CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26927|Reply: 253

Panas! Ibu Tampil Dedah Punca Sebenar! Shuib Tawar Hati Sertai SRL Sebab Dihina Dan Dimaki Kaw-Kaw Oleh Jep

[Copy link]
Post time 10-3-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Shuib Sepahtu, Salamiah Jalani tampil membela anaknya selepas Jep mendedahkan punca sebenar penyampai radio Suria FM itu enggan kembali menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL).


Katanya sebagai ibu dia menyokong keputusan anaknya untuk tidak lagi menyertai SRL memandangkan Shuib pernah dipandang hina oleh individu yang digelar sahabat.




Foto: IG




"Dengan gerak hati dan izin-Nya hari ini saya tampil bersuara sebagai ibu yang cuba mempertahankan anaknya Shahmira Muhammad @ Shuib Sepahtu dari terus menjadi bualan tanpa mengetahui keseluruhan jalan cerita mengapa dia sudah tak berminat lagi untuk berada dalam SRL.


"Sebagai ibu saya menyokong tindakan anak saya untuk tidak lagi menyertai SRL ketika itu kerana lebih baik buat anak saya dari terus menerus ditindas dan diperlakukan seperti orang yang tidak bermaruah," katanya di Instagram.


Dia turut mempersoalkan tindakan rakan seperjuangan yang tergamak menghina Shuib di hadapan orang ramai.


Salamiah juga berkata Shuib dilayan seperti seorang pesalah semasa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).






  



"Di mana yang dikatakan sahabat. Bila saat sahabat sepejuangan dikenakan tindakan, tiada sahabat yang mempertahankan. Malah dia dimaki dan dihina lagi oleh sahabat sendiri di depan orang ramai.


"Itu ke yang dikatakan sahabat. Di saat dia masih dalam siasatan SPRM dan masih belum pun dijatuhkan hukuman bersalah, dia telah pun dilayan macam orang bersalah oleh sahabat sendiri. Diperli, dimalukan di dalam bilik mesyuarat.


"Untuk apa kita hanya menjadi baik di depan orang ramai tetapi di belakang kita sebaliknya. Dan kerana itulah jawapannya sentiasa tergantung kerana dia masih mahu menjaga aib seseorang.




  



Dalam pada itu, Salamiah menjelaskan bahawa Shuib enggan membuka aib rakan sendiri membuatkan dia sentiasa meletakkan kesalahan kepada stesen televisyen.


Disebabkan Shuib tidak mahu maruahnya terus dipijak, dia mengambil keputusan membawa haluan sendiri.


"Dia masih tetap meletakkan jawapan perginya dia dari SRL adalah kerana Astro sedangkan jawapan sebetulnya bukan itu tetapi untuk tidak mengeruhkan keadaan dia masih menyimpan jawapan yang sebetulnya.


"Ketika itu dia bukan memilih untuk membawa haluan sendiri bukan kerana ego atau lupa diri tetapi dia lebih menjaga maruahnya dari terus dipijak-pijak orang tanpa memikir sedikit pun perasaannya.


"Dan yang membuatnya sedih kerana itu adalah rakan sepejuangan dan rakan yang dikenali sebelum dia menjadi artis," ujarnya.


Salamiah berkata apa yang didedakan bukan kerana mahu meraih simpati atau menumpang glamour.




  



"Jadi sebagai ibu yang sentiasa melihat kesedihan dia, kemurungan dia yang terpaksa melupakan minatnya ketika itu, menolak nilai duit demi mempertahankan maruahnya. Kerana dia ingin berkerja dalam hati yang tenang dan gembira.


"Saya pun bukanlah gila publisiti murahan tetapi untuk sekali ini saya rasa saya perlu bersuara kerana anak saya sudah cukup berdiam diri bertahun-tahun."


