View: 6875|Reply: 109
|
Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman Terhadap Amelia Handerson
[Copy link]
|
|
Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur membenarkan saman yang dikemukakan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. terhadap Amelia Henderson berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan dalam saman itu secara jelas telah melanggar terma-terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.
Dalam prosiding hari ini peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku plaintif manakala Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia selaku defendan.
Foto: IG
Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.
Semasa perbicaraan seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.
Sementara Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Sebelum ini, media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.
A. Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekaligus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.
Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh, begitu pentingnya ada & patuh kontrak ya. Tapi tak dinyatakan berapa jumlah saman ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah….
don’t give face dato people like that |
|
|
|
|
|
|
|
Derih pilih untuk selesaikan di luar mahkamah, entah berapa kena bayar tu? jangan hujung2 kena servis benda bersawang berkedut sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka AH
Tu la...tak reti baca kontrak tapi gigih nak proceed lawan saman
Dah terang2 kot ko langgar kontrak |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 7-4-2023 10:37 AM
Derih pilih untuk selesaikan di luar mahkamah, entah berapa kena bayar tu? jangan hujung2 kena ser ...
Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Sivil, di sini, kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
Hakim Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
- Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 rugi duit rm200K. Dlm hal ni pada aku Idris Khan bijak settle tepi. Mengalah bukan bermakna tak ada maruah or bodoh. Hidup ni kena bijak. Lain la kalau kau mmg kaya raya smpaikan duit RM200k tu mcm RM20 je nilainya. Aku tak rasa AH ni kaya |
|
|
|
|
|
|
|
tadi baca news kata RM90,000 kau kena bayar
nangis |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 7-4-2023 10:41 AM
Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah ...
banyak nye
nelydia tu pun kene bayar ngan cosmetics apa ntah …ratus ribu lah gak
langgar contract
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbang 200k nak raya ni, mintak tolong bf bayar yek |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah sign kontrak kena akur
Xleh lari dah..
Huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dah mmg salah tapi still acah2 innocent |
|
|
|
|
|
|
|
Amelia masih sambut raya lagi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 7-4-2023 10:41 AM
Kuala Lumpur: Pelakon, Amelia Henderson, 28, diperintahkan membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah ...
Kalau settle tepi takde la kena bayar banyak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian...byk tu rm200k....huhhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
at first kenapa 2 orang pelakon tersebut langgar kontrak? takkan begitu bengap sekali nak langgar kontrak...mesti ada sebab. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la penangan langgar kontrak. |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 7-4-2023 11:02 AM
Bungnuar ada..hehehheheh
ewww....bangnon too old to try pick up line....
bernafsu lak dgn pmpuan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|