CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6939|Reply: 78

Najib Dah Berulang Kali Bagi Amaran, TH Tak Mampu Tampung Kenaikan Kos Haji

[Copy link]
Post time 23-3-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah memberi amaran bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan mampu menampung kenaikan kos haji lalu harga pakej haji terpaksa dinaikkan.


Penganalisis politik, Lim Sian See menerusi hantaran di Facebook berkata, Najib juga berulang kali beri amaran sejak Januari 2019 bahawa kadar hibah TH akan turun serendah 3.0 peratus pada tahun-tahun berikutnya.








Menurut beliau, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat ramalan tersebut selepas kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH) menukar strategi pelaburan TH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memberitahu, kos menunaikan haji bagi tahun ini akan meningkat kepada RM30,850 setiap jemaah.




FB




Isnin lalu, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, golongan T20 perlu membayar kos penuh manakala jemaah M40 pula sebanyak RM15,980, setelah ditolak bantuan kewangan haji 48 peratus.


Golongan B40 yang menikmati bantuan kewangan haji 61 peratus kekal membayar sebanyak RM10,980 seperti sebelum ini.


Sian See menambah, Najib juga pernah mencadangkan penyelesaian yang boleh diambil kerajaan bagi membolehkan TH menjana keuntungan yang lebih tinggi.


Beliau memberitahu, antara cadangan bekas Menteri Kewangan itu adalah pelaburan hartanah oleh TH melalui pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Namun, kata Sian See, sebelum PRU14, ramai pihak yang membantah pembelian tersebut sehingga menyebabkan TH menjual semula tanah tersebut kepada kerajaan PH.


Menurut beliau, situasi berbeza dialami oleh WCT Holdings Berhad (WCT) yang membeli lot tanah bersebelahan dengan yang pernah dimiliki TH di TRX.









“Syarikat WCT cool saja. Terus majukan projek yang bernilai RM1.4 bilion mereka untuk untung besar manakala TH sudah terlepas peluang.


“Untung ratusan juta yang boleh digunakan untuk kekalkan subsidi haji ataupun naikkan hibah terlepas,” jelasnya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 01:39 PM | Show all posts
BIASALAH...ada dulu macai pakatan cakap macam2 sebelum pru14 pasal pembelian TH untuk tanah TRX tu, tapi terntyata muntri salah titik perpuluhan yg merupakan akauntan fail ditambah muntri kekanda yg tak ada pengalaman dalam uruskan public trustee fund tak mau dengar dan nak nampakkan pentadbiran dulu menyeleweng, at last apa jadi?? dividen rendah dan kos haji meningkat dan camana TH nak tanggung?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:51 PM | Show all posts
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, anak-anak pun dah kerja bagus. Biar je lah siapa yang betul-betul mampu baru pergi sana. Bertambah dengan populasi orang Melayu pun makin banyak, tak perlu bagi subsidi apa semua ni dah.

Kalau yang miskin tak mampu nak pergi Haji tu, tak payah lah sibuk nak pergi, sebab tak wajib pun pasal kau pun tak layak dari segi kewangan. Kau orang nak sangat tengok Kaabah, pergi umrah dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laa sgt. Sampai bila nak tongkat
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 01:59 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...

Exactly!  sangat2 setuju

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:11 PM | Show all posts
buat apalah ditukar strategi pelaburan TH....
kembalikanlah seperti dulu...agar dapat memberi hibah yg tinggi kpd penyimpan disamping dapat memberi subsidi kepada jemaah haji.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 02:13 PM | Show all posts
tgk pakej swasta haji dah nik jadi double sbb muassasah utk T20 dah Rm30k...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:14 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...

kerajaan buka TH untk permudahkan rakyat pegi haji, belum tentu kita banyak duit boleh sampai ke Mekah tu..
ada yg dah sampai airport tinggal nak naik flight tup2 visa hilang, kena balik rumah...
kalau u muslim I doakan Allah beri hidayah wallahu alam, mesti u pernah dengar ayat permudahkan urusan org Insya Allah urusan kita dipermudahkan
paham2 sendiri lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 02:15 PM | Show all posts
Kalau yang miskin tak mampu nak pergi Haji tu, tak payah lah sibuk nak pergi, sebab tak wajib pun pasal kau pun tak layak dari segi kewangan. Kau orang nak sangat tengok Kaabah, pergi umrah dah lah.


