CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9841|Reply: 66

"Saya Adalah Ubah Sikit Hidung Ini..." Zarina Zainuddin Mengaku Ubah Hidung Lepas Bedah Buang Cecair

[Copy link]
Post time 10-3-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon Zarina Zainuddin, 52, yang mengalami masalah sinus teruk sebelum ini berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatannya.


Memetik Gempak, tidak pernah menyangka akan mengidap penyakit itu, Zarina berkata dirinya bersyukur apabila masalah tersebut semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya.


"Alhamdulillah keadaan sinus saya semakin berkurang, cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.


"Masa saya operate dan buka di bahagian hidung doktor dah buang cecair tersebut, tetapi katanya cecair itu akan bergerak. Migraine saya pun sudah semakin baik.

"Saya tak tahu langsung ada sinus, setahu saya anak saya yang Azal tu ada sinus. Masa saya pergi luar negara, cuaca sejuk sehingga buat hidung saya gatal. Kemudian check doktor dia kata itu sinus," katanya


Zarina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di ibu kota pada Khamis.


Dalam masa sama, aktres tersebut turu mengakui usai menjalani pembedahan membuang cecair, dia da melakukan pembedahan di bahagian hidung agar kelihatan lebih cantik.


"Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak kan nak biar muka tak cantik kan.

"Saya tak adalah ubah sangat hidung ini, kalau betul-betul buat baik saya tegakkan lepas itu mancungkan hidung ini," ujarnya.


  



Selain itu, Zarina turut berkata dirinya enggan mengambil pusing mengenai cakap nakal netizen yang menuduh dirinya membuat pembedahan muka tanpa periksa.


"Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga.

"Saya ini pun dah tua, malas nak fikir pasal masalah. Nanti saya jadi orang gila layan manusia. Tak elok asyik nak marah dan dengki dengan orang. Kena selalu positif," tambahnya.


Sekadar info, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata lelaki, sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).


Dua daripada empat cahaya mata mengidap autisme - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 11:16 AM | Show all posts
tak sikit la macam tu..macam banyak je
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:18 AM | Show all posts
operate sinus bukan bahagian dalam hidung ke.minor je pun kan.apa kena ngena hidung berubah bentuk pulak sampai nak repair??
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinus jugak yang nak dijadikan "modal" ubah hidung...
Dah kena hencap, baru nak ngaku...itupun x 100% mengakunya...ketara sangat kot hidung tuh berubah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni mcm lain rasanya kenyataan yg diberikan. Hari ni bgtau ada buat pula. Apa2 ajelah acik oiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
last2 mengaku jugak ada repair hidung lepas operate sinus..agaknya dia menyesal tak..sebab muka sebelum lagi elok..sebelum ni gigih kata filter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke leh hilangkan migrain? Sbb iols dah taktahan la ngn migrain ni.
Makin kerap plak, iols pun ada alahan hidung dan sinus.

Kalau wat allergy test ni rasanya mcm2 lagi alahan yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:25 AM | Show all posts
awatla pi sampai ubah muka jd huduh macam ni. sayang betui padahal cantik elok dah dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 11:33 AM | Show all posts
muka asal lagi cantik dari hidung baru ni mcm pelik dah mukanya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:47 AM | Show all posts
cantik macamana pun meols tetap trauma dengan hutan amazonia belantara kak long sampai sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 10-3-2023 11:51 AM

Tu pun Ada hati gunakan ayat jumpa di Padang MASYAR... Phuuuit!

Hidung buat beribu2... EPILATOR JANGAN LUPER BELI GUNAKANNNN SEMAKS! SAMPAI SEKARANG TERIMBAS INGAT!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:14 PM | Show all posts
arituh kemain hentam netizen yg tegur pasal hidung dia
tetibe arini mengaku pulak
ingat netizen bodoh tak reti beza

jujurnya, muka makcik sebelum ubah hidung lagi lawo dari sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
acah2 tak ngaku tetiba ngaku..sikit je tapi nampak mcm byk je..kesian sinus dipersalahkan kena operate idung..seblm reno elok lagi dari lps reno..harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lawa.....lawa yg asal dulu lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pelakon knp... Terus di halal kan ke ubah muka yg ori.. Jawapan entah pape...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 10-3-2023 11:21 AM
Betul ke leh hilangkan migrain? Sbb iols dah taktahan la ngn migrain ni.
Makin kerap plak, iols pun  ...

Hilang terus tu tak Jamin... Tapi kurang tu ada...
Atau sis boleh try bekam muka...
Lagi satu, boleh practik cuci dlm hidung... 2x sehari... Pun berkesan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hak aduhhh. kemain ye sebelum ni, dia yang nangis² menafikan pasal ubah hidung kan? haaa sekarang duk karang ayat bagitau ubah sesikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjungkit dah hidung kau acik.
Hat lain terjungkit jugak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah buat operate hidung sebab sinus. Aku memang pagi2 akan bersin dan memang akan senang selesema. Tapi aku x nampak apa perubahan dekat hidung aku bila dah habis operate. Hidung tak de terjongket ke ape. Sama je. Tak tau la kalau dr. Lain2 hasilnya..[em:1:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dia kata macam hidung piggy haritu? Yg dia maksudkan kejadian sebelum ke selepas?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.080570 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list