CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2375|Reply: 24

Suami Nekad Nak Cerai Lepas Kecewa Tengok Muka Isteri Tanpa Solekan Pada Malam Pertama

[Copy link]
Post time 6-4-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING – Seorang lelaki di China nekad menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pada malam pertama perkahwinan mereka.


Detik melaporkan, lelaki bernama Cao itu berkenalan dengan isterinya, Trang melalui media sosial. Perbezaan usia mereka agak jauh kerana Cao berusia 30 tahun, manakala isterinya pula 47 tahun.


Walaupun usia mereka berbeza 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk menikahi Trang terutamanya apabila wanita itu sentiasa tampil dengan solekan dan pakaian bergaya.




Gambar Hiasan




Selepas pertama kali bertemu, Cao tertarik kepada Trang kerana cantik, penyayang, yakin dan matang. Latar belakang keluarga mereka juga hampir serupa.


Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka tetapi belum didaftarkan secara sah.


Pada malam pertama, kegembiraan Cao pudar apabila dia melihat wajah Trang selepas menanggalkan solekan.


Cao berasa terpedaya dan tertipu dengan solekan Trang sehingga tidak mengenali wajah sebenarnya. Dia kemudian memutuskan untuk bercerai dan menghalau Trang dari rumah.


Akibat berasa kecewa kerana sikap suaminya, Trang lantas memberi dua pilihan kepada Cao.


Pertama, perkahwinan mereka didaftarkan dan terus tinggal bersama. Kedua, pasangan itu akan bercerai, tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).


Merasakan bahawa dia adalah mangsa dan menilai bahawa tuntutan Trang adalah tidak munasabah, Cao juga meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.


Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 10:53 AM | Show all posts
moral of the story..dating dating lah dulu..2-3 thn
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:11 PM | Show all posts
Simunggu replied at 6-4-2023 10:53 AM
moral of the story..dating dating lah dulu..2-3 thn

hidup tak seindah drama, pelakon bangun pagi dah siap bercelak bagai
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:18 PM | Show all posts
Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak.

ayat boleh mengundang kemarahan acik2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:19 PM | Show all posts
wanita ni kalau dah cantik tanpa mekap, memang dia akan lagi cantik apabila mengenakan mekap...

wanita yg mekap tebal selalunya huduh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 12:59 PM | Show all posts
Simunggu: moral of the story..dating dating lah dulu..2-3 thn

kena nikah dulu utk tengok tanpa makeup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2023 01:03 PM | Show all posts
ifanonline replied at 6-4-2023 04:19 AM
wanita ni kalau dah cantik tanpa mekap, memang dia akan lagi cantik apabila mengenakan mekap...

wan ...

rasanya boleh buat movie suami curang tidur dengan perempuan lain.
perempuan tu cantik. habis tidur suami keluar bilik
perempuan tu bergegas balik rumah buang makeup.
suami balik masuk bilik nampak isteri tengah tidur.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aduh nakkk. macam macam. kaget ya mas, malem pertama. beda sekali wajah nya. gituuuu hahahaha. kena nengok dua versi nampak gayanya : mekap dan tanpa mekap. heee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 6-4-2023 12:59 PM
kena nikah dulu utk tengok tanpa makeup.

Dah nikah pastu tgk muka bini cam bibik camner nak gostan. Dating ler, jgn kasi gambar filter..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 02:52 PM | Show all posts
Kisah satu dalam seribu if not outright menipu

padahal dah check habis body engine siap test drive lagi

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:20 PM | Show all posts
Simunggu replied at 6-4-2023 10:53 AM
moral of the story..dating dating lah dulu..2-3 thn

ajak pegi mandi pantai, mandi pool, waterworld themepark, 5D cinema, tengok movie terpercik air
atau atau, lebih afdhooolllll

ajak pi masjid, solat berjemaah. giteww
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:25 PM | Show all posts
Gambar mana? Nak tengok bukti
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
skrg mana ada org jujur, berkahwen sbb cantik sbb kerja gomen sbb mau buat bibik
Bila x sekufu selayaknyalah bini alim jadi bibik suami miang skandal sana sini, bini kerja gomen laki xkerja duduk rumah main game,  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-4-2023 12:19 PM
wanita ni kalau dah cantik tanpa mekap, memang dia akan lagi cantik apabila mengenakan mekap...

wan ...

Kejam ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 7-4-2023 08:24 AM
zuuu replied at 6-4-2023 06:48 PM
Kejam ko

Ada kawan aku laki dia sebelum kawin masa dating, sebelum kahwin suh bukak tudung kejap 5 minit nak tengok rambut ok ke tak. Pernah jugak dengar ada orang cerita kat Arab, ada yang sebelum kahwin buat majlis ke upacara ke apa gitu lah sebab bakal laki nak tengok pempuan tanpa hijab dulu sebelum kawen. Takut nyesal terkahwin pempuan botak/rambut macam nak lampir kut.

