View: 6922|Reply: 65
|
Dah 4 Tahun Kahwin Dengan Suami Gay- Langsung Tak Disentuh Tapi Mak Suruh Reda Je
[Copy link]
|
|
Seorang wanita tidak menyangka suami yang dikahwini empat tahun lalu merupakan seorang homoseksual atau gay.
"Aku kenal dengan suami, member yang perkenalkan. Sejak Oktober 2020, suami aku memang tak sentuh aku sampai sekarang. Macam mana aku tahu? Semua kuasa Allah.
"Aku pelik kenapa dia tak nak sentuh aku sebabkan hal remeh, contohnya penat. Bergaduh saja, dia akan tidur luar.
"Aku bukan jenis periksa telefon bimbit, bukan jenis cemburu buta. Aku buat solat hajat, solat tahajud, berdoa bersungguh-sungguh.
"Februari 2021, aku dengar notifikasi Shopee dekat tab. Kebetulan tab dia selalu guna tinggal dekat rumah. Aku buka sebab aku agak-agak password. Aku jumpa Twitter 'dark side' dia... chatting dengan lelaki. Macam-macam aku jumpa," luahnya.
Gambar Hiasan
Tambah wanita itu, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa, melainkan ibunya.
"Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Mak aku dah berusia 70 tahun lebih. Mak aku cuma cakap, 'reda, kalau buat keputusan jangan ikut perasaan'. Tapi sampai bila?
"Aku memang berkerjaya. Dekat tempat kerja aku memang happy go lucky. Pendek kata aku memang seorang yang ceria dan kelakar. Kawan-kawan aku ingat aku tak ada masalah," luahnya di media sosial.
Bagaimanapun wanita ini bersyukur kerana dia tidak dijangkiti sebarang penyakit yang berisiko yang mungkin berpunca daripada tabiat suaminya.
Dalam masa yang sama, dia menganggap ketiadaan zuriat sepanjang empat tahun berkahwin merupakan hikmah daripada Allah.
Sungguhpun hanya bergelar isteri di atas kertas, wanita ini berkata di sudut hatinya, dia mengharapkan suaminya akan berubah kembali ke pangkal jalan.
"Dia cakap nak berubah tapi berubah dekat mulut saja. Dan aku pun tak tahu kenapa aku mampu bertahan sampai sekarang.
"Suami aku seperti gunakan aku, married with benefit. Aku cuma nak kekuatan untuk buat keputusan. Aku nak pergi dari dia. Terima kasih dengar luahan aku. Aku bukan buka aib dia.
"Kepada yang bujang, hati-hati memilih. Handsome atau tidak, tapi kalau dasar 'pelangi' (simbol LGBTQ), memang susah nak ubah. Kahwin sekadar nak menutup aktiviti ko-kurikulum.
"Doakan aku dapat buat keputusan demi kebahagiaan aku dengan mak aku. Semoga di bulan Ramadan ni ada keajaiban untuk aku," akhirinya.
Di ruangan komen ramai yang menzahirkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan malah menasihatinya agar mendapatkan pandangan daripada pakar kaunseling.
"endam seorang diri takkan selesaikan masalah. Cari orang yang ada kelayakan dan kepakaran. Puan bawa suami sekali sebab yang bermasalah itu suami," komen seorang netizen.
Dalam pada itu, ramai yang menasihatinya agar 'angkat kaki' daripada terus berharap kepada sesuatu yang belum pasti.
"Sis, berdasarkan pengalaman saya, dia takkan berubah. Dia boleh berubah kalau dia yang nak, tapi memang susah. Pilihan di tangan sis.
"Benda ni (songsang) bila terkena sekali, memang susah cari jalan keluar.
"Tak ada keperluan untuk menunggu lagi. Tempoh empat tahun tu pun dah terlalu lama untuk menunggu," demikian komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
'Kawin sekadar nak menutup aktiviti ko-kuriKOLOM' - dasyat ayat akak nie, ni dah marah sgt hehee |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh bodoh tunggu lama2.. angkat kaki je la.. ke miskin sangat nak buat action apa2 and mengharap NAFKAH ZAHIR dari laki rogayah? |
|
|
|
|
|
|
|
Angkat kaki je
Bermadu dgn lelaki plak TU..eeee... |
|
|
|
|
|
|
|
xke kita jd berdosa sbb membiarkan laki kita gay
makna merelakan perbuatan yg salah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dari ada pompuan lain, elok la ada laki lain..
at least sama laki, dorang tak leh kawin kau pun tak bermadu
hashtag bukan penyondol gitchuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa jgak yg aku kenal lelaki gay kawin perempuan, buat MOU la.. No sex tapi nak zuriat. So dorg buat IVF. Skrg dah 5 org anak dia. 2x twin. Nmpak bahagia. Mgkin wife dia pon jenis x suka seks. |
|
|
|
|
|
|
|
tersalah pilih laki..merana diri...angkat kaki jelah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga, adakah bila tengok bini dia, barang tu tak naik langsung? memang dia takde selera langsung dgn bini dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
"Aku memang berkerjaya" abistuuu tunggu apa lagi kak oiii aduhhh cari penyakit betul |
|
|
|
|
|
|
|
Another kisah dongengan Mashitah untuk content ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Oktober 2020 sampai sekarang March 2023 baru 2 tahun 5 bulan, macam mana ko kata jadi 4 tahun?
btw, maafkan mak dia (dan siapa2) yang suruh sabar dan jumpa kaunselor sebab mereka kurang membaca therefore naif pekat.
Moga terbuka hati mereka untuk join forum.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau xnk cerai cari la skandel makan luar |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 29-3-2023 08:47 AM
Sapa suruh bodoh tunggu lama2.. angkat kaki je la.. ke miskin sangat nak buat action apa2 and mengha ...
Saya stuju cercaan inih
|
|
|
|
|
|
|
|
takyah tggu kekuatan sgt laa...benda terang2 takde benefit apa kat kita blah je la.
entah2 dia tgk pompuan pun jijik |
|
|
|
|
|
|
|
Eh tapi dari post tu yang sebut berkerjaya tu the lady la kan? Dia cakap dia berkerjaya dekat office pun happy go lucky sampai org tak tau dia ada masalah. So kalau dah kata berkerjaya mintak cerai je lah, apa bengong nak mengharap laki tu lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
lerrrrrr...kata bekerjaya...tinggal je laki camtu...ko nak tunggu lelama pun, laki tu tetap suka aktiviti Kokurikolom...
buang masa je nak tunggu berubah padahal ko boleh ada kebahagiaan sendiri kot..
pelik la pompuan jenis mcm ni..nak reda tak kena tempat..kalau org dulu dulu tu, aku paham jugak laa..semua ikut telunjuk bergantung harap nafkah...
yg pompuan ni, dok mintak nasihat mcm2..padahal dah boleh make a move pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn sis ada kena camni dulu..kawin family arranged..dpt engineer muka pun hensem...rupa2 takde nafsu kat pompuan...habis kwn sis kena pukul setiap kali depa cuba nk bersama...mujurlah kwn sis lawyer...dapat la cerai cepat lps tu |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 29-3-2023 10:59 AM
Rasa jgak yg aku kenal lelaki gay kawin perempuan, buat MOU la.. No sex tapi nak zuriat. So dorg bua ...
Laki dia ada boyfriend tak.. kalau takde and tak buat benda terkutuk may be la ada bini yg sanggup bertahan |
|
|
|
|
|
|
| |
|