah Tatu
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Trend ‘sulam nama’ pada kulit kini menjadi trend dalam kalangan remaja, dianggap mirip kepada tatu tetapi bersifat tidak kekal.
Namun prosedur itu adalah haram dan dilarang dalam syarak sebagaimana mencacah tatu dan pelakunya pula hendaklah segera bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.
Itu penjelasan ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai status hukum sulam nama pada kulit yang kini semakin digemari remaja Islam.
Beliau berkata, prosedur ‘sulam nama’ pada kulit sebenarnya mirip atau sama dengan prosedur membuat tatu.
“Kami melihat prosedur pada kulit itu bukan bertujuan untuk rawatan, sebaliknya untuk kecantikan semata-mata, yang mana pada hakikatnya ia adalah mencacatkan kulit dan kawasan yang dicacah.
“Kami menasihatkan supaya sulaman nama yang dilakukan pada kulit itu hendaklah segera dihilangkan, jika ia tidak mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawanya.
“Sekiranya proses menghilangkannya itu mendatangkan kemudaratan, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan,” katanya menerusi portal Maktabah Al-Bakri.
Katanya, sebahagian ulama berpendapat bahawa tempat atau kawasan yang dicacah (untuk dibuat tatu atau disulam nama) sebagai najis.
Zulkifli berkata, perbuatan mencacah nama atau membuat tatu ini juga menyerupai perbuatan orang kafir, sedangkan agama Islam menuntut penganutnya agar berbeza dengan mereka.
“Saya ingin menasihatkan kepada remaja dan anak muda Islam agar bijak dalam mengikuti trend yang ingin diikuti dan menjauhi trend yang jelas-jelas bercanggah dengan cara dan gaya hidup seorang Muslim.
“Ingatlah sebagai seorang Muslim, kita turut diperintahkan untuk menjauhi segala perkara yang boleh mendatangkan tohmahan, persepsi negatif dan fitnah, sama ada kepada diri kita sendiri sebagai seorang individu Muslim,” katanya.
Sulam nama adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke lapisan dermis (lapisan kedua kulit). – CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sulam amende. Tatulah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah la harom.. tulisan pulak burok. Ko tulis pakai marker pen je lah dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Huduh noo 
Carilah font lain yg exclusive.. ni tulisan cam budak sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman 90an dulu, budak2 sekolah suka toreh lengan letak nama bf/gf.. Pastu panaskan duit syiling toreh dagu konon ala2 dagu berlekuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aneh2 gen Z ni. 1-2 generasi lagi melingkup la semua. Mak pak urban life style. Anak2 hipster, raver, rempit. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tukar nama aje trus halal ye..
dasar bebal |
|
|
|
|
|
|
|
yang bukan bukan ajer budak2 muda laa ni banyak benar 'pandai' nya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|