Sebelum ini, Jep Sepahtu mendedahkan bahawa Shuib enggan menyertai program SRL disebabkan pelawak berkenaan melakukan satu babak yang didakwa aksi lucah sehingga menerima kecaman ramai.


Disebabkan itu, Shuib digantung serta diminta untuk membuat pemohonan maaf sebagai pengajaran namun pelawak berkenaan tidak dapat menerima keputusan tersebut. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah gf eb. Eb seorang momma's boy.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat langsung dengan shuib nie..lagi- lagi dengan sepahtu tapi kalau betul  benda nie berlaku kesian sangat.
Tapi kenapa perlu mak dia masuk campur @ bersuara..ya kesian kat anak tapi shuib tu bukan budak baru tumbuh bulu.
Teruk betul perangai jep ya..ke sebab dengki shuib lagi popular sebelum nie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:21 AM | Show all posts
mak mana tak bekap anak.. itu jer laa bleh dikatakan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 10-3-2023 10:21 AM
mak mana tak bekap anak.. itu jer laa bleh dikatakan.

Kannn..xkan x bekap plak..walaupn anak tu menagih dadah selagi x kena tikam bekap laa selagi boleh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:27 AM | Show all posts
Halah maknya pun, mentang anak bagi duit bulan2, benda tak betul pun support
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhh.bila mak masuk backup ni yg sush.. mak cik pun bukan direct party dlm cerita ni.  Mal cik dgr dri soeb n org sekeliling soeb.  

Klo btl ank makcik nk tutp aib.  Dri awal die blh je ckp yg baik2.. terus ttup cerita.. insyallah jika berkesemptn ke....  atau jawab je jujur..  ni jwpn berubah2.. lagi la org asik tnye.. pastu ckp x serupa bikin..




Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak mama rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:33 AM | Show all posts
Nozot replied at 10-3-2023 10:20 AM
Tak minat langsung dengan shuib nie..lagi- lagi dengan sepahtu tapi kalau betul  benda nie berlaku k ...

iols x tau sapa yg ckp betul sapa yg ckp salah dlm hal ni..2 2 iols x follow kt IG..Jep tu mmg mulut lepas dh tau dh..tp shuib ni pun sejak kaya nmpk mendongak ke langit sgt..dia x bersuara, tapi PA, mak yg bersuara..dan jgn la ajak kwn2 pelawak yg lain jgk ikut memerli..semlm iols tgk Ubi superstar..dia sebut kacang lupakan kulit, kemain kwn2 dia dlm tu tukang tambah nasi..pastu shuib sambung, netizen ckp dia yg kacang lupakan kulit..apa2 jd antara ko dgn Jep x perlu pun jd bahan sitcom..Jep ckp sekali je..ko setiap kali rancangan ko bersiaran ada je modal nk kaitkan isu yg berlaku as dialog ko, bila org tanya kata xde kaitan..abes tu yg ko ckp semlm tu ingat xde sapa record ke, bodoh la kalau bg alasan sekadar lawak je or skrip mmg camtu, nmpk sgt mmg nk memerli pihak belah sana..ni Ubi superstar ada baki lagi 2 episod..apa yg ko nk bahan lagi minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:33 AM | Show all posts
Lepas ni Watitek pulak back up Shuib
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lumayan allowance
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by immaryjane at 10-3-2023 10:39 AM

Makcik buat bnde lagi teruk makcik oiii.
Dr gaduh mber2, bermasam muke sekejap terus jadi makin teruk sbb mak mber masuk campur ungkit segala bnde yg sebelum ni org tk thu.
Buat sahabat tu curious habis selama ni layan elok2 fake lah?