Nah aku tepek sini, cerita orang Arab, amik kat FB Saiful Nang

KEROSAKAN DI BUMI SUCI : BAGAIMANA LELAKI ARAB MEMILIH ISTERI

Mungkin ini sekadar satu kesinambungan dari banyak posting saya yang mengajak ramai untuk muhassabah diri kita sebagai umat Islam agar memikirkan letak duduknya Islam pada hari ini. Bumi Mekah penuh berkah bumi Madinah penuh hidayah dan keduanya terlakar sejarah keperitan nabi Muhammad s.a.w membangkitkan Islam.

Zaman gelap bertukar menjadi zaman terang dengan petunjuk dan ketamadunan. Hari ini, cerita tentang masyarakat Arab tempatan dalam soal pemilihan jodoh.

Semasa trip haji dan umrah yang lalu, saya berkawan dengan orang tempatan. Cerita ini diceritakan oleh beliau dan juga beberapa orang rakan yang lain. Orang Arab Mekah memang susah nak berkahwin. Hantaran yang agak mahal (purata 100,000 Riyal tidak termasuk belanja perkahwinan) menyebabkan ramai yang memilih untuk jalan alternatif seperti wanita Mesir, Syria dan tak kurang juga wanita Indonesia juga Melayu. Selain dari itu, hubungan terlarang juga selalu terjadi seperti yang pernah saya post dalam status sebelum-sebelum ini.

Disebabkan harga hantaran yang mahal, dan lumrah wanita Arab berkelubung dengan jubah dan purdah, maka dengan melalui perkhidmatan "broker" dan juga saudara mara, mereka ini dipertemukan dalam acara merisik. Merisik satu perjumpaan yang tiada komitmen. Ibu bapa jadi tertekan kerana anak-anak gadis mereka tidak berkahwin melewati umur yang lanjut.

Maka dengan itu, merisik sudah menjadi seperti satu acara jualan untuk si lelaki melihat sendiri si gadis dari satu tirai luar dengan keizinan ibu bapa si gadis. Di situ, satu kemaksiatan juga telah berlaku. Bapa dan ibu yang terdesak juga anak gadis yang mahu mempromosikan diri akan sengaja berpakaian sangat seksi. Sehingga digambarkan memakai spaghetti strap tidak bercoli dan hanya berseluar dalam sambil membuat aksi yang erotik sehingga menjadikan lelaki yang melihat tak keruan dek terlihat nasi lemak yang separuh terbuka bungkusannya sehingga boleh terlihat sambalnya.

Si lelaki pula bukan bersendirian, biasa datang dengan rombongan yang merisik. Ia dah jadi seperti satu teaser ataupun satu pandangan yang saya boleh gambarkan seperti menonton "aquarium manusia" di kabaret-kabaret pelacuran di Pat Pong, Bangkok. Tetapi ini bukan di Bangkok sebaliknya ini berlaku di Tanah Haram.

Semasa saya bersama rakan saya, ibu bapa perempuan itu beberapa kali menghantar SMS bertanyakan sekiranya jadi ataupun tidak untuk diteruskan peminangan dan perkahwinan dan masih bernegosiasi dengan wang hantaran. Sampuk seorang dari rakan-rakan saya di situ, beliau berkata "Arab women is nice…they are expensive but you can see them stripping if you say you want to marry her to their parents…then the parents will arrange the VIEWING session".

WOW!! saya tercengang dengar cerita mereka. Cerita ini timbul apabila saya bertanya mereka bagaimana memilih calon isteri jika mereka kesemuanya nampak sama apabila bertutup keseluruhannya kecuali mata. Saya juga tahu dalam Mahzab Hambali sekalipun, semasa bertunang, dibolehkan bakal suami boleh melihat aurat bakal isteri dari rambut ke leher juga betis. Tidaklah sampai jadi macam strip girl di kabaret pelacuran. Mekah dahulu asalnya Jahilliyah dan kemudian menjadi ketamadunan dengan Islam bawaan Nabi Muhammad SAW dan kini ia kembali Jahilliyah. Saya faham, cerita ini jarang diceritakan kerana ramai yang tidak tahu sekiranya tidak mula mengambil tahu ataupun memulakan pertanyaan.

Jika Nabi masih hidup, nabi pasti bersedih.

Catitan travelog
ABANG HAJI SAIFUL NANG


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2023 08:08 PM | Show all posts
Contoh make up yang berjaya... silakan belajar semua .  



Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat kes streamer cikki cina
muka toleh terus hilang filter muka tirussss
ujung2 muka ahsooooo
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 10:02 PM | Show all posts
la takde gambar ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
haruk sangat kah rupa paras sebenar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064246 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list