View: 5115|Reply: 27
|
Drama Dah Siar Hutang Tak Bayar! Ayu Puteh Bengang, Tuntut Stesen TV Swasta Jelaskan Bayaran RM704,000
[Copy link]
|
|
Gagal melunaskan bayaran kandungan drama yang telah disiarkan sebanyak RM704,000, produser Datuk Ayu Puteh menuntut hutang tersebut dibayar segera daripada sebuah stesen televisyen swasta.
Menurut Ayu atau Normashayu Puteh, 47, pemilik Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd., drama bersiri berjudul Di Sebalik Dia itu telah bersiaran pada September tahun lalu, namun sehingga kini pihaknya masih tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan.
Malah, pihaknya juga telah memberikan invois bagi menuntut bayaran selepas lima bulan tayangan namun tiada respons positif dari stesen berkenaan.
 Foto  G
"Kami ada menghantar invois pada Januari lalu tetapi pihak stesen TV masih lagi tidak memberi respons.
"Kita hantar lima invois yang berjumlah RM704,000. Mengikut perjanjian, bayaran akan dibuat dalam tempoh 90 hari, tetapi apabila pihak kami menghantar invois, mereka diam pula," katanya ketika dihubungi mStar.
Apa yang lebih mengecewakan, bayaran tidak dilunaskan sebaliknya pihak produksi pula menerima notis penamatan kontrak serta tuntutan sebanyak RM162,192,000 dengan alasan lewat menyerahkan bahan.
" ihak produksi menerima Surat Pembatalan Kontrak drama melalui e-mel pada 9 Januari 2023 sedangkan surat tersebut bertarikh 24 November 2022 (backdated).
"Lagi mengejutkan kami menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran berjumlah RM162 juta. Bukannya mereka fikir nak bayar hutang, tapi buat pula tuntutan tak masuk akal secara tiba-tiba," ujarnya.
Kata Ayu, drama berkenaan sepatutnya dihasilkan sebanyak 28 episod namun dipadatkan kandungan dan jalan ceritanya menjadi 26 episod bagi menjaga kualiti kandunga. Ia telah disiarkan sehingga tamat tanpa sebarang masalah dan bantahan dari stesen televisyen itu.
Justeru itu kata Ayu, pihak stesen itu tidak sepatutnya melewatkan soal pembayaran kerana mereka sudah menyelesaikan tugas diberikan.
"Janganlah macam tu kenapa tak mahu bayar hasil kerja saya. Semua kandungan episod telah diluluskan oleh stesen TV berkenaan. Dah tayang pun secara keseluruhannya, Tak ada episod yang tergantung pun.
"Saya buat kerja industri ini ikhlas walaupun untungnya 10 peratus sahaja. Ini minat saya. Saya bukan orang kaya, hanya penerbit filem dan drama saja," katanya.
Jelas Ayu, bukan beliau seorang sahaja yang berhadapan masalah berkenaan malah produser lain juga turut merungut tidak mendapat bayaran selepas karya mereka disiarkan stesen berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
osem kah? Amboi tak beragaknya tuntujan jota-jota iteww |
|
|
|
|
|
|
|
Rasakan.
Sapa suruh bagi statement konon tahu kisah cinta birah tu dari 19 tahun.
Kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
Stesen TV mana ni? Bagitau je lah nama. |
|
|
|
|
|
|
|
dah google, kompem osem tv...
ada 28 episod... 1 episod bajet dalam 25k... tu pun kalau takde deposit la |
|
|
|
|
|
|
|
ochem tb.. diva AA amok tak bayar duit dia tu ochem tb gak kanss? |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam bukan ada berita ohsem tv nak kena saman dengan gomen? Sebab siar berita palsu.. kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu betoi stesen tb tu...aku rs nk padankan muka jg sbb suka nau amik si buah masam tu keluar kat tv depa...menyampahhhhhs...xda mood nk tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapo pulak si buah masam ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
anak_minang replied at 9-3-2023 02:15 PM
Sapo pulak si buah masam ni?
Ceriberi  |
|
|
|
|
|
|
|
osem tv tengah gelabah sbb bakalan disaman gomen |
|
|
|
|
|
|
|
Dio ni yg sokong ik dan sol kan
Adan uke jer |
|
|
|
|
|
|
|
Camane industri media nih generate n recycle
income eh selain income dr iklan
then wat else
ke gomen bg fund 
|
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 9-3-2023 12:06 PM
dah google, kompem osem tv...
ada 28 episod... 1 episod bajet dalam 25k... tu pun kalau takde deposi ...
Oooo. Bukan ke dulu si ehsi gelang tu masa buka stesen radio pun ada masalah bayar gaji? Pastu ada yg kaitkan dia dgn scammer? Dulu dia juga kononnya nak buat MyFace ke apa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ac dah lama quit osem tv, tahun 2020 lg. skrg dia buat SUKE TV
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kerja mestilah nak gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 9-3-2023 07:24 PM
rayna_raynes replied at 9-3-2023 07:13 PM
ac dah lama quit osem tv, tahun 2020 lg. skrg dia buat SUKE TV
Oooooo gitu. bukan sama je ke? Tukar2 nama dari awal dulu ACTV jadi SyiokTV pastu entah apa lagi..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|