Ni gaya nye mmg putus sahabat terus lah. Shamira tahu tk mak dia menceceh? Klu tahu, okay tu mmg dia bg green light coz mmg dh tk heran nk kwan lg ke tk.
Klu dia tk thu, good luck la nk hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:40 AM | Show all posts
Dalam pada itu, Salamiah menjelaskan bahawa Shuib enggan membuka aib rakan sendiri membuatkan dia sentiasa meletakkan kesalahan kepada stesen televisyen.



elok ke perangai gini makcik? acah2 taknak aibkan kawan, tp letak kesalahan kat stesen tv plak. kenapa tak letak kesalahan kat bahu sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:41 AM | Show all posts
kenapa aku rs biarlah mak die nk bersuara...dulu maybe arwah Sarah yg akan back up si soeb ni. lgipun mesti si Soeb ni cerita semuanya kt mak die.
akupun tk suka jugak si soeb ni tpi aku rs kesian gakla kalau hal sprm tu kalau kawan die nk jauhkan diri jugak. dahla dr miskin kaya sama2.. si kawan tu kalau ikutkan rupa mmg tklah dapat wife lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:42 AM | Show all posts
tapi kan.... makcik tau ker apa kesan yg orang keliling terima bila anak makcik buat hal masa tuh....

effect utk stesen tv bila planning derang terganggu dek kerana siasatan ke atas nak makcik???? memang lar baru kena siasat, tapi kes anak makcik tuh bukan kes kecik-kecik anak kot....

klu masa kejadian soal siasat tuh berlaku, anak makcik dah jd DJ kat radio sinun tuh, stesen radio pon akan gantung anak makcik gak..... klu anak makcik buat lawak luch kat stesen tv lain pon, anak makcik akan kena gantung jugak.... dan klu anak makcik buat hal waktu bersama kumpulan yg sekarang nih, tetap anak makcik kena palau jugak.....

kenapa??? sebab semua tuh memberi impact secara langsung dan tak langsung ke atas orang lain.... kenapa member dok maki dan palau, sebab member tuh dok kena pikir periuk nasi untuk member2 yg lain gak.... xspecially member yg paling tua dan bergantung harap pada rancangan yg derang buat.... untuk anak  makcik mungkin takder impact mana pon income dari rancangan tuh, tapi org lain berbeza... tak sesenang anak makcik....

selama nih pon, member yg makcik kata dok maki anak makcik tuh, takder buat apa-apa statement. dia byk diam dan tepis sipi2 jer pertanyaan para peminat.... yg selalu berkompang psl hal nih memang anak makcik pon....

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
"Dimalukan, dihina, dimaki, diperli oleh SAHABAT sendiri"

Yg ni aku percaya... sbb karektor Jep memang begitu. Suka jatuhkan air muka org.  Tgk saja lawak2 dia dlm MLM... ada je modal dia membahankan kwn2 dia sendiri..esp dari segi fizikal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijik yach tuan badan punyer hal diam xberkutik tp ade balaci plak tolong sedut tahik ..meols palingg bencih org cmnie
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tnya kalu ank mak ni mmg sllu kena buli ke. Sbb sllu perhati je. Kalu ank yg gaduh dgn kwn kt sklh pun kena ejek ank mak...tp kes ni mcm maknya back up pun x dpt bantu shuib sgt. kes dgn kwn2 biar depa settle sendiri. x mau side sapa2. tp shuib pun ada hak nk buat apa yg dia rasa selesa dan happy selagi x melampaui batas. sbgai seorg sahabat yg baik mesti nk tgk kwn happy kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:47 AM | Show all posts
rayray28 replied at 10-3-2023 10:22 AM
Kannn..xkan x bekap plak..walaupn anak tu menagih dadah selagi x kena tikam bekap laa selagi boleh

iyaa kadang anak isap dadah pun mati2 kata anak baik (bkn kes shoeb lah).
pastu anak memondan pun gittew juga. ye laa mak kan, 9 bulan dia kandung..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke makcik? Yg makcik citer tu. Nmpk n dgr dr sendiri or anak makcik bgtau ? Bukan ape.. kita punya perangai ni, hanya bini/laki or kawan rapat sendiri je tau.. mak bapak pon x tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.447626 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list