ayat ni mendongak ke langit sangat ni, jgn sampai esok lusa u pulak jatuh tergolek dog...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:17 PM | Show all posts
tak apa...kalau tak puas hati nanti kita tukar balik..YB2 berkhidmat utk rakyat ka rakyat berkhidmat utk YB? Sila pilih yang mana satu memenuhi keperluan kita...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:21 PM | Show all posts
pokcik tak mampu nak pergi haji dan umrah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 23-3-2023 02:15 PM
ayat ni mendongak ke langit sangat ni, jgn sampai esok lusa u pulak jatuh tergolek dog...

betul la tu dah kalau kita tak mampu tak perlula merintih hiba. mampu ni bkn kewangan semata. kalau berduit tp melepek je badan sakit itu ini pun tak mampu. dah dlm islam pun kata wajib bagi yg berkemampuan. melainkan doa seikhlas hati diperkenankan dan dijemput Allah ke sana maka pergi la kita wpun hrga mahai supe bedil pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bak mai la  duit negara yg berkepok2 simpan tu sampai berhari2 kira pun x abeh. rasa mampu dah tampung semua kenaikan kos.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:57 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 23-3-2023 01:51 PM
Zaman sekarang tak perlu dah tolong-tolong orang pergi Haji ni. Ekonomi ummah dah bertambah baik, an ...

betulll...klu xmampu x jatuh wajib pn pegi haji...pegi je umrah dlu yang terbuka 10 bln ada msa n pilih lh pakej yg hrga lg rendah drpd pegi haji..
sama je pahala nya klu dh sampai sana fokus ibadat sungguh2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:00 PM | Show all posts
soalnya skrg B40/M40 lg mampu pegi haji dari T20 paras minimum nk ke M40 bila gomen buat mcm ni....sbb jauh gila beza harga T20 dgn B40
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 03:05 PM | Show all posts
siapa lantik pengerusi TH yang dot.dot.dot. itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 23-3-2023 03:00 PM
soalnya skrg B40/M40 lg mampu pegi haji dari T20 paras minimum nk ke M40 bila gomen buat mcm ni....s ...

Betul sgt..mana blh pukul rata semua T20 lena byr rm30k...beza byk wehhh T20 gaji rm16k dgn T20 gaji rm40k...sakit hati pulak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:25 PM | Show all posts
tak mampu tanggun kenaikan kos haji ni ni apa maksudnya?

memang orang expectkah tabung haji sentiasa boleh maintain kos? memang tak bolehkan..

kata-kata spt kalau tabung haji buat mcm ni patutnya dapat begini adalah sangat kabur .. tak semestinya perancangan akan tercapai spt itu kerana kesilapan boleh berlaku dimana-mana... lagi pun dah rakyat pilih kerajaan dan pm masa tu pulak dah pilih menteri kewangan dan pentadbir tabung haji siapa.. kena hadaplah prestasi orang-orang tersebut...

....tapi memang baguslah najib jadi pengkritik kerana memang dia pembangkang..tetapi setakat itu sahajalah, dia pun buat kesilapan yg bukan kecil kpd negara dan rakyat malaysia.. katalah najib menjadi pentabir th pun masa tu, tak akan mampu tanggung kos dan maintain bayaran haji selamanya..

.. jika dilihat dari tulisan forumer diatas, isunya yang kelihatan bermasalah ialah kerajaan melalui tabung haji memberikan layanan kepada orang kaya dan miskin yang berbeza... yg orang kaya kata tak adil.

orang kaya aku rasa tak ada masalah nak bayar penuh, kecualikan mereka dari giliran yang bercampur aduk dengan gililran orang miskin, selagi ada kuota berikan kepada mereka orang kaya dan mampu... kuota lebih yang tidak diisi oleh orang kaya maka itu barulah ikut giliran dan kuota haji. .. pentadbiran kewangan th kepada orang kaya itu tak perlu, cuma operasinya dah cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
macam mana kos haji ni TH kenalpasti penama masuk  kategori apa ya? mak aku surirumah tak bergaji, masuk kategori M40..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya sebelum ni elok je TH bagi dividen tinggi dan keuntungan pelaburan TH juga sangatblumayan

Tapi setelah ubah strategi, tetiba tak mampu bagi dividen macam dulu

Persoalannya, kenapa strategi diubah? Sape jaki sangat bila TH buat duit?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056257